pembuka

Selamat Datang >
Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Punca Pareyra Diaz tidak bersama JDT lagi

•Status Pareyra Diaz adalah susah untuk dijaga kerana perangai dan disiplin antaranya adalah lambat balik dari argentina untuk sesi latihan bersama JDT ,Tidak mahu bayar tiket penerbangan sendiri utk balik ke argentina selepas kouta yang diberikan telah habis digunakan.MInta gaji 3 bulan selepas contract ditamatkan tetapi tidak dipenuhi oleh pihak pengurusan. Dan sekarang hanya bayar 1 bulan gaji sahaja

Lira nasihat Faiz Subri

Sumber Setia Johor FB

Lira nasihat Faiz Subri


PEMENANG Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2015, Wendell Lira dari Brazil mengingatkan pemain tengah Pulau Pinang, Mohd. Faiz Subri agar tidak terbuai dengan kejayaannya dinobatkan sebagai pemenang anugerah tersebut bagi musim 2016.

Menurut Lira, seperti yang dilaporkan oleh agensi DreamteamFc.com, dia telah melalui saat sukar sejak memenangi anugerah tersebut pada tahun 2015 kerana pengurusan pasukan serta penyokong meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepadanya untuk sentiasa memberi sumbangan besar kepada pasukan.

Faiz merupakan pemenang Anugerah Puskas FIFA bagi tahun 2016 pada majlis Anugerah FIFA di Zurich, Switzerland kelmarin.

Menurut Lira, 29, pengalaman yang dilaluinya sangat menyedihkan kerana berdepan tekanan yang sangat tinggi sehingga menjejaskan prestasinya.

Akibatnya, kontrak pemain itu telah ditamatkan oleh kelabnya, Vila Nova yang beraksi pada Liga Brazil.

Dia dipecat oleh kelabnya pada Mei 2016 dan selepas pemecatan tersebut dia membuat keputusan untuk bersara dua bulan kemudian (Julai).

“Sejak memenangi Anugerah Puskas pada tahun 2015, saya telah diberi tekanan dan pasukan sentiasa mahukan saya menghasilkan jaringan menarik. Situasi tersebut telah menyukarkan saya sehingga menjejaskan prestasi.

“Mungkin tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa anugerah tersebut telah memusnahkan karier saya ekoran jangkaan yang terlalu tinggi daripada kelab dan para peminat,” jelas Lira.

Dia turut mengingatkan Faiz agar berhati-hati dan perlu kuatkan mental jika berdepan perkara yang sama.

Lira sempat menasihatkan Faiz dengan kata-kata ‘so, take note (Faiz) Subri, get yourself into training asap or face the consequences’. (Awas (Faiz) Subri, teruskan latihan segera atau anda akan berdepan kesukaran).

Lira dinobatkan sebagai pemenang anugerah bagi tahun 2015 menerusi jaringannya ketika membantu kelab lamanya, Goianesia menewaskan Atletico-Go 2-1 pada November 2015.

Namun, anugerah tersebut telah memberi tekanan kepadanya kerana pengurusan kelab sentiasa mahukannya menjaringkan gol dalam setiap perlawanan yang mereka lalui.

Lira yang menyertai Vila Nova pada awal musim 2016 secara terbuka menyalahkan Anugerah Puskas sebagai ‘pembunuh’ kariernya.

Anugerah Puskas FIFA telah diperkenalkan pada 2009 bagi mengiktiraf pemain yang menjaringkan gol paling cantik di dunia pada sesuatu tahun. – DreamteamFC.com.



Sumber Kosmo

Video detik kemenangan dan ucapan kemenangan Faiz Subri Anugerah FIFA PUSKAS 2016

Haria! Malaysia Haria! Tahniah Faiz Subri.Ronaldo gemuk pulak tu yang bagi hadiah. Jelez saya haha.






Video dan ucapan kemenangan Faiz Subri Anugerah FIFA PUSKAS 2016



Video dan ucapan kemenangan Faiz Subri Anugerah FIFA PUSKAS 2016



Klopp dan taktikal Guardiola



LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mendakwa aksi menentang Manchester City awal pagi esok akan menjadi ujian terbaik untuk menguji kemahiran taktikal yang diterapkan dalam skuad The Reds.

“Guardiola mempunyai falsafah tersendiri. Mereka memulakan aksi liga dengan cemerlang tetapi sesuatu berlaku sehingga menjejaskan rentak yang dipamerkan itu.

“Mereka merupakan pasukan yang berjaya, namun Liga Perdana England adalah liga yang paling sukar kerana terlalu banyak cabaran yang perlu dilalui pada setiap minggu.

“Guardiola adalah pengurus yang sangat berpengaruh. Aksi tiki-taka yang digunakan dalam skuad Barcelona tidak mustahil boleh diterap ke dalam mana-mana pasukan yang mana ia bergantung kepada jenis pemain yang kamu miliki. Seandainya mereka menggunakan taktikal seperti Barcelona, sudah tentu kami akan berdepan dengan tugas yang sangat getir,” jelas Klopp.

Sebagai rekod, selepas mengharungi 18 perlawanan liga, taktikal yang digunakan oleh Klopp dilihat lebih berkesan kerana berjaya mengemudi skuadnya untuk berada pada kedudukan kedua liga dengan 40 mata manakala skuad The Citizen menghuni kedudukan ketiga dengan perbezaan satu mata.

Dalam pada itu, bekas pengendali Borussia Dortmund itu turut memberi amaran awal kepada skuadnya supaya berhati-hati dengan kehadiran semula penyerang, Sergio Aguero.

“Dia berehat sehingga tiga minggu dan pasti akan kembali dengan tenaga yang luar biasa. Hanya satu yang perlu kami sedar iaitu Aguero hanya boleh menjaringkan gol jika kami memberi bola kepadanya.

“Oleh itu, fokus seratus peratus adalah sangat dituntut kerana perlawanan menentang City adalah cabaran terbesar bagi Liverpool,” katanya. – Agensi



Sumber KOSMO

Paulo Rangel kini bersama JDT

"Tiada kelab atau persatuan yang lebih hebat dan professional seperti JDT. JDT memiliki potensi besar, dan segala-galanya ada di sini. Setiap pemain termasuk saya sendiri, impikan untuk bermain di sini. Saya amat teruja menjadi sebahagian projek bolasepak Johor, dan saya berjanji akan berikan yang terbaik untuk JDT" - Paulo Rangel

Coach Palestin ajar FAM


Menurutnya, "Pemain Malaysia bagus, tapi kalau kamu menggunakan taktikal yang sesuai kamu boleh menang. Mereka boleh menjadi pasukan lebih baik pada masa hadapan."

Jadi fikir-fikirkan lah ek.. bukan salah player tapi salah coach.. Taktikal coach Malaysia masih ketinggalan. Sila ambil coach luar negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...