pembuka

Selamat Datang >
Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Punca Pareyra Diaz tidak bersama JDT lagi

•Status Pareyra Diaz adalah susah untuk dijaga kerana perangai dan disiplin antaranya adalah lambat balik dari argentina untuk sesi latihan bersama JDT ,Tidak mahu bayar tiket penerbangan sendiri utk balik ke argentina selepas kouta yang diberikan telah habis digunakan.MInta gaji 3 bulan selepas contract ditamatkan tetapi tidak dipenuhi oleh pihak pengurusan. Dan sekarang hanya bayar 1 bulan gaji sahaja

Lira nasihat Faiz Subri

Sumber Setia Johor FB

Lira nasihat Faiz Subri


PEMENANG Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2015, Wendell Lira dari Brazil mengingatkan pemain tengah Pulau Pinang, Mohd. Faiz Subri agar tidak terbuai dengan kejayaannya dinobatkan sebagai pemenang anugerah tersebut bagi musim 2016.

Menurut Lira, seperti yang dilaporkan oleh agensi DreamteamFc.com, dia telah melalui saat sukar sejak memenangi anugerah tersebut pada tahun 2015 kerana pengurusan pasukan serta penyokong meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepadanya untuk sentiasa memberi sumbangan besar kepada pasukan.

Faiz merupakan pemenang Anugerah Puskas FIFA bagi tahun 2016 pada majlis Anugerah FIFA di Zurich, Switzerland kelmarin.

Menurut Lira, 29, pengalaman yang dilaluinya sangat menyedihkan kerana berdepan tekanan yang sangat tinggi sehingga menjejaskan prestasinya.

Akibatnya, kontrak pemain itu telah ditamatkan oleh kelabnya, Vila Nova yang beraksi pada Liga Brazil.

Dia dipecat oleh kelabnya pada Mei 2016 dan selepas pemecatan tersebut dia membuat keputusan untuk bersara dua bulan kemudian (Julai).

“Sejak memenangi Anugerah Puskas pada tahun 2015, saya telah diberi tekanan dan pasukan sentiasa mahukan saya menghasilkan jaringan menarik. Situasi tersebut telah menyukarkan saya sehingga menjejaskan prestasi.

“Mungkin tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa anugerah tersebut telah memusnahkan karier saya ekoran jangkaan yang terlalu tinggi daripada kelab dan para peminat,” jelas Lira.

Dia turut mengingatkan Faiz agar berhati-hati dan perlu kuatkan mental jika berdepan perkara yang sama.

Lira sempat menasihatkan Faiz dengan kata-kata ‘so, take note (Faiz) Subri, get yourself into training asap or face the consequences’. (Awas (Faiz) Subri, teruskan latihan segera atau anda akan berdepan kesukaran).

Lira dinobatkan sebagai pemenang anugerah bagi tahun 2015 menerusi jaringannya ketika membantu kelab lamanya, Goianesia menewaskan Atletico-Go 2-1 pada November 2015.

Namun, anugerah tersebut telah memberi tekanan kepadanya kerana pengurusan kelab sentiasa mahukannya menjaringkan gol dalam setiap perlawanan yang mereka lalui.

Lira yang menyertai Vila Nova pada awal musim 2016 secara terbuka menyalahkan Anugerah Puskas sebagai ‘pembunuh’ kariernya.

Anugerah Puskas FIFA telah diperkenalkan pada 2009 bagi mengiktiraf pemain yang menjaringkan gol paling cantik di dunia pada sesuatu tahun. – DreamteamFC.com.



Sumber Kosmo

Video detik kemenangan dan ucapan kemenangan Faiz Subri Anugerah FIFA PUSKAS 2016

Haria! Malaysia Haria! Tahniah Faiz Subri.Ronaldo gemuk pulak tu yang bagi hadiah. Jelez saya haha.






Video dan ucapan kemenangan Faiz Subri Anugerah FIFA PUSKAS 2016



Video dan ucapan kemenangan Faiz Subri Anugerah FIFA PUSKAS 2016



Klopp dan taktikal Guardiola



LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mendakwa aksi menentang Manchester City awal pagi esok akan menjadi ujian terbaik untuk menguji kemahiran taktikal yang diterapkan dalam skuad The Reds.

“Guardiola mempunyai falsafah tersendiri. Mereka memulakan aksi liga dengan cemerlang tetapi sesuatu berlaku sehingga menjejaskan rentak yang dipamerkan itu.

“Mereka merupakan pasukan yang berjaya, namun Liga Perdana England adalah liga yang paling sukar kerana terlalu banyak cabaran yang perlu dilalui pada setiap minggu.

“Guardiola adalah pengurus yang sangat berpengaruh. Aksi tiki-taka yang digunakan dalam skuad Barcelona tidak mustahil boleh diterap ke dalam mana-mana pasukan yang mana ia bergantung kepada jenis pemain yang kamu miliki. Seandainya mereka menggunakan taktikal seperti Barcelona, sudah tentu kami akan berdepan dengan tugas yang sangat getir,” jelas Klopp.

Sebagai rekod, selepas mengharungi 18 perlawanan liga, taktikal yang digunakan oleh Klopp dilihat lebih berkesan kerana berjaya mengemudi skuadnya untuk berada pada kedudukan kedua liga dengan 40 mata manakala skuad The Citizen menghuni kedudukan ketiga dengan perbezaan satu mata.

Dalam pada itu, bekas pengendali Borussia Dortmund itu turut memberi amaran awal kepada skuadnya supaya berhati-hati dengan kehadiran semula penyerang, Sergio Aguero.

“Dia berehat sehingga tiga minggu dan pasti akan kembali dengan tenaga yang luar biasa. Hanya satu yang perlu kami sedar iaitu Aguero hanya boleh menjaringkan gol jika kami memberi bola kepadanya.

“Oleh itu, fokus seratus peratus adalah sangat dituntut kerana perlawanan menentang City adalah cabaran terbesar bagi Liverpool,” katanya. – Agensi



Sumber KOSMO

Paulo Rangel kini bersama JDT

"Tiada kelab atau persatuan yang lebih hebat dan professional seperti JDT. JDT memiliki potensi besar, dan segala-galanya ada di sini. Setiap pemain termasuk saya sendiri, impikan untuk bermain di sini. Saya amat teruja menjadi sebahagian projek bolasepak Johor, dan saya berjanji akan berikan yang terbaik untuk JDT" - Paulo Rangel

Coach Palestin ajar FAM


Menurutnya, "Pemain Malaysia bagus, tapi kalau kamu menggunakan taktikal yang sesuai kamu boleh menang. Mereka boleh menjadi pasukan lebih baik pada masa hadapan."

Jadi fikir-fikirkan lah ek.. bukan salah player tapi salah coach.. Taktikal coach Malaysia masih ketinggalan. Sila ambil coach luar negara.

Gempar ! JDT layak ke akhir Piala AFC

Tahniah kepada pasukan JDT kerana telah mencipta sejarah tanahair melangkah ke perlawanan akhir Piala AFC .


JDT MENCIPTA SEJARAH DENGAN MENJADI PASUKAN PERTAMA TANAHAIR MELANGKAH KE PERLAWANAN AKHIR PIALA AFC
Johor Darul Ta'zim telah dijadualkan menentang pasukan Al-Qadsia SC pada 20hb Oktober ini untuk pusingan kedua separuh akhir Piala AFC 2015 namun akibat masalah yang melanda Persatuan Bolasepak Kuwait menyebabkan pasukan-pasukan daripada negara tersebut dihalang oleh badan induk bola sepak dunia iaitu FIFA daripada terlibat dalam mana-mana kejohanan antarabangsa. Justeru itu, JDT diberikan kemenangan oleh AFC dan akan terus ke perlawanan akhir Piala AFC 2015 bertemu pasukan FC Istiklol dan tarikh perlawanan tersebut dijadualkan pada 31hb Oktober ini. Tahniah diucapkan kepada pasukan JDT yang telah mencipta satu lagi sejarah baru apabila menjadi pasukan pertama tanahair melangkah ke perlawanan akhir Piala AFC. Peluang ini dianggap rezeki buat pasukan dan penyokong Harimau Selatan untuk bersama-sama menyaksikan Johor Darul Ta'zim melakar satu lagi lembaran baru dalam titian perjalanan mereka di bawah naungan DYAM Tunku Mahkota Johor. Luaskan Kuasamu Johor.

Sumber Johor Southern Tigers

Jadual EPL minggu ini 2015

Hari ini ( 17/10/2015)

Tottenham Hotspur v Liverpool (7.45 malam)

 Chelsea v Aston Villa (10 malam)

 Crystal Palace v West Ham United (10 malam)

 Everton v Manchester United (10 malam) 

Manchester City v AFC Bournemouth (10 malam)

 Southampton v Leicester City (10 malam)

 West Bromwich Albion v Sunderland (10 malam) 

Watford v Arsenal (12.30 tengah malam)



Ahad 

Newcastle United v Norwich City (1 malam)


 ISNIN: Swansea City v Stoke City (3 pagi)

Kenyataan media Hongkong mengenai kekalahan memalukan South Cina kepada pasukan JDT


KENYATAAN MEDIA (translate from Chinese)

Saya telah menyaksikan pertembungan peringkat suku akhir Piala AFC 2015 diantara pasukan dari negara saya iaitu South China menentang kelab Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) sebentar tadi.

Saya menulis kenyataan ini untuk melahirkan rasa kesal South China yang mewakili Hong Kong boleh tewas kepada sebuah pasukan yang baru berusia tiga tahun.

Saya dengan ini secara terbuka mengkritik Persatuan Bolasepak Hong Kong kerana telah MEMALUKAN Hong Kong apabila membenarkan South China sebagai wakil dalam kejohanan itu.

Sebagai bekas jaguh bola sepak yang pernah mendominasi pertandingan-pertandingan di Hong Kong, saya berhak untuk melontar pandangan ini diatas profesionalisme saya.

Sehubungan itu, saya mempertaruhkan nama baik saya selaku tokoh bola sepak Hong Kong mendesak Persatuan Bolasepak Hong Kong dirombak serta merta.

Saya juga berasa terpanggil untuk mengkritik jurulatih South China kerana gagal mengarahkan pemainnya mengekang penyerang JDT, Safee Sali dengan baik.

Sikap jurulatih kita memandang rendah keupayaan pemain ini akibat kegagalan Persatuan Bolasepak Hong Kong memandang serius kajian yang pernah saya kemukakan mengenai Safee Sali.

Saya dalam kajian itu secara terperinci menyebut walaupun Safee Sali dikritik hebat sebilangan penyokong Malaysia sendiri, tetapi beliau sebenarnya memiliki rahsia tersendiri.

Saya nyatakan dengan jelas dalam kajian itu bahawa Safee Sali sebenarnya sengaja berpura-pura kurang cemerlang di liga sendiri bagi menyembunyikan kehebatannya yang sebenar untuk aksi di pentas antarabangsa.


Malangnya, kajian yang saya kemukakan itu tidak dipedulikan oleh Persatuan Bolasepak Hong Kong selama ini.

Akibatnya Safee Sali mengganas di gelanggang kita dengan penuh gah malam ini.

Saya dalam kajian itu turut menjelaskan pasukan dari Hong Kong tidak boleh memandang rendah Safee Sali kerana beliau dan rakan-rakannya di Johor memiliki skil yang dapat menyaingi skil Shaolin Soccer pemain kita.

Skil itu adalah skil Kuda Kepang.

Kajian saya mendapati skil Kuda Kepang ini sangat berbahaya kerana membolehkan seorang pemain berlari dan menendang seperti kuda sekali gus menewaskan sepakan padu maut Shaolin yang kita bangga-banggakan selama ini.

Justeru, saya melalui kenyataan ini menyeru semua pemain bola sepak di Hong Kong supaya mempelajari dan memahami skil Kuda Kepang di Johor ini agar dapat bersaing dengan mereka pada masa depan.

Sekian terima kasih. Semoga Persatuan Bolasepak Hong Kong atau singkatannya FAM mengambil peduli teguran saya pada kali ini. Sepakat membawa berkat.

Yang benar,
STEPHEN CHOW

kredit dari komen FB


Video jaringan-jaringan UAE 10- 0 Malaysia. Dollah Saleh letak jawatan.


Amat memalukan. Apa lagi nak dikata . FAM boleh masuk gua. Takziah coach Dollah. Anda hebat tetapi belum cukup hebat apabila di peringkat antarabangsa. Anda hanya menjadi kambing hitam kepada FAM sahaja.


Undian Champions League 2015- Arsenal bersama dengan Byern Munic

  • Group A: Paris St-Germain, Real Madrid, Shakhtar Donetsk, Malmo
  • Group B: PSV Eindhoven, Manchester United, CSKA Moscow, VfL Wolfsburg
  • Group C: Benfica, Atletico Madrid, Galatasaray, Astana
  • Group D: Juventus, Manchester City, Sevilla, Borussia Monchengladbach
  • Group E: Barcelona, Bayer Leverkusen, AS Roma, BATE Borisov
  • Group F: Bayern Munich, Arsenal, Olympiakos, Dinamo Zagreb
  • Group G: Chelsea, Porto, Dynamo Kiev, Maccabi Tel-Aviv
  • Group H: Zenit St Petersburg, Valencia, Olympique Lyon, Gent


Gambar aksi TMJ friendly PENGURUSAN PBNJ 9-0 EC OLD BOYS

Dalam banyak-banyak gambar aku suka tengok BOyan Hodak . Comel bebeno perut dia sama macam perut aku huhu.





Bojan Hodak yang comel



shebby pun ada










10/9/2014 Johor Bahru : Ianya adalah satu perlawanan yang adil dan saksama diatas padang yang sama rata, kemenangan berpihak kepada pasukan yang lebih baik. Tiada jagoan besar mahupun yang berkaki bangku, semuanya atas dasar cintakan bolasepak. Yang pastinya English College Old Boys FC terdiri daripada mereka-mereka yang pernah melalui zaman kegemilangan mengikut kapasiti masing-masing.

Ianya adalah satu perlawanan persahabatan yang mesra bak kata pepatah melayu ‘Menang kami tak heran, kalah kami tak kesah’. EC Old Boys diwakili dari pelbagai lapisan masyarakat, ahli perbankan, jurujual, kontraktor, pengusaha hotel, eksekutif, pengurus dan latar belakang lain dan barisan pengurusan PBNJ pula diwakili oleh mereka-mereka yang ‘hidup, tidor dan makan bola’.

Yang pastinya Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim ialah ‘Man of the match’ dengan 4 daripada 9 gol adalah jaringannya. Selebihnya adalah ledakan gol oleh Martin Hugo Prest (ejen pemain), Aliff (JMF import) dan Yan (JMF import). Ianya adalah satu perlawanan berat sebelah yang cukup menghiburkan dan setiap kesilapan diikuti dengan helai tawa dan setiap gol dan jaringan diikuti pula dengan sorakan dan dorongan sinis.

EC Old Boys dengan semangat setiakawan telah menurunkan barisan yang bersemangat waja; penjaga gol bersaiz XXXL, striker berpotensi dengan midfielder yang tidak efisen dan barisan pertahanan yang longgar. Menurut ketua pasukan EC Old Boys Mohd Zamri b. Mohd Noh (kelas 84), “Kami adalah pasukan sosial dan sering bersama menganjurkan perlawanan persahabatan setiap hujung minggu dan baru-baru ini kami telah bertemu dengan pasukan dari FeldaPasir Raja, pasukan pelajar dari Nigeria dan Saint John Old Boys dari KL. Persahabatan menentang pengurusan PBNJ dengan TMJ bermain adalah kemuncak dan kami sungguh berbesar hati dan berbangga dapat bermain dengannya“.

- See more at: http://johorsoutherntigers.com.my/ms/2014/10/10/ec-old-boys-kurang-oksigen-pengurusan-pbnj-9-0-ec-old-boys/#sthash.tW8DS3SP.Oh0HCoQc.dpuf

Perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia JDT vs Terengganu ditunda




Kecewa sungguh aku. Momentum  pemain dan penyokong semakin kendur akibat terlalu banyak sangat masa senggang,

PERLAWANAN BOLA SEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM VS TERENGGANU

Untuk makluman, perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia antara pasukan Johor Darul Ta'zim melawan Terengganu telah dijadualkan pada 17 Oktober 2014.

Antara penyebab jadual ini ditunda dari tarikh asal adalah kerana :
1) Perlawanan persahabatan antarabangsa yang telah ditetapkan oleh FIFA.
2) Padang Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin sedang dibaik pulih.

Teruskan sokongan anda, laungkan semangat bersatu demi Johor dan ayuh kembali memeriahkan stadium kita.


Sumber https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my

Sukan Asia Takraw-Malaysia kalah dengan Indonesia

Amat memalukan.  Sukan tradisi negara yang sewaktu dahulunya mendominasi acara takraw di pentas antrabangsa akhirnya hampeh... Malas aku nak ulas.. kecewa teramat sangat. Kita perlukan transformasi semua sukan diperingkat negara.


Jadual atlet Malaysia Sukan Asia hari ini


Berikut jadual atlet Malaysia pada temasya Sukan Asia ke-17, Incheon 20 sept
Renang berirama:

Rutin Teknikal - Duet - 9 pagi

- Katrina Ann Abdul Hadi, Tasha Jane Taher Ali


Rutin Bebas - Duet - 2 petang

- Katrina Ann Abdul Hadi, Zylane Lee Yhing Huey

Angkat berat:

Lelaki: 56kg - 8 pagi

- Zulhelmi Md Pisol

Badminton:

Wanita: Berpasukan (Pusingan 16) - 8 pagi

- Malaysia mln Nepal

Berbasikal:

Lelaki: Pecut Berpasukan - 3 petang

- Azizulhasni Awang, Josiah Ng, Muhammad Edrus Md Yunus

Bola tampar pantai:

Lelaki: Berpasukan (Pusingan awal) - 8 pagi

Pasukan 1:

- Mohd Aizzat Mohd Zokri/ Raja Nazmi Saifuddin

Pasukan 2:

- Mohd Razif Mahidi/ Rafi Asruki Nordin

Hoki:

Lelaki: Kumpulan A

- Malaysia mln Singapura - 2 petang

Kriket:

Wanita: Kumpulan

- Malaysia mln China

Sepak takraw:

Wanita: Beregu (Kumpulan B)

- Malaysia mln Vietnam - 10 pagi

- Malaysia mln Myanmar - 3 petang

Menembak:

Pusingan Kelayakan:

Wanita: 10m Air Pistol Individu - 7 pagi

- Alia Sazana Azahari

Lelaki: 50m Pistol Individu - 8.30 pagi

- Jonathan Wong Guan Jie, Eddy Chew, Choo Wen Yan

Lelaki: 50m Pistol (Berpasukan) (Akhir)

- Jonathan Wong Guan Jie, Eddy Chew, Choo Wen Yan

Skuasy:

Lelaki: Pusingan awal - 9 pagi

- Ong Beng Hee, Muhammad Nafiizwan Mohd Adnan

Wanita: Pusingan awal - 9 pagi

- Datuk Nicol David, Low Wee Wern

Wushu:

Wanita: Nandao - 8 pagi

- Diana Bong Siong Lin, Tai Cheau Xuen

Wanita: Nanquan - 1 tengah hari

- Diana Bong Siong Lin, Tai Cheau Xuen

Lelaki: Sandao (56kg) - 6.30 petang

- Lee Wei Loong

*Semua jadual mengikut waktu Malaysia. Malaysia lewat sejam daripada waktu Incheon. - BERNAMA

BAM harus bertaubat

BAM harus bertaubat! Meminjam kata-kata mendiang Kapal Singh ( Anwar harus bertaubat). Biarlah gambar berbicara. Yang lawaknya bila KJ nak harapkan Dato Lee Ch Wei main kat olimpik 2 tahun lagi. Giler ke apa haha..

biarlah gambar berbicara


Perjalanan bolasepak Balotelli

Aku gelarkan si Balotelli ni sebagai budak jahat . Masih teringat lagi semasa dia mewakili pasukal MCity. Macam-macam masalah dan perangai dia buat haha.

click untuk besarkan saiz gambar
Sumber Harian Metro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...