pembuka

Selamat Datang >
Showing posts with label sharing blog. Show all posts
Showing posts with label sharing blog. Show all posts

Menambah kuanter dalam blog anda

Cara-cara hendak dapat berapa pengunjung datang ke blog kita. Kalau dalam bahasa ilmiah sikit namanya cara menambah kuanter ke dalam blog. Ok caranya begini


1.Pergi ke laman widgeo.net
2. Pilih warna kaunter 
3. masukkan maklumat ke dalam borang
4. klik "get widget" warna biru 
5. Salin kod yang dipaparkan 
6. Pergi ke design di blogger 
7. Klik pada add gadget
 8. Pilih html/java 
9. Letakkan title 
10. tampal (paste) kod di bahagian content 
11. save


Terima kasih daun keladi... genap 1001 pengunjung

1001 pengunjung

Post popular
Diam tidak diam akhirnya blog yoyo  yang  baru  berusia 4 bulan ini telah berjaya menerima 1001 pengunjung pada jam 6.30pm 5 Julai 2012. Tarikh pertama yoyo menjadi blogger pada 23 April 2012. Ketika itu yoyo tidak tahu apa-apa untuk membuat blog. Minat yoyo untuk membuat blog telah yoyo simpan sekian lama. Pernah juga yoyo ingin mencuba membuat blog sendiri tetapi terbantut ditengah jalan kerana tiadanya cikgu. Setelah yoyo mendapat peluang menghadiri krusus di MKM  yoyo mempelajarinya dengan penuh minat dan serius. Terima Kasih cikgu yang mengajar yoyo .

Pada awalnya yoyo ingin berblogger untuk meluahkan pendapat tentang kehidupan dan bercerita mengenai muzik dan hiburan. Namun yoyo merasa artikel yoyo seolah-olah syok sendiri kerana posting tersebut kurang mendapat perhatian pengunjung. Jadi buat apa kita menulis kalau hasil artikel kita tidak dibaca.  Jadi yoyo cuba membuat artikel mengenai gedget, hasilnya kira memberangsangkan, namun posting yoyo mengenai  Fenomena planet venus melintasi matahari pengunjung blog yoyo ada peningkatan. Oleh itu yoyo membuat kesimpulan bahawa orang diluar sana lebih berminat untuk mencari informasi di sesawang.

Kemeriahan EURO 2012 telah yoyo gunakan sepenuhnya untuk yoyo berblogger. Nah sekarang hasilnya mencanak-canak pengunjung blog yoyo sehingga mencapai angka 1001.  Kini yoyo masih mencari idea untuk membuat artikel-artikel yang menarik agar blog yoyo tidak berkubur. Yoyo tidak mendapat apa, cuma  memperoleh kepuasan diri apabila sesautu artikel ada orang baca tidak kiralah copy paste buat permulaan seorang blogger.

Akhir sekali yoyo ucapkan terimakasih daun keladi. Ada masa kunjungilah lagi..



 g 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...