pembuka

Selamat Datang >
Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Gambar-gambar majlis kenduri kahwin zaman dulu-dulu

Jom kita mengimbau kembali gambar-gambar kenduri kahwin zaman dulu-dulu. Semoga gambar-gambar ini dapat mengimbau kembali kenangan zaman kita kanak-kanak dahulu. Kredit photo dari www.google.com.










Add caption








anda mungkin meminati





Gambar aksi TMJ friendly PENGURUSAN PBNJ 9-0 EC OLD BOYS

Dalam banyak-banyak gambar aku suka tengok BOyan Hodak . Comel bebeno perut dia sama macam perut aku huhu.





Bojan Hodak yang comel



shebby pun ada










10/9/2014 Johor Bahru : Ianya adalah satu perlawanan yang adil dan saksama diatas padang yang sama rata, kemenangan berpihak kepada pasukan yang lebih baik. Tiada jagoan besar mahupun yang berkaki bangku, semuanya atas dasar cintakan bolasepak. Yang pastinya English College Old Boys FC terdiri daripada mereka-mereka yang pernah melalui zaman kegemilangan mengikut kapasiti masing-masing.

Ianya adalah satu perlawanan persahabatan yang mesra bak kata pepatah melayu ‘Menang kami tak heran, kalah kami tak kesah’. EC Old Boys diwakili dari pelbagai lapisan masyarakat, ahli perbankan, jurujual, kontraktor, pengusaha hotel, eksekutif, pengurus dan latar belakang lain dan barisan pengurusan PBNJ pula diwakili oleh mereka-mereka yang ‘hidup, tidor dan makan bola’.

Yang pastinya Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim ialah ‘Man of the match’ dengan 4 daripada 9 gol adalah jaringannya. Selebihnya adalah ledakan gol oleh Martin Hugo Prest (ejen pemain), Aliff (JMF import) dan Yan (JMF import). Ianya adalah satu perlawanan berat sebelah yang cukup menghiburkan dan setiap kesilapan diikuti dengan helai tawa dan setiap gol dan jaringan diikuti pula dengan sorakan dan dorongan sinis.

EC Old Boys dengan semangat setiakawan telah menurunkan barisan yang bersemangat waja; penjaga gol bersaiz XXXL, striker berpotensi dengan midfielder yang tidak efisen dan barisan pertahanan yang longgar. Menurut ketua pasukan EC Old Boys Mohd Zamri b. Mohd Noh (kelas 84), “Kami adalah pasukan sosial dan sering bersama menganjurkan perlawanan persahabatan setiap hujung minggu dan baru-baru ini kami telah bertemu dengan pasukan dari FeldaPasir Raja, pasukan pelajar dari Nigeria dan Saint John Old Boys dari KL. Persahabatan menentang pengurusan PBNJ dengan TMJ bermain adalah kemuncak dan kami sungguh berbesar hati dan berbangga dapat bermain dengannya“.

- See more at: http://johorsoutherntigers.com.my/ms/2014/10/10/ec-old-boys-kurang-oksigen-pengurusan-pbnj-9-0-ec-old-boys/#sthash.tW8DS3SP.Oh0HCoQc.dpuf

Amyra Rosli batal kawin


15 Sep – Aktres jelita Amyra Rosli masih teguh dengan pendiriannya untuk tidak membuka mulut bagi menjawab kontroversinya apabila membatalkan perkahwinannya dengan aktor Dazrin Kamarudin pada 8 Ogos lalu.
"Saya rasa tak perlu bercerita panjang mengenai perkara ini kerana ianya tak akan habis. Tapi saya percaya, lambat laun orang akan tahu juga puncanya.
"Masa itu akan tiba namun bukan dari mulut saya. Saya tak mahu isu lain pula timbul selepas ini apabila berlaku percanggahan kenyataan.
"Lagipun pada awalnya saya hanya menangguhkan bukan membatalkan perkahwinan. Namun ia telah disalahertikan sehingga menyebabkan perkara ini semakin rumit," katanya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu, Amyra juga enggan mengulas lanjut mengenai isu pemulangan cincin pertunangan.
Terdahulu perkahwinan antara Amyra dan Dazrin telah dibatalkan turut mengaitkan nama pelakon Ramona Zamzam yang dikatakan menjadi puca, bagaimanapun Ramona telah tampil menafikan perkara itu.

sumber Yahoo

Blog kena malware. Tolong!



Ini kali yang kedua  blog aku telah diserang malware. Akibatnya blog aku ini tidak boleh di akses kecuali korang login akaun google.

Puas sudah aku membaca toturial blogger-blogger tempatan tetapi kurang lengkap rasanya. Ini kerana masalah aku akan sangkut ketika mencari data yang kena malware( scrip html) di templete. Macamana hendak delete sekiranyua tidak jumpa.

Selain itu ada juga mencadangkan mencari data yang diserang itu dibahagian komen mungkin ada spam disitu. Namun aku tidak tahu mana nak mula jika hendak cari html di ruang komen.

Tolonnn.. bantuin aku...



Video Kiyai leh gandakan duit



klik gambar untuk priview


Wah! Kena jumpa kiyai ni. AKu pun tengah sengkek ni. Dapat lepas nak beli samsung galaxy S5 jadi lah huhu..



JAKARTA - Kehebatan seorang ustaz yang tidak dikenali dan dipercayai mempunyai kuasa sakti untuk menggandakan wang di Jawa Timur, mula tersebar di laman web perkongsian video, YouTube beberapa hari lalu.

Rakaman itu kini mula heboh diperkatakan dan lawan web, Merdeka.com, melaporkan bahawa wang dalam nilai seratus ribu dan lima puluh ribu rupiah dilihat membukit dihadapan ustaz itu sambil tangannya terus menerus mengeluarkan wang daripada belakang pinggangnya.

Wang yang dilihat dalam rakaman itu dipercayai dihasilkan oleh ustaz tersebut melalui cara yang luar biasa dengan menggunakan kuasa saktinya.

Dalam laman perkongsian video itu, lelaki tersebut yang memakai jubah putih dan berserban hitam duduk di atas sebuah kerusi.

Untuk mendapatkan wang, dia hanya perlu meletakkan tangannya ke belakang badan dan dengan sekelip mata sejumlah wang akan berada di tangannya dan kemudian dicampakkan ke lantai bersama sejumlah wang lain.



Rakaman video itu bertajuk, 'HEBOH!!! Ki Kanjeng Kyai dari Probolinggo Bisa Menggandakan Uang Asli'.

Budak umur 9 tahun mampu baca 364 buah buku dalam tempoh 9 bulan



Kalau membaca tajuk artikel ini memang dasyat kanak-kanak ini. Kalau di hitung ia bersamaan 2 buah buku dibaca setiap hari.

Kanak-kanak ini bernama Faith Jackson. Semua buku-buku telah dibaca termasuklah buku Harry Potter. Dia mula ketagih membaca pada usia 7 tahun dengan membaca novel-novel pendek. Ibunya juga turut mengakui yang anaknya itu lebih suka membaca buku berbanding menonton televisyen.

Namun begitu ibunya turut gusar kerana membaca akan membuatkan beimiginasi lebih buru
 berbanding menonton tv.

Untuk mengenali kanak-kanak comel ini sila baca seterusnya 

Gadis 25 tahun tak makan. Biar betul?

hiasan


Percaya atau tidak, sepanjang 25 tahun usia gadis bernama Manju Dharra itu, dia tidak pernah merasai nikmat menjamah makanan pejal.

Kehidupan harian gadis istimewa itu sebaliknya bergantung penuh kepada makanan berbentuk cecair seperti susu, dadih, teh dan air yang menjadi sumber bekalan tenaganya.

Dia yang menghidap penyakit akalasia iaitu kecenderungan untuk memuntahkan semula makanan secara tiba-tiba terutamanya yang berbentuk pepejal, dikatakan mampu minum antara 4 hingga 5 liter susu lembu segar sehari.



sila baca seterusnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...