pembuka

Selamat Datang >
Showing posts with label sains. Show all posts
Showing posts with label sains. Show all posts

Haram tinggal di planet Marikh



Abu Dhabi: Pihak berkuasa pentadbiran Islam Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengeluarkan fatwa melarang umat Islam menjadi sukarelawan untuk menjalani misi hidup di planet Marikh.

Majlis fatwa yang diketuai Profesor Dr Farooq Hamada itu menentang misi rancangan menjelajah ruang angkasa yang dinamakan Mars One. Misi yang kali pertama diusulkan Belanda itu bertujuan untuk menempatkan manusia secara kekal di Marikh menjelang 2023.

“Terdapat kemungkinan individu yang membuat perjalanan ke Marikh tidak dapat bertahan untuk hidup di sana dan lebih terbuka kepada kematian,” kata majlis fatwa UAE sebagaimana dipetik oleh World Bulletin. Golongan ulama di negara Arab itu berpendapat individu yang menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan ke Marikh sama saja seperti mereka untuk ingin membunuh diri.

Mereka berkata, tiada alasan kukuh yang membolehkan umat Islam menyertai misi itu.

Terdapat laporan yang menyatakan ramai umat Islam menawarkan diri untuk menyertai misi Mars One. Daripada beribu-ribu calon yang mendaftar di seluruh dunia, 500 dikatakan datang dari dunia Arab. - Agensi

Satelit Russia diramal terhempas ke bumi


Moscow: Pakar angkasa lepas memberi amaran mengenai ancaman ‘amat berbahaya’ dikaitkan dengan sebuah satelit Russia yang dikatakan akan jatuh terhempas di bumi semalam.

Sebahagian daripada satelit Kosmos-1220 yang kini tidak lagi berfungsi akan memasuki planet ini dengan kelajuan tinggi dan mengeluarkan api serta tidak dapat dikawal memasuki atmosfera Bumi, kata pegawai Russia yang mengesahkan perkara itu.

Apa yang dibimbangkan ialah masa dan lokasi sebenar serpihan itu akan mendarat masih tidak diketahui.


“Sehingga 7 Februari 2014, serpihan itu dijangka jatuh pada 16 Februari,” kata Kolonel Alexei Zolotukhin kepada agensi berita Russia, Ria Novosti.

Masa dan lokasi sebenar serpihan dari satelit Kosmos-1220 itu mungkin akan berubah berikutan faktor luaran.

Mendarat di Lautan Pasifik

Satelit itu dijangka mendarat di Lautan Pasifik di mana ia tidak akan mencetuskan sebarang ancaman.
Berdasarkan Fox News, ia mungkin boleh jatuh di mana-mana di Bumi ini.

Pada 1978, satelit Kosmos yang tidak lagi berfungsi jatuh terhempas di pelabuhan yang tidak lagi digunakan di Kanada, menyebabkan serpihan radioaktif bertebaran dan terpaksa dibersihkan.

Pada 2009 satelit ketiga Kosmos terhempas bersama sebuah satelit telekomunikasi Iridium Amerika Syarikat, menyebarkan serpihan di orbit.

Terbaru adalah satelit GOCE milik Agensi Angkasa Lepas Eropah terhempas ke laut pada November 2013.

Saiz dan berat sebenar satelit Kosmos-1220 itu juga tidak diketahui, lapor Ria Novosti, menambahkan lagi kepada ketidaktentuan peristiwa terbabit.
AGENSI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...