pembuka

Selamat Datang >
Showing posts with label mengomel. Show all posts
Showing posts with label mengomel. Show all posts

Tips dan nasihat melabur dinar emas

Terima kasih kepada bakal isteriku kerana mensyorkan membaca web www.mohdzulkifli.com yang amat berguna untuk cara menguruskan keewangan serta dalam melabur emas.

Korang sila-sila lah jengok web Zulkifli tersebut. memang amat bagus. Aku berazam untuk menjadi lebih baik daripada sekarang untuk hidup bebas dari hutang negatif.

Luahan hati kaum Cina yang tidak sertai BERSIH 4.0



KUALA LUMPUR 31 Ogos – Racun-racun kebencian terhadap kerajaan yang ditanam oleh DAP ke dalam minda masyarakat Cina di negara ini akan membawa kepada kejatuhan kaum berkenaan.


Menurut seorang penulis dalam kolum portal malaysia-today.net, Cheah Sin Chong, kebanyakan masyarakat Cina yang menyokong DAP gagal berfikir secara rasional berikutan cara hidup yang dimanjakan ketika dibesarkan.

“Hari ini, ramai masyarakat Cina yang mempunyai dua pendapatan serta meraih gaji yang bagus tetapi masih mengeluh. Mereka mengadu itu, ini dan mengutuk kerajaan. Mereka marah terhadap GST (cukai barang dan perkhidmatan) tetapi mereka membawa kereta yang mahal dan baharu serta membeli rumah berharga RM800,000 hingga lebih RM1 juta, dan berhutang banyak.

“Mereka mengutuk sekolah kerajaan dan sistem pendidikan namun memuja sistem sekolah antarabangsa. Sudah tentu mereka membayarnya dengan harga yang mahal. Apabila kewangan mereka terikat walaupun memperoleh pendapatan enam digit, mereka menyalahkan kerajaan,” katanya dalam laman portal berkenaan.

Menurut Sin Chong, beliau berpendapat kebanyakan ibu bapa masyarakat Cina yang berusia antara 20 dan 40 tahun akan mengeluh terhadap semua perkara kecil dan hanya membaca berita-berita propaganda daripada DAP.
“Semasa zaman mendiang mak saya, tiada benda seperti susu import, tiada gas memasak dan saya sempat melihat dia memasak menggunakan arang dan kayu. Dia akan berpeluh untuk menyalakan arang, dia juga akan sembelih ayam. Kamu dapat bayangkan bagaimana susah keadaan hidupnya ketika kecil tetapi dia dapat hidup sehingga umur 90 tahun,” katanya.

Untuk sambutan kemerdekaan tahun ini, kata Sin Chong, beliau merasakan keperluan yang amat sangat untuk meletakkan Jalur Gemilang di hadapan rumahnya.
“Saya fikir perlu melakukan sesuatu untuk menunjukkan kepada anak saya gambaran apa yang dikatakan patriotik, sama ada mereka akan mengikutnya adalah perkara individu tetapi sekurang-kurang saya tahu saya telah melakukan perkara yang betul,” katanya.

Dalam penulisan itu, Sin Chong turut berkongsi kisah mengenai seorang suami terpaksa membawa isterinya ke luar negara semata-mata tidak mahu isterinya terbabit dalam perhimpunan haram Bersih 4.0.

“Wanita Cina yang mempunyai jutaan ringgit ini mahu menyertai Bersih 4.0. Dia memiliki berdozen rangkaian francais. Di sebalik memperoleh keuntungan disebabkan keamanan dan kestabilan negara dan walaupun beliau seorang yang bijak, bermasyarakat dan banyak mengembara, wanita ini gagal membezakan antara semangat patriotik, kesetiaan dengan pandangan politik,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/dap-racuni-minda-kaum-cina-benci-kerajaan-1.130433#sthash.jrCLshwR.dpuf

Saybye bye to ASTRO?



Mungkin korang dah tau awal kot isu di atas. Aku baru sahaja mendapat wassap dari member. Kita harap semoga projek ini berjaya. Aku memang pelanggan Asterok . Siap ambil pakej superpack lagi. Berita tersebut amat mengembirakan aku kerana 80 siaran percuma kita dapat. Habis la asterok lepas ni haha.....

Umobile internet ku


Nak pakai unifi atau maxis fiber? Last-last aku pakai broadband Umobile. Rekod aku dengan broadband Umobile ni memang tidak baik. aku pernah melanggan internet Umobile  sebanyak dua kali dan dua-dua kali aku terminate. Kali ini setelah lebih 3 tahun aku tidak menggunakan broadband Umobile harapa-harap liputan internetnya cantik.

Sebelum itu seperti biasa aku akan google coverage dia . Wah! Amat bagus sekali siap ada signal 4g lagi tu. Dengan semangatnya aku pergila mendaftar di cawangan Umobile yang berhampiran dengan rumah. Disebabkan aku ini adalah seorang pengguna internet yang tegar aku ambik pakej yang paling mahal sekali iaitu data 10gb+20Gb .  Macam biasala syarikat telco main harga dan data tambahan ikut waktu. Korang boleh lihat gambar dibawah nanti. Mana ada orang nak guna internet pukul 2pg-8pg. Kalau orang tidak bekerja aku rasa ya.

Ok , balik sahaja dirumah dengan semangatnya aku pun menggunakn broadaband internet tersebut. Wah amat laju giler berdesup perginya. Namun apabila waktu malam aku amat terkejut langsung tidak dapat menggunakan internet. Aku sabar lagi. Keesokan harinya selepas solat subuh aku pun mencuba lagi . Mmm kira bolehla tapi tidak selaju internet data celcom ditelifonku.

Setelah 7 hari menggunakanya aku bertekad akan terminate broadband Umobile ini kerana persembahannya amat mengecewakan aku huhu.. Umobile masih teruk lagi coveragenya dirumah aku. Walhal aku duduk tidak la seceruk mana . Di area pusat bandaraya.  Jiran aku kata internet Umobile dirumahnya amat bagus sekali sehinggakan dia terminate Unifi yang dipakainya baru 3 bulan.

Kesimpulannya rumah aku mungkin macam gua. Memang line celcom sahaja yang cantik huhu. Nasib baik modem Umobile itu unlock jadi bolehlah aku tukar simcard celcom kedalam modem tersebut.

Mungkin korang pelik kenapa aku tidak melanggan Unifi atau Maxis fiber. Sebabnya aku ini masih bujang dan lebih bayank masa di opis daripada di rumah. Amat merugikan jika pakai internet tidak digunakan.

Jika aku pakai internet broadband aku boleh menggunakannya dimanamana aku berada diluar sana.

Oklah! Cukup sampai disini sahaja yang dapat aku mengomel. Semoga anda semua terhibur dengan cerita saya yang tak best ini haha.

Ppr1ma oh! Pr1ma


Seronok bila baru-baru ini PM kita dah mengagihkan kunci rumah pada projek perumahan pr1ma di Putrajaya. Namun aku amat kecewa tentang cara pemilihan kelayakan kepada pemohon yang betul-betul memerlukan rumah sendiri kerana masih belum mempunyai rumah seperti aku.

Desas-desus mengatakan bahawa ada yang mahu mahu menyewakan rumah pr1ma yang mereka dapat  setelah rumah tersebut siap. Nampaknya matlamat kerajaan supaya rakyat mampu memiliki rumah sendiri belum tercapai. Di tambah lagi dengan harga rumah yang mahal.

Serupa juga dengan projek perumahan pr1ma yang akan dibina di Bukit Jalil . Aku pun ada memohon juga. Namun ada dikalangan rakan-rakan yang telah pun memiliki rumah ingin juga memohon. Ini seolah-olah mengganggu kepada orang yang memang belum ada mempunyai rumah untuk layak mendudukinya.

Sekian dahulu luahan hati seorang rakyat marhaen.

Merdeka. Jom kibar

moto power aku mencari rezeki

Masih belum terlambat lagi untuk kita mengibarkan jalur gemilang. Jom kibar sebagai menzahirkan kecintaan kita terhadap negara.  Kalau bendera parti politik semasa PRU lepas korang boleh kibarkan  so lu pikir sendirilah ya.

Pengalaman menggunakan line Altel

Assalamualaikum dan hai semua. Kali ini aku ingin bercerita sedikit mengenai pengalaman hari pertama aku menggunakan talian Altel.

Sebelum ini ramai telah memperkatakan kehebatan talian Altel ini di Facebook dan juga blog-blog. Aku yang sebenarnya tidak berapa teruja dengan penerangan di alamaya ini selagi tidak menggunakan sendiri.

Hendak dijadikan cerita rakan ofis aku ada menjual simkad Altel dengan berharga rm7 dan topup rm30  untuk data internet 1 gig manakala rm50 untuk plan data 2 gig. Disebabkan benda sudah terhidang didepan mata maka keterujaan aku semakin membuak-buak untuk mencubanya.

Akhirnya hari ini aku telah menghabiskan duit gaji baki-baki hari raya lepas sebanyak rm37 huhu. Aku mengambil plan data 1 gig.
Seperti biasa untuk pendaftaran kenalah bagi no IC dan alamat surat menyurat anda. Amat mudah urusan pendaftarannya kerana kawan aku hanya sms jer.




Aku pun gunalah data internet altel ini di ipad mini ku. Cuma aku terkejut kerana signalnya adalah celcom. Jadi benarlah apa yang diperkatakan oleh rakan-rakan media masa bahawa talian altel ini menumpang kasih dengan talian Celcom.


Bercerita tentang speednya buat masa ini tidaklah mengecewakan kerana ianya boleh tahan pantasnya . Tetapi aku tidaklah terlalu teruja sangat kerana aku mempunyai banyak pengalaman pernah menggunakan talian Maxis,celcom,digi,umobile dan celcom 1 Malaysia. Kesimpulanya ia bergantung pada coverage kawasan dan berapa data internet yang anda gunakan. Mungkin juga talian Altel ini masih kurang orang pakai maka ianya stabil dan pantas.

Korang tunggu aku akan cuba update tajuk blog ini mengenai speed talian Altel  di kampung aku. Buat pengetahuan korang coverage internet celcom di gampung aku hanya signal Edge.

Nasihat aku sebelum korang mencuba talian altel ini perlu tanya kepada penjual yang telifon anda boleh atau tidak menggunakannya. Ini kerana simcard Altel sememangnya speednya untuk telifon yang boleh suport singnal tinggi .

Update 27/8/14
Pada hari semalam aku sempat pulang ke kampung atas urusan peribadi. Sebagai mana diketahui yang signal internet line celcom hanyalah EDGE. Seperti yang dijangkakan line Altel di kampung aku tetap juga EDGE.

Hari ini sekembalinya aku di KL aku boleh katakan line internet Altel  disini amat menakjubkan dan laju. Tetapi aku tidaklah teruja sangat kerana internet beruk band celcom aku pun laju juga pada malam ini kih2.


update 28/8/2014

Ok selama 7 hari aku menggunakan line internet Altel memang cukup berpuas hati. Namun begitu ia ada kelemahannya kepada pengguna internet tegar macam aku ini. Tiada internet Unlimited untuk Altel. Seminggu jer aku guna sudah habis kaota 1G. Dan aku tidak dapat melayari internet.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...