pembuka

Selamat Datang >
Showing posts with label mengomel. Show all posts
Showing posts with label mengomel. Show all posts

Tips dan nasihat melabur dinar emas

Terima kasih kepada bakal isteriku kerana mensyorkan membaca web www.mohdzulkifli.com yang amat berguna untuk cara menguruskan keewangan serta dalam melabur emas.

Korang sila-sila lah jengok web Zulkifli tersebut. memang amat bagus. Aku berazam untuk menjadi lebih baik daripada sekarang untuk hidup bebas dari hutang negatif.

Luahan hati kaum Cina yang tidak sertai BERSIH 4.0



KUALA LUMPUR 31 Ogos – Racun-racun kebencian terhadap kerajaan yang ditanam oleh DAP ke dalam minda masyarakat Cina di negara ini akan membawa kepada kejatuhan kaum berkenaan.


Menurut seorang penulis dalam kolum portal malaysia-today.net, Cheah Sin Chong, kebanyakan masyarakat Cina yang menyokong DAP gagal berfikir secara rasional berikutan cara hidup yang dimanjakan ketika dibesarkan.

“Hari ini, ramai masyarakat Cina yang mempunyai dua pendapatan serta meraih gaji yang bagus tetapi masih mengeluh. Mereka mengadu itu, ini dan mengutuk kerajaan. Mereka marah terhadap GST (cukai barang dan perkhidmatan) tetapi mereka membawa kereta yang mahal dan baharu serta membeli rumah berharga RM800,000 hingga lebih RM1 juta, dan berhutang banyak.

“Mereka mengutuk sekolah kerajaan dan sistem pendidikan namun memuja sistem sekolah antarabangsa. Sudah tentu mereka membayarnya dengan harga yang mahal. Apabila kewangan mereka terikat walaupun memperoleh pendapatan enam digit, mereka menyalahkan kerajaan,” katanya dalam laman portal berkenaan.

Menurut Sin Chong, beliau berpendapat kebanyakan ibu bapa masyarakat Cina yang berusia antara 20 dan 40 tahun akan mengeluh terhadap semua perkara kecil dan hanya membaca berita-berita propaganda daripada DAP.
“Semasa zaman mendiang mak saya, tiada benda seperti susu import, tiada gas memasak dan saya sempat melihat dia memasak menggunakan arang dan kayu. Dia akan berpeluh untuk menyalakan arang, dia juga akan sembelih ayam. Kamu dapat bayangkan bagaimana susah keadaan hidupnya ketika kecil tetapi dia dapat hidup sehingga umur 90 tahun,” katanya.

Untuk sambutan kemerdekaan tahun ini, kata Sin Chong, beliau merasakan keperluan yang amat sangat untuk meletakkan Jalur Gemilang di hadapan rumahnya.
“Saya fikir perlu melakukan sesuatu untuk menunjukkan kepada anak saya gambaran apa yang dikatakan patriotik, sama ada mereka akan mengikutnya adalah perkara individu tetapi sekurang-kurang saya tahu saya telah melakukan perkara yang betul,” katanya.

Dalam penulisan itu, Sin Chong turut berkongsi kisah mengenai seorang suami terpaksa membawa isterinya ke luar negara semata-mata tidak mahu isterinya terbabit dalam perhimpunan haram Bersih 4.0.

“Wanita Cina yang mempunyai jutaan ringgit ini mahu menyertai Bersih 4.0. Dia memiliki berdozen rangkaian francais. Di sebalik memperoleh keuntungan disebabkan keamanan dan kestabilan negara dan walaupun beliau seorang yang bijak, bermasyarakat dan banyak mengembara, wanita ini gagal membezakan antara semangat patriotik, kesetiaan dengan pandangan politik,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/dap-racuni-minda-kaum-cina-benci-kerajaan-1.130433#sthash.jrCLshwR.dpuf

Saybye bye to ASTRO?



Mungkin korang dah tau awal kot isu di atas. Aku baru sahaja mendapat wassap dari member. Kita harap semoga projek ini berjaya. Aku memang pelanggan Asterok . Siap ambil pakej superpack lagi. Berita tersebut amat mengembirakan aku kerana 80 siaran percuma kita dapat. Habis la asterok lepas ni haha.....

Umobile internet ku


Nak pakai unifi atau maxis fiber? Last-last aku pakai broadband Umobile. Rekod aku dengan broadband Umobile ni memang tidak baik. aku pernah melanggan internet Umobile  sebanyak dua kali dan dua-dua kali aku terminate. Kali ini setelah lebih 3 tahun aku tidak menggunakan broadband Umobile harapa-harap liputan internetnya cantik.

Sebelum itu seperti biasa aku akan google coverage dia . Wah! Amat bagus sekali siap ada signal 4g lagi tu. Dengan semangatnya aku pergila mendaftar di cawangan Umobile yang berhampiran dengan rumah. Disebabkan aku ini adalah seorang pengguna internet yang tegar aku ambik pakej yang paling mahal sekali iaitu data 10gb+20Gb .  Macam biasala syarikat telco main harga dan data tambahan ikut waktu. Korang boleh lihat gambar dibawah nanti. Mana ada orang nak guna internet pukul 2pg-8pg. Kalau orang tidak bekerja aku rasa ya.

Ok , balik sahaja dirumah dengan semangatnya aku pun menggunakn broadaband internet tersebut. Wah amat laju giler berdesup perginya. Namun apabila waktu malam aku amat terkejut langsung tidak dapat menggunakan internet. Aku sabar lagi. Keesokan harinya selepas solat subuh aku pun mencuba lagi . Mmm kira bolehla tapi tidak selaju internet data celcom ditelifonku.

Setelah 7 hari menggunakanya aku bertekad akan terminate broadband Umobile ini kerana persembahannya amat mengecewakan aku huhu.. Umobile masih teruk lagi coveragenya dirumah aku. Walhal aku duduk tidak la seceruk mana . Di area pusat bandaraya.  Jiran aku kata internet Umobile dirumahnya amat bagus sekali sehinggakan dia terminate Unifi yang dipakainya baru 3 bulan.

Kesimpulannya rumah aku mungkin macam gua. Memang line celcom sahaja yang cantik huhu. Nasib baik modem Umobile itu unlock jadi bolehlah aku tukar simcard celcom kedalam modem tersebut.

Mungkin korang pelik kenapa aku tidak melanggan Unifi atau Maxis fiber. Sebabnya aku ini masih bujang dan lebih bayank masa di opis daripada di rumah. Amat merugikan jika pakai internet tidak digunakan.

Jika aku pakai internet broadband aku boleh menggunakannya dimanamana aku berada diluar sana.

Oklah! Cukup sampai disini sahaja yang dapat aku mengomel. Semoga anda semua terhibur dengan cerita saya yang tak best ini haha.

Ppr1ma oh! Pr1ma


Seronok bila baru-baru ini PM kita dah mengagihkan kunci rumah pada projek perumahan pr1ma di Putrajaya. Namun aku amat kecewa tentang cara pemilihan kelayakan kepada pemohon yang betul-betul memerlukan rumah sendiri kerana masih belum mempunyai rumah seperti aku.

Desas-desus mengatakan bahawa ada yang mahu mahu menyewakan rumah pr1ma yang mereka dapat  setelah rumah tersebut siap. Nampaknya matlamat kerajaan supaya rakyat mampu memiliki rumah sendiri belum tercapai. Di tambah lagi dengan harga rumah yang mahal.

Serupa juga dengan projek perumahan pr1ma yang akan dibina di Bukit Jalil . Aku pun ada memohon juga. Namun ada dikalangan rakan-rakan yang telah pun memiliki rumah ingin juga memohon. Ini seolah-olah mengganggu kepada orang yang memang belum ada mempunyai rumah untuk layak mendudukinya.

Sekian dahulu luahan hati seorang rakyat marhaen.

Merdeka. Jom kibar

moto power aku mencari rezeki

Masih belum terlambat lagi untuk kita mengibarkan jalur gemilang. Jom kibar sebagai menzahirkan kecintaan kita terhadap negara.  Kalau bendera parti politik semasa PRU lepas korang boleh kibarkan  so lu pikir sendirilah ya.

Pengalaman menggunakan line Altel

Assalamualaikum dan hai semua. Kali ini aku ingin bercerita sedikit mengenai pengalaman hari pertama aku menggunakan talian Altel.

Sebelum ini ramai telah memperkatakan kehebatan talian Altel ini di Facebook dan juga blog-blog. Aku yang sebenarnya tidak berapa teruja dengan penerangan di alamaya ini selagi tidak menggunakan sendiri.

Hendak dijadikan cerita rakan ofis aku ada menjual simkad Altel dengan berharga rm7 dan topup rm30  untuk data internet 1 gig manakala rm50 untuk plan data 2 gig. Disebabkan benda sudah terhidang didepan mata maka keterujaan aku semakin membuak-buak untuk mencubanya.

Akhirnya hari ini aku telah menghabiskan duit gaji baki-baki hari raya lepas sebanyak rm37 huhu. Aku mengambil plan data 1 gig.
Seperti biasa untuk pendaftaran kenalah bagi no IC dan alamat surat menyurat anda. Amat mudah urusan pendaftarannya kerana kawan aku hanya sms jer.




Aku pun gunalah data internet altel ini di ipad mini ku. Cuma aku terkejut kerana signalnya adalah celcom. Jadi benarlah apa yang diperkatakan oleh rakan-rakan media masa bahawa talian altel ini menumpang kasih dengan talian Celcom.


Bercerita tentang speednya buat masa ini tidaklah mengecewakan kerana ianya boleh tahan pantasnya . Tetapi aku tidaklah terlalu teruja sangat kerana aku mempunyai banyak pengalaman pernah menggunakan talian Maxis,celcom,digi,umobile dan celcom 1 Malaysia. Kesimpulanya ia bergantung pada coverage kawasan dan berapa data internet yang anda gunakan. Mungkin juga talian Altel ini masih kurang orang pakai maka ianya stabil dan pantas.

Korang tunggu aku akan cuba update tajuk blog ini mengenai speed talian Altel  di kampung aku. Buat pengetahuan korang coverage internet celcom di gampung aku hanya signal Edge.

Nasihat aku sebelum korang mencuba talian altel ini perlu tanya kepada penjual yang telifon anda boleh atau tidak menggunakannya. Ini kerana simcard Altel sememangnya speednya untuk telifon yang boleh suport singnal tinggi .

Update 27/8/14
Pada hari semalam aku sempat pulang ke kampung atas urusan peribadi. Sebagai mana diketahui yang signal internet line celcom hanyalah EDGE. Seperti yang dijangkakan line Altel di kampung aku tetap juga EDGE.

Hari ini sekembalinya aku di KL aku boleh katakan line internet Altel  disini amat menakjubkan dan laju. Tetapi aku tidaklah teruja sangat kerana internet beruk band celcom aku pun laju juga pada malam ini kih2.


update 28/8/2014

Ok selama 7 hari aku menggunakan line internet Altel memang cukup berpuas hati. Namun begitu ia ada kelemahannya kepada pengguna internet tegar macam aku ini. Tiada internet Unlimited untuk Altel. Seminggu jer aku guna sudah habis kaota 1G. Dan aku tidak dapat melayari internet.

Macam tak best jer buletin utama berubah wajah.

Terus terang aku sejak kecil samapailah sekarang memang tidak ketinggalan untuk menonton berita buletin utama tv3. Namun sejak ia berubah wajah aku terus meninggalkanya. Maaf TV3 bukan  sengaja untuk aku mencurangimu namun kau semakin tidak mampu menambat hatiku.

Sekali tengok macam rancangan 999 pun ada , rancangan majalah 3 pun ada. Adoi.... tolanglah. Aku hendak tengok berita bukannya rencana. View buletin utama pun dah semakin suram dan serabut pada pendapat aku.


Bukan untuk mengutuk namun ini adalah satu teguran dari penonton wahai TV3.

Aku sekarang telah berubah hati menonton berita RTM ,Ntv7 dan Tv9 dan aku paling menggemari menonton berita TV9 untuk waktu pedana dan berita NTV7 pada pukul 7 petang. Beritanya padat dan tidak terlalu menyimpang dari format berita sebenar. Masa pun singkat iaitu 30 minit sahaja.

Astro Awani? Mmm tak minat la.

aku amat merindui view buletin utama seperti gambar ini

Mungkin Rusia boleh menjadi rakan yang akrab untuk kita



Misteri kehilangan pesawat MH370 telah pun dirungkaikan. Menurut laporan mengatakan pesawat malang tersebut berhenti di lautan hindi. Dalam kata mudah dan kasar terhempas dilautan hindi.

Sebagaimana kita ketahui sebanyak 26 negara terlibat didalam usaha mencari pesawat malang tersebut. Apa yang menariknya polis dunia Amerika hanya menghulurkan bantuan satu aset sebuah pesawat Poseidion. Jika dibandingkan dengan segala kecanggihan teknologi kita rasakan Amerika la yang paling canggih.

Moral dari kejadian ini dapatlah disimpulkan bahawa Amerika\Yahudi sememangnya bukan seorang kawan yang baik dan yang boleh diharapkan. Mungkin selepas ini aku amat berharap kerajaan kita lebih banyak berniaga dan bersahabat dengan negara-negara yang tidak disukai oleh Amerika seperti Rusia dan Iran.

Aku juga amat kecewa dengan negara-negara arab langsung tidak ada menghulurkan aset bantuan dalam mencari pesawat tersebut.

Aku amat tertarik dengan artikel ini  Lakonan Amerika

Kot kulit buaya bernilai AS$130,000

Hiasan

Kot kulit buaya bernilai AS$130,000 dicuri, seorang lelaki dicari



HONG KONG 22 Feb. - Sehelai kot kulit buaya yang bernilai AS$130,000 (RM429,789) telah dicuri seorang lelaki dari sebuah butik pakaian Burberry yang terletak di sebuah pusat beli-belah paling sibuk di Hong Kong, kata polis semalam.

Sebelum itu, kot mahal dengan rekaan trend terkini tersebut dipamerkan pada sebuah patung dan ia hanya disedari telah hilang oleh kakitangan butik berkenaan ketika mereka mahu menutup pintu kedai pada hari Rabu lalu.

“Individu yang membuat laporan mengenai kes itu mendapati sehelai jaket bernilai AS$130,000 telah hilang.

“Satu tayangan rakaman kamera keselamatan telah membuatkan kakitangan di butik itu percaya ia telah dicuri," kata pihak polis dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, pihak polis kini sedang mencari lelaki berbadan sasa yang disyaki berusia di antara 30 dan 40 tahun. - AFP

Kredit Utusan Malaysia

Generasi Y telah hilang semangat patriotisme


Petikan FB di atas adalah sebahagian dari menteliti generasi Y yang suka menghina negara sendiri. Menurut pemerhatian aku sememangnya semangat kecintaan masyarakat Malaysia terhadap negaranya sendiri amat mendukacitakan.

Ini terbukti di sekitar perumahan aku semasa menyambut hari Merdeka 31 Ogos. Setelah 10 tahun aku menginap disitu aku boleh bilang tidak sampai 6 bendera Malaysia dikibarkan dirumah-rumah. Kalau yang mengibarkannya pun sememangnya rumah yang sama.

Manakala di laman-laman sosial aku perhatikan sememangnya banyak kopmen-komen negatif terhadap pemimpin sendiri dan menidakkan jasa-jasa pemimpin terdahulu di atas sebab politik. 

Wahai rakyat sekilan. Ayuhlah! Bangunlah dari lena dan dibuai oleh pemikiran anasir-anasir politik yang menghancurkan. Berfikiran  rasionallah... Bersihkan hati masing-masing...  Cukup-cukuplah korang berpolitik 36 jam..  Perbezaan fahaman politik harus diketepikan sekiranya ada program-program nasional.

Pada pemerhatian aku kaum lain seperti kaum cina amat menyedihkan semangat nasionalis mereka. Mereka masih lagi ingat mereka ni di negara China. Maaf .. aku bukan rasis cuma ini dari perhatian aku yang telah 10 tahun duduk di kawasan majoriti kaum Cina. Kenapa mereka bersikap sedemikian? Jawapannya mereka sering dibuai oleh pemikiran hasutan pemeimpin-pemimpin politik yang berkepentingan. Mereka lupa yang kaya adalah orang politik. Kita bercakaran sesama sendiri. Orang politik senang lenang.

Oleh itu aku amat berharap tanamkan diri masing-masing untuk menanam perasaan cintakan negara yang tercinta ini. Jangan lupa tanamkan semangat ini terhadap anak cucu kita. Malu kita dengan orang Indonesia yang mencari rezeki  disini. Semangat patriotik mereka amat menebal walaupun mereka di negara orang.

Sekiaan....

Ambik kau admin FB Harimau Malaya dah kena smash.

Aku yang sebenarnya dah lama dah meluat nak masuk page FB Harimau Malaya sejak musim PRU13 lepas. Tetapi disebabkan aku hendak mencari berita-berita bolasepak tempatan maka aku terpaksa juga melayari FB Harimau Malaya tersebut.

Kenapa aku merasa meluat? Kerana aku meluat dengan admin FB Harimau Malaya tersebut. FB tersebut sepatutnya cerita pasal sukan bola tetapi dia suka masuk  cerita berunsur politik . Kalau korang tak percaya korang boleh lihat sendiri  status FB Harimau Malaya semasa PRU13 sehingga kini. Mesti ada sahaja isu politik dicampur adukkannya.

Namun begitu aku amat tertarik dengan komen dari seorang pembaca bernama Zulkifli Jalaludin yang begitu rasional dalam meluahkan pendapatnya..


Video raya yang menghina agama kita



Semakin hari semakin banyak penghinaan  agama islam yang diterima di negara kita ini. Aku amat berharap kita semua bersatu dan buangkan fahaman politik demi memperkasakan agama yang suci ini di negara kita.


korang saksikan la sendiri . 



Bonus+Raya+Gaji naik = Barang naik?


Bonus+Raya+Gaji naik = Barang naik? Ramai orang marah kerajaan pasal harga barang naik. Dia orang ingat kalau Pakatan perintah barang boleh stabil ker?

Pendapat aku barang naik harga kerana sikap tamak pemborong dan peniaga untuk mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Jika dahulu meraka memberi alasan harga minyak naik maka harga barangan terpaksa dinaikkan atas sebab kos pengangkutan. Tetapi apabila harga minyak turun tidak pernah pun harga barang ikut turun sama.

Aku bermain badminton di Kl sejak tahun 2000 lagi. Ketika itu harga shutlle cock jenama Sea Lion merah berharga rm23, selepas itu naik rm27, rm32, rm 37,rm43, rm 47 dan sekarang aku tidak pasti mungkin harga rm59. Ini kerana aku sempat memakai shuttle protech berharga rm45 dan kini rm59. Mula-mula alasan tokey cina tu kata minyak naik. Ok tak pa. Dalam tahun seterusnya seluruh dunia terkena wabak penyakit selsema burung maka tokey cina tu memberi alasan bulu itiok susah nak dapat. Ok tak pa. Tetapi yang peliknya bila kes selsema burung sudah tiada serta harga minyak turun harga shuttle tetap sama tidak berubah.

Dalam tahun-tahun berikut harga shuttle semakin naik dan terkini sebelum PRU13 aku terkejut yang tokey cina tu kata harga shuttle akan naik pada bulan MEI. Aku tanya sebabnya tetapi dia hanya menjawab memang harga mahu naik. Untuk pengetahuan korang aku membeli shuttle di kedai yang sama sejak tahun 2000 lagi.

Hobi aku minum dikedai mamak. Sebelum berpuasa tokey mamak tu ada bagi tahu aku yang selepas aidilfitri harga akan naik. Aku tanya kenapa sebabnya gaji mau naik. Nah! Korang lihat betapa teruknya peniaga-peniaga di Malaysia mengambil kesempatan menaikkan harga barangan. Itu pun korang nak salahkan kerajaan lagi.

Aku cerita pasal aku mengalami peristiwa di atas tadi. Banyak lagi aku nak cerita tapi aku takut korang boring pulak dengar cerita merapu aku ni. Sebab itu telinga aku jadi panas bila ada orang yang fanatik politik sikit-sikit salahkan kerajaan . Kenapa tak salahkan kerajaan bila motor korang pancit? Mana ada kerajaan dalam dunia ini nak kasi susah sama rakyat ma... Dia orang tahu kalau kasik susah rakyat nanti PRU rakyat takkan sokong mereka. Itu pun aku nak ajar ker...

Jadi untuk mengatasi masalah ini kita perlu berhemat dalam berbelanja. Kita sebagai pengguna perlu bersatu hati untuk mengajar peniaga-peniaga sedemikian dengan memasak dirumah. Aku jamin harga barang basah kenaikannya tidak ketara sangat kecuali pada musim perayaan. Namun korang jangan gelabah kalau harga barang naik jugak time musim perayaaan kita makan biskut mayat jer la time raya . Amacam? hihi.

Kesimpulannya selagi ekonomi orang Melayu tidak kuat maka sampai bila-bila la kita kena main harga dengan puak yang satu lagi tu.

Anda mungkin meminati
CUEPACS mohon timbang bonus 2 setengah bulan

Sikit-sikit salahkan orang lain



Aku pun tak paham la mentaliti orang Malaysia ni. Berfikiran politik mungkin menjadi satu cara hidup kot. Semua benda yang berlaku mesti nak kaitkan dengan politik.  Kesian SYABAS asyik-asyik kena tuduh. Sila baca seterusnya

Korang jangan like FB Harimau Malaya



Ini FB sukan atau FB politik?
Selama ini aku layan FB Harimau Malaya untuk mengetahui info terkini perkembangan Bola Sepak Negara. Namun aku amat kecewa apabila terbubarnya Parlimen  baru-baru ini telah menunjukkan belang sebenar admin Harimau Malaya ini.

Aku amat kecewa apabila admin FB Harimau Malaya telah lari dari tajuk sukan. Kenapa harus berkempen disitu. Kalau kau nak berkempen silalah berkempen di FB peribadi kau atau pun di blog engkau.
Sukan sebenarnya bleh menyatukan semua orang bukan memperpecah-belah orang. CUba kita lihat Piala Dunia bolasepak telah berjaya menyatukan umat dunia dan kalau kau perasan dalam tempoh kejohanan tersebut satu dunia akan bercerita tentang bola. Mereka seolah lupa dengan masalah-masalh politik dan masalah-masalah lain seperti masaalah ekonomi dan ancaman pengganas.

Kalau pembaca perasan kebanyakan admin mana-mana portal yang berfahaman kepartian di sebelah sana seudah pasti akan cuba menyiarkan artikel-artikel mengutuk kerajaan.AKu rasa dalam kepala korang ni tak der pikir lainl. Pikir politik jer... '

Ok lah aku pun dah dislike FB Harimau Malaya ni. Biarkanlah admin FB ini terjun dengan labu-labunya bersama cai-cai nya.

Kenapa Ek! Ada akhbar online tak update



contoh berita ...28/3/13 pukul 6.30 petang


Sebagai blogger baru dan sambilan semacam aku ini semestinya amat memerlukan sokongan berita-berita dari luar sana menerusi akhbar-akhbar online termasuklah akhbar Berita Harian Online. Tetapi amat mendukacitakan berita-berita yang terpapar adalah berita yang telah basi berbulan-bulan lepas setelah lepas waktu pejabat.

Ini menyebabkan aku suka merujuk akhbar Utusan Malaysia Online. Tabik spring aku dengan akhbar Utusan Malaysia Online ini kerana pukul 1 pagi pun masih update berita terkini. Adakah strategi Berita Harian untuk melakukan akhbar mereka dengan memperlakukan sedemikian?

Sekarang ini aku berminat dengan akhbar Utusan Malaysia Online. Sememangnya menepati selera pembaca maya seperti aku. Page viewnya puya menarik. Diharap Akhbar Berita Harian Online dapat mengambil perhatian dengan makluman aku ini. Tampa anda siapalah aku.....

Kena baca kisah benar ini.Bagus untuk musahabah diri.

gambar hiasan

Tengah-tengah aku mencari bahan untuk dimuatkan didalam blog aku ada terbaca kisah pengalaman seorang penulis  bertemu dengan seorang budak penjual kuih semasa perjalanan pulangnya ke ibu kota KL. Setelah aku habis membaca pengalaman blogger tersebut aku menarik nafas panjang dan bermuhasabah diri yang betapa mulianya budak tersebut berbanding dengan aku.



Korang boleh baca seterusnya

Kredit dari theflyingkic
sumber asal Facebook
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...