pembuka

Selamat Datang >
Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Panduan Nilai Kalori dalam makanan

Obesiti dalam masyarakat Malaysia semakin membimbangkan. Termasuklah aku ni huhu. Jika dahulu saiz pinggang aku 27 inci kemudia n 32inci ,34inci dan sekarang saiz pinggang aku 38inci huhu. Banyak cara dan kardah aku gunakan tapi tidak berkesan. Mungkin displin tiada  yang menyebabkan aku amat sukar menurunkan berat badan.


Sila baca seterusnya

Cara nak kawal kolesterol



PENYAKIT jantung dan strok adalah dua masalah kesihatan serius yang berpunca daripada tahap kolesterol tinggi. Keadaan itu dikatakan berkait rapat dengan beberapa faktor seperti keturunan, diet pemakanan dan gaya hidup seseorang.

Bagi mengatasi kebimbangan seseorang berhubung risiko menghidap penyakit jantung dan strok, kajian terkini membuktikan sumber semula jadi juga dapat membantu merendahkan tahap kolesterol secara berkesan.


Kajian itu juga menunjukkan, ada empat produk berasaskan sumber semula jadi yang kini berada di pasaran mampu mengurangkan tahap kolesterol secara sihat dan efektif, tanpa kesan sampingan. Empat bahan itu adalah sterol tumbuhan (plant sterols), bijirin oat, serbuk minyak ikan Omega 3 dan Psyllium Husk.


Sterol tumbuhan yang turut dikenali Phytosterols atau Stanols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolesterol. Malah, pengambilan produk itu akan menurunkan tahap kolesterol sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus.

Oat pula bijirin yang mengandungi serat larut dikenali ‘beta glukan’ yang terbukti merendahkan tahap kolesterol mereka yang mengamalkan pemakanannya.

Kandungan serat, karbohidrat kompleks dan protein yang tinggi itu turut membantu menstabilkan kadar glukos dalam darah.

Minyak ikan Omega 3 atau produk Omega 3 Fish Oil Powder pula adalah asid lemak yang penting bagi metabolisma normal kerana ia mengandungi Asid Lemak Tak Tepu (EPA) bagi mengurangkan inflamasi seluruh badan.
Produk ini juga sesuai untuk penghidap masalah kesihatan hipertrigliseridemia, kardiovaskular sekunder dan tekanan darah tinggi.

Selain itu, Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan kepada pesakit jantung koronari supaya mengambil 1 gram minyak ikan seperti produk ini setiap hari.

Psyllium Husk pula secara lazimnya digunakan untuk menangani sembelit, sindrom sakit perut serta meningkatkan kemampuan dan mengekalkan otot usus.
Pada masa sama, penggunaannya mampu untuk menurunkan tahap kolesterol, mengawal diabetes dan mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Hasil kajian dijalankan The American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan produk itu jika digunakan bersama bahan makanan, berkesan untuk mengurangkan glukosa dalam darah

Tips melancong kekal sihat

Tips melancong kekal sihat

Cuaca yang kini tidak menentu mengundang kepada banyak penyakit. Selesema, batuk, demam dan banyak lagi penyakit yang boleh dihidapi dengan keada­an yang tidak menentu ini.

Ketika melancong, cuaca yang kadangkala panas, sejuk kemudian hujan dan berangin juga mengundang kepada sakit tekak, selesema dan batuk tidak kira ketika anda masih bercuti ataupun apabila pulang ke rumah.

\Justeru, untuk kekal sihat sepanjang berada di destinasi percutian dan apabila pulang daripada bercuti nanti, tip melancong minggu ini mungkin dapat membantu anda.






SENTIASA sihat ketika melancong menjadikan percutian lebih bermakna.

Ketahui keadaan cuaca di destinasi


Sebelum memulakan percutian, adalah lebih baik anda mengambil tahu keadaan cuaca di tempat yang akan di kunjungi.

Dengan itu, anda boleh menyediakan kelengkapan atau keperluan yang boleh mengelak daripada jatuh sakit ketika berada di sana.

Anda juga mungkin boleh meminta pendapat atau panduan daripada kenalan yang baru pulang dari destinasi yang akan dikunjungi.


Pengambilan vaksinasi perjalanan

Ramai yang mengambil mudah mengenai pengambilan vaksinasi perjalanan ketika melancong di luar negara.

Pengambilan vaksinasi ini amat penting supaya anda terhindar daripada pelbagai jenis penyakit yang boleh me­nyerang anda ketika melancong.

Berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui vaksin apa yang diperlukan ketika mahu mengunjungi mana-mana negara bagi memastikan anda sihat ketika berada di sana dan apabila pulang ke tanah air.


Minum banyak air kosong

Meminum air kosong atau mineral ketika melancong adalah sangat dituntut. Selain menghilangkan dahaga, minum air yang banyak boleh mengelak anda daripada mengalami kekurangan air dalam badan serta kulit kering.

Anda juga akan lebih sihat dan bertenaga jika kandungan air dalam badan mencukupi.


Makanan bersih

Cari tempat makan bersih. Walaupun percutian itu sekadar ‘cari makan’, anda tetap perlu memastikan tempat makan yang dikunjungi terjamin kebersihannya.

Jangan sampai sepanjang perjalanan anda menahan sakit perut. Jangan lupa mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.

Bawalah sabun antiseptik yang berbentuk jel dan tidak perlu dibilas ke mana saja anda pergi.


Ubat

Selalu bawa ubat-ubatan yang biasa anda guna. Walaupun anda tidak menghidap penyakit tertentu yang memerlukan ubat khusus, bawa ubat biasa seperti sakit kepala, selesema, cirit-birit dan mabuk.

Justeru, jika anda sakit, anda sudah bersedia de­ngan ubat. Ini dapat mengelak daripada sakit itu berpanjangan.

Anda juga tidak perlu bergegas mencari farmasi atau kedai untuk mencari ubat ketika sakit. Ubat yang anda cari juga ada kalanya sukar diperoleh di farmasi terutama ketika anda bercuti di luar negara.

Oleh itu, ubat yang dibawa dapat membantu anda.




kredit Harian Metro

Tips nak diet&kurus macam Fatin Liyana




Baju opis  aku semakin sendat dan ada diantaranya tidak muat untuk dipakai. Perasaan gusar kembali menghantui. Sudah berbagai cara aku lakukan untuk diet dan  bersenam tetapi masih tidak berkesan.

Oleh kerana aku ni peminat dan follower blogger Fatin Liyana jadi aku pun meluang-luangkan masa untuk membaca posting-posting beliau. Ternyata amat tertarik dengan gaya penulisannya dan orangnya pun cantik.Sekali pandang terus jatuh cita woo.. Alangkah bertuahnya kalau Fatin Liyanan ni jadi bini aku hihi.

Oklah kerana aku menghormati beliau maka aku tidak akan copy dan paste posting cara beliau mengamalkan diet. Sila baca seterusnya.Tips : Nak jadi kurus ? Meh sni



Gosok gigi boleh elak serangan jantung?

Wah maklumat yang menarik. Bagi umat islam memang pun disunatkan bersugi. Sila baca seterusnya.


Macam-macam: Gosok gigi dua kali sehari elak serangan jantung

EDINBURGH: Satu kajian ke atas 11,000 orang dewasa di Scotland mendapati, mereka yang kurang menjaga kebersihan gigi mempunyai 70 peratus kemungkinan menghidap penyakit jantung, berbanding mereka yang menggosok gigi dua kali sehari.

Kajian itu menyatakan, bakteria dalam mulut ada kaitan dengan serangan jantung, walaupun faktor lain diketahui menyumbang kepada masalah itu termasuk tekanan darah tinggi, masalah kolestrol, berat badan berlebihan dan merokok. – Agensi

Awas lelaki!!

Awas lelaki!!

Bahaya mandi wap melampau

KUALA LUMPUR - Seorang pakar kesuburan lelaki mendakwa, mandi wap yang menjadi kegilaan golongan itu di bandar-bandar besar selepas bersenam di gimnasium boleh melemahkan fungsi sel sperma yang terkandung dalam testis (buah zakar) mereka.
Lebih menggerunkan, statistik perubatan membuktikan kira-kira 40 peratus masalah tidak boleh hamil yang dihadapi oleh wanita yang berkahwin berlaku akibat ketidaksuburan kaum lelaki.
Dr. Eeson Sinthamoney yang merupakan pakar Perbidanan, Sakit Puan dan Kesuburan di Hospital Pantai di sini berkata, rawatan tersebut yang memerlukan kepanasan wap antara 60 darjah Celsius hingga 100 darjah Celsius menyebabkan tubuh seseorang terdedah pada suhu yang terlalu tinggi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...