pembuka

Selamat Datang >
Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Cara jimat bateri di telifon pintar dengan menggunakan aplikasi Greenify

Greenify adalah salah satu aplikasi di android untuk  mengherbinasi aplikasi-aplikasi jahat yang berjalan semasa mod siap sedia ( standby ) telifon pintar anda. Ok untuk tidak membuang masa mula-mula muat turun aplikasi ini di google play/playstore.

Kemudian buka setting (rujuk gambar bawah )




2. Setelah itu kelik advanced  (rujuk gambar bawah )



3. Kelik Accesibility





4. Kemudian akhir sekali on kan Greenify-Automated Hibernation




5. Seterusnya pergi ke Phone Manager





6. Kelik Protect apps



7. Hidupkan Greenify. Ini bertujuan membenarkan aplikasi Greenify beroperasi dalam mod standby.




Cara menggunakan aplikasi greenify

1.Mula-mula buka aplikasi greenify.


2. Kelik tanda + di atas belah kanan



3. Akan muncul banyak aplikasi . Oleh yang demikian anda pilih mana-mana aplikasi yang anda hendak herbinasi itu. Contoh di bawah ini hanya 2 applikasi yang ada kerana aplikasi lain semua saya telah herbinasi. Buat pengetahuan anda merujuk contoh dibawah di sebelah kanan  aplikasi WhatsApp ada simbol cloud ( awan). Simbol tersebut menandakan sesuatu aplikasi itu dalam bahasa mudahnya kuat makan bateri. Setelah anda pilih aplikasi yang anda hendak herbinasi seterusnya kelik tanda write seperti gambar dibawah.



4. Yea.. sudah selesai.

5. Jika anda mahu buat shortcut aplikasi Greenify ini sila rujuh gambar dibawah. Fungsi shortcut tersebut amat membantu. Ini kerana ia berfungsi untuk suiz off /mod standby  telifon pintar anda dan menutup secara automatik applikasi semasa yang berjalan ( applikasi yang telah di set harbinasi ).




6. Anda boleh menggunakan shortcut tersebut. 






7. Sekiranya fungsi Hirbernate + lock tidak dapat berfungsi mungkin ada lagi setting-setting lain di dalam telipon pintar anda perlu membenarkan applikasi ini berfungsi. Ini adalah kerana setiap telifon pintar android tidak sama. Tetapi hampir-hampir sama.

Semoga posting ini dapat membantu anda diluar sana dalam menguruskan telifon pintar anda agar bateri tidak cepat kong ya. 













Ingat! Sesawang Palsu BR1M

MOF telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG PALSU berkaitan BR1M di media sosial seperti berikut:
a. http://brim-hasil.net/
b. https://www.facebook.com/BR1M3/


Awas! Dan berhati-hatilah selalu..

Sumber https://ebr1m.hasil.gov.my/login_3.aspx


Silalah semak Permohonan Baharu / Kemas Kini BR1M 2017

Permohonan Baharu / Kemas Kini BR1M 2017 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang adalah bermula pada 5 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016.


Untuk mengemaskini BR1M anda secara online  https://ebr1m.hasil.gov.my/login_3.aspx

Pemberian khas RM500 kepada 1.6 penjawat awam Januari ini .Bajet 2016:

Syukur alhamdulillah daripada tidak dapat apa-apakan. Ayat seperti tadi seperti seolah-olah aku ini macai Najib. Oh! Anda tersilap ...berikut adalah senarai sikap penjawat awam:-


  •  Anda rasa  anda adalah orang yang paling susah/kesempitan wang akan tetapi anda terlupa masih ramai orang yang lebih susah dari anda.
  •  Anda terlupa kerana bukan kakitangan awam sahaja yang hidup di dalam negara Malaysia. Usah  dilupakan mereka yang bekerja kilang, swasta , pekebun-pekebun kecil dan peniaga-peniaga.Mereka pun menghirup udara di Malaysia. 
  •  Ramai kakitangan awam mensabotaj program kerajaan dan menyokong pembangkang.
  •  Ramai kakitangan awam lebih banyak bercakap dari bekerja.



Sejarah MH17 secara ringkas



Malaysia Airlines Penerbangan 17 (MH17/MAS17)[a]adalah penerbangan penumpang internasional terjadwal dariAmsterdam ke Kuala Lumpur. Boeing 777-200ER ini jatuh diUkraina timur dekat perbatasan Rusia pada tanggal 17 Juli 2014 dengan 283 penumpang dan 15 awak kabin dari berbagai negara.[2][3]

Pesawat ini dikabarkan jatuh 50 to 80 kilometres (31 to 50 mil) sebelum memasuki ruang udara Rusia.[4][5] Laporan awal Reuters menyatakan bahwa pemerintah Ukraina menduga pesawat ini ditembak jatuh oleh rudal permukaan-ke-udara Buk pada ketinggian 10,000 metres (33,000 ft). [6]

Sekitar pukul 15:30 UTC, Malaysia Airlines melaporkan viaTwitter bahwa mereka kehilangan kontak dengan MH17.[7]

Menurut The Daily Telegraph, pesawat ini jatuh di Torez, dekat Shakhtersk, sekitar 40 km (25 mil) dari perbatasan Rusia.

Ini merupakan insiden besar kedua bagi Malaysia Airlines sekaligus armada 777-nya dalam lima bulan terakhir setelahMalaysia Airlines Penerbangan 370 hilang bulan Maret 2014 lalu.[8]

sumber Wikipedia

MLM dan skip cepat kaya

gambar hiasan
Sekadar share jer. Aku pun just copy dari blog orang lain.



1. Jual produk dengan harga yang tak masuk akal sedangkan harga produk yang sama dengan jenama lain yang dijual di pasaran terbuka tidaklah semahal yang dijual melalui MLM, seperti contoh sabun basuh yang kat supermarket jual RM10 tapi diorang jual sabun basuh sampai RM100. Kita bayar lebih sebab nak biaya bonus pada upline sahaja.

2. Kawan yang dah lama tak jumpa, tiba2 call kata nak jumpa kat kedai mamak, ingat nak lepak makan2 borak2 ke apa rupa2nya nak suruh jadi downline atau join network.

3. Suka tayang dan jaja kereta mewah tapi sesetengah tu ntah apa benda yang dijual langsung tak tau.
4. Suka bergambar dengan duit lepas tu upload kat Internet. Kalau orang yang betul2 kaya dengan cara yang betul takdenya heran sangat nak tayang duit kat orang. Tak pernah lagi aku tengok Syed Mokhtar Bukhary atau Vincent Tan bergambar dengan duit.
5. Suka post kata2 motivasi pasal perniagaan dan petik hadis popular “9/10 daripada punca rezeki adalah daripada perniagaan” tapi bila tanya buat bisnes apa, dia jawab “PM aku laju2″. Orang kalau berniaga diorang akan promote produk yang dijual, kalau takde produk nak berahsia2 itu bukan berniaga tapi pelaburan atau skim cepat kaya.

6. Ya, sangat suka guna hadis 9/10 rezeki dari perniagaan, tapi tak tau pun yang hadis tu sebenarnya hadis dhaif (rujukan sini, sini, sini, sini dan sini). Berniaga memang sangat bagus dan digalakkan tapi tak perlu gunakan agama untuk menarik orang beli atau join.

7. Menjanjikan keuntungan yang tinggi dan tak masuk akal dalm tempoh2 tertentu. Mula2 tabur janji manis setiap 3 minggu akan dapat keuntungan, elok beberapa bulan lepas tu kepala dia terus lesap. No. phone tukar, website hilang, tau2 bukak skim dengan nama yang lain pulak, dan begitulah kitarannya.

sekadar perkongsian bersama bangsa melayu kita yang semakin hari semakin ditindas..


kredit dari 
https://nohanuar.wordpress.com/2013/10/30/kenali-mlm-atau-skim-cepat-kaya/


Bingit International Bike Fest 2014 Kuala Lumpur

Jom kita bingit...


BINGIT International Bike Fest 2014


sumber http://allevents.in/kuala%20lumpur/bingit-international-bike-fest-2014/709996355753130

Cara panjangkan tempoh sah kredit 1 tahun line Celcom prepaid.

Hai Salam Aidil Adha.  Disebabkan ramai kekawan bertanyakan aku pasal cara nak panjangkan tempoh sah kredit maka aku ingin berkongsikan caranya. Mungkin perkara ini telah basi namun masih ada lagi dikalangan kita terlepas pandang kemudahan ini.

Disini aku kongsi untuk line celcom prepaid. Untuk Maxis insyaallah akan datang kerana aku tidak menggunakanm talian maxis, ( nanti pinjam telipon member hihi)

Untuk makluman korang bapa aku dan mak sedara aku dah lama dah tidak pakai telipon rumah kerana kemudahan tempoh sah kredit 1 tahun ini amat menjimatkan. Bayangkanlah dengan pelaburan rm 30 anda tidak perlu kelam kabut untuk topup kredit tiap-tipa bulan. Kadang-kadang hinggakan kredit dah 0 sen baru terperasan haha.


Ok mula-mula

1.taip *118#





2. Kemudian taip no 9 ( akaun saya)





3. Taip no 3 ( perkhidmatan lain )




4. Taip no 3 ( tempoh sah kredit )












5.  Ha!  pilih la 1 tahun atau 2 tahun tempoh sah kredit anda.  Sekiranya 1 tahun taip 1.









6. Taip no 2 untuk proses. Kemudian anda akan mendapat sms. Dan reply sms tersebut mengikut arahannya.





Semoga ianya membantu.


Kertas Bahasa Inggeris UPSR pula bocor

Ayoyo.. bocor lagi..




PUTRAJAYA: Seramai 473,175 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 berikutan berlaku kebocoran soalan.
Perkara ini diumumkan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, sebentar tadi.

Sebahagian daripada soalan beserta jawapan kertas Bahasa Inggeris Kertas 1 yang didakwa akan keluar dalam peperiksaan sebenar hari ini.
Idris juga mengumumkan Kementerian Pendidikan sudah membentuk satu jawatankuasa bebas bagi memastikan kebocoran soalan peperiksaan tidak lagi berlaku pada masa depan.
Semalam, Kementerian Pendidikan mengumumkan penangguhan kertas Sains 018, 028 dan 038 yang dijadualkan hari ini kerana didapati bocor.
Tarikh baru ujian kertas itu ialah pada 30 September ini.
sumber Berita Harian

Pengalaman menggunakan line Altel

Assalamualaikum dan hai semua. Kali ini aku ingin bercerita sedikit mengenai pengalaman hari pertama aku menggunakan talian Altel.

Sebelum ini ramai telah memperkatakan kehebatan talian Altel ini di Facebook dan juga blog-blog. Aku yang sebenarnya tidak berapa teruja dengan penerangan di alamaya ini selagi tidak menggunakan sendiri.

Hendak dijadikan cerita rakan ofis aku ada menjual simkad Altel dengan berharga rm7 dan topup rm30  untuk data internet 1 gig manakala rm50 untuk plan data 2 gig. Disebabkan benda sudah terhidang didepan mata maka keterujaan aku semakin membuak-buak untuk mencubanya.

Akhirnya hari ini aku telah menghabiskan duit gaji baki-baki hari raya lepas sebanyak rm37 huhu. Aku mengambil plan data 1 gig.
Seperti biasa untuk pendaftaran kenalah bagi no IC dan alamat surat menyurat anda. Amat mudah urusan pendaftarannya kerana kawan aku hanya sms jer.




Aku pun gunalah data internet altel ini di ipad mini ku. Cuma aku terkejut kerana signalnya adalah celcom. Jadi benarlah apa yang diperkatakan oleh rakan-rakan media masa bahawa talian altel ini menumpang kasih dengan talian Celcom.


Bercerita tentang speednya buat masa ini tidaklah mengecewakan kerana ianya boleh tahan pantasnya . Tetapi aku tidaklah terlalu teruja sangat kerana aku mempunyai banyak pengalaman pernah menggunakan talian Maxis,celcom,digi,umobile dan celcom 1 Malaysia. Kesimpulanya ia bergantung pada coverage kawasan dan berapa data internet yang anda gunakan. Mungkin juga talian Altel ini masih kurang orang pakai maka ianya stabil dan pantas.

Korang tunggu aku akan cuba update tajuk blog ini mengenai speed talian Altel  di kampung aku. Buat pengetahuan korang coverage internet celcom di gampung aku hanya signal Edge.

Nasihat aku sebelum korang mencuba talian altel ini perlu tanya kepada penjual yang telifon anda boleh atau tidak menggunakannya. Ini kerana simcard Altel sememangnya speednya untuk telifon yang boleh suport singnal tinggi .

Update 27/8/14
Pada hari semalam aku sempat pulang ke kampung atas urusan peribadi. Sebagai mana diketahui yang signal internet line celcom hanyalah EDGE. Seperti yang dijangkakan line Altel di kampung aku tetap juga EDGE.

Hari ini sekembalinya aku di KL aku boleh katakan line internet Altel  disini amat menakjubkan dan laju. Tetapi aku tidaklah teruja sangat kerana internet beruk band celcom aku pun laju juga pada malam ini kih2.


update 28/8/2014

Ok selama 7 hari aku menggunakan line internet Altel memang cukup berpuas hati. Namun begitu ia ada kelemahannya kepada pengguna internet tegar macam aku ini. Tiada internet Unlimited untuk Altel. Seminggu jer aku guna sudah habis kaota 1G. Dan aku tidak dapat melayari internet.

MH370: Tony Abbott sudah maklumkan Najib kesan 2 objek

hiasan


SYDNEY 20 Mac - PERDANA Menteri Australia, Tony Abbott sudah memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai 2 objek dikesan di Lautan Hindi.

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140320/dn_35/MH370-Tony-Abbott-sudah-maklumkan-Najib-kesan-2-objek

Pembenihan awan ditunda esok




KUALA LUMPUR 26 Feb. - Proses pembenihan awan yang sepatutnya dijalankan di Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka hari ini terpaksa ditunda esok ekoran keadaan atmosfera yang stabil serta tidak sesuai untuk proses tersebut.



Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Abu Bakar Mohamad Diah berkata, proses itu terpaksa ditangguhkan esok atau hari berikutnya bergantung pada keadaaan cuaca semasa serta keadaan awan yang akan ditentukan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia. - UTUSAN ONLINE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...