pembuka

Selamat Datang >
Showing posts with label gedget. Show all posts
Showing posts with label gedget. Show all posts

Cara jimat bateri di telifon pintar dengan menggunakan aplikasi Greenify

Greenify adalah salah satu aplikasi di android untuk  mengherbinasi aplikasi-aplikasi jahat yang berjalan semasa mod siap sedia ( standby ) telifon pintar anda. Ok untuk tidak membuang masa mula-mula muat turun aplikasi ini di google play/playstore.

Kemudian buka setting (rujuk gambar bawah )




2. Setelah itu kelik advanced  (rujuk gambar bawah )



3. Kelik Accesibility





4. Kemudian akhir sekali on kan Greenify-Automated Hibernation




5. Seterusnya pergi ke Phone Manager





6. Kelik Protect apps



7. Hidupkan Greenify. Ini bertujuan membenarkan aplikasi Greenify beroperasi dalam mod standby.




Cara menggunakan aplikasi greenify

1.Mula-mula buka aplikasi greenify.


2. Kelik tanda + di atas belah kanan



3. Akan muncul banyak aplikasi . Oleh yang demikian anda pilih mana-mana aplikasi yang anda hendak herbinasi itu. Contoh di bawah ini hanya 2 applikasi yang ada kerana aplikasi lain semua saya telah herbinasi. Buat pengetahuan anda merujuk contoh dibawah di sebelah kanan  aplikasi WhatsApp ada simbol cloud ( awan). Simbol tersebut menandakan sesuatu aplikasi itu dalam bahasa mudahnya kuat makan bateri. Setelah anda pilih aplikasi yang anda hendak herbinasi seterusnya kelik tanda write seperti gambar dibawah.



4. Yea.. sudah selesai.

5. Jika anda mahu buat shortcut aplikasi Greenify ini sila rujuh gambar dibawah. Fungsi shortcut tersebut amat membantu. Ini kerana ia berfungsi untuk suiz off /mod standby  telifon pintar anda dan menutup secara automatik applikasi semasa yang berjalan ( applikasi yang telah di set harbinasi ).




6. Anda boleh menggunakan shortcut tersebut. 






7. Sekiranya fungsi Hirbernate + lock tidak dapat berfungsi mungkin ada lagi setting-setting lain di dalam telipon pintar anda perlu membenarkan applikasi ini berfungsi. Ini adalah kerana setiap telifon pintar android tidak sama. Tetapi hampir-hampir sama.

Semoga posting ini dapat membantu anda diluar sana dalam menguruskan telifon pintar anda agar bateri tidak cepat kong ya. 













Kenali Samsung Galaxy J7 Prime





General
Available Status: Available. Released 2016, September
Network Bands: 2G & 3G & 4G
SIM: Dual SIM (Nano-SIM, dual stand-by)
Dimension: 151.7 x 75 x 8 mm
Weight: 167 g (5.89 oz)
OS: Android OS, v6.0.1 (Marshmallow)
CPU: Octa-core 1.6 GHz Cortex-A53
Chipset: Exynos 7870 Octa
GPU: Mali-T830MP2
Internal: 32 GB, 3 GB RAM
External Memory: microSD, up to 256 GB (dedicated slot)
Battery: Non-removable Li-Ion 3300 mAh battery
Talk Time: Up to 21 h (3G)
Colors: Black, Gold

Connectivity
GPRS: Yes
EDGE: Yes
3G/4G Speed: HSPA, LTE Cat4 150/50 Mbps
Wi-Fi: Wi-Fi 802.11 b/g/n, Wi-Fi Direct, hotspot
Bluetooth: v4.1, A2DP
USB: microUSB v2.0, USB On-The-Go

Entertainment & Features
Sensor: Fingerprint, accelerometer, proximity
GPS: Yes, with A-GPS, GLONASS/ BDS (region dependent)
Messaging: SMS(threaded view), MMS, Email, Push Mail, IM
Radio: To be confirmed
Browser: HTML5
Java: No
- ANT+ support
- Xvid/DivX/MP4/H.265 player
- MP3/WAV/eAAC+/FLAC player
- Photo/video editor
- Document viewer

Camera & Video
Primary: 13 MP, f/1.9, 28mm, autofocus, LED flash
Secondary: 8 MP, f/1.9
Video: 1080p@30fps
Feature: Geo-tagging, touch focus, face detection, panorama, HDR

Screen
IPS LCD capacitive touchscreen, 16M colors
5.5 inches (~73.3% screen-to-body ratio)
1080 x 1920 pixels (~401 ppi pixel density)
Multi Touch: Yes
Corning Gorilla Glass (market dependent)

Sound & Music
Alert Types: Vibration; MP3, WAV ringtones
Loud Speaker: Yes
3.5mm jack: Yes
Radio: To be confirm

Samsung Galaxy Note 5 di Malaysia

Kepada semua penggemar gadget sekelian disini ada berita baik untuk anda semua kerana telifon pintar Galaxy Note 5 akan dijual di Malaysia pada 3 September ini. Sudah pasti kemunculan Samsung Galaxy Note 5 ini menambah baik keluaran-keluaran keluarga note yang lepas-lepas.Harga yang bakal dipasarkan adalah rm2699.

kredit amanz.



Bermain FIFA 15 PS3

Pada awalnya memang aku hanya ingin usya-usya gadget  smartphone . Namun setelah tersinggah kedai video game aku telah tergoda dengan tarikan permainan FIFA15 dan seterusnya membelinya. Kopak duit huhu.

Ok untuk makluman semua sebelum ini aku hanya bermain game di Laptop. Tetapi apabila FIFA hanya mengeluarkan video game FIFA WORLDCUP 2014  hanya untuk game konsul maka dengan marahnya aku membeli PS3 .

Suasana dan mood game fifa15 ni pada pendapat aku adalah sama dengan game-game yang sebelumnya. Mungkin aku tak pandai main kot menyebabkan aku tidak ambil pusing dengan skil-skil terbaru dalam fifa15 ini.

Cuma aku masih pelik kenapa aku masih lagi menyukai bermain game PES berbanding game FIFA. Apa-apa pun korang cuba sendiri la ya. Memang tidak menghampakan fifa 15 ini.


joystick keramat
macam kenal jer 

Khas untuk penyokong Munyuk


testing

senarai terkini

pertarungan sedang berlangsung


Samsung Note 4 dah keluar wei. Ini betul2 bukan cobaan.

LEE menunjukkan Galaxy Note 4. FOTO AP


BERLIN: Samsung melakukan kejutan dengan memperkenalkan telefon pintar Galaxy Note Edge di samping Note 4 yang mempunyai skrin melengkung bersaiz besar.

Selain itu, syarikat Korea terbabit turut memperkenalkan gelang pintar Gear S dan gajet yang bakal hangat, VR membolehkan pengguna menonton video dengan memakai penutup muka yang memaparkan video.

Samsung benar-benar mengotakan janji dengan menambah baik fungsi S Pen dengan lima pilihan cara guna termasuk 5 fungsi utama, Pen Note, Snap Note, S Note, Text Note dan Voice Note.

S Pen kali ini juga bertindak seakan tetikus PC dan ia lebih peka berbanding mana-mana pen stylus yang lain.

Galaxy Note 4 juga menyaksikan kamera 16 megapiksel manakala kamera depan pula beresolusi 3.7 megapiksel.


Produk baru ini diperkenalkan Naib Presiden Eksekutif Samsung DJ Lee di pesta elektronik pengguna IFA di sini, hari ini.

Harian Metro

Ipad 12.9inci tahun depan



SAN FRANCISCO: Apple Inc dijangka mengeluarkan iPad terbesar menjelang suku pertama tahun depan, kata sumber yang rapat dengan syarikat itu.

Model terbaharu itu nanti dikatakan akan mempunyai skrin 12.9 inci, lebih besar daripada yang dikeluarkan sekarang iaitu 9.7 inci dan 7.9 inci.

Syarikat itu yang berpangkalan di Cupertino di sini, dilaporkan sudah memulakan gerak kerja pengeluaran iPad itu dengan kumpulan pembekalnya sejak hampir setahun lalu.


Jurucakap Apple, Trudy Muller bagaimanapun tidak mengulas.

Sumber berkata, Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook, sudah lama berusaha mengembangkan rangkaian iPad.

Jualan tablet, produk dengan sumbangan pendapatan kedua terbesar kepada Apple selepas iPhone, menyusut sejak dua suku tahunan berturut-turut berikutan ketiadaan model baharu dan peralihan minat pengguna terhadap telefon pintar dengan skrin lebih besar.

Pembekal Apple baru-baru ini mula mengeluarkan versi ditambah baik iPad 9.7 inci serta varian terkini iPad Mini yang disasarkan untuk jualan pada suku keempat tahun ini bagi memanfaatkan musim perayaan.

Apple juga menambah saiz iPhone yang dijangka dilancarkan 9 September ini. iPhone terbaharu dalam saiz 4.7 inci dan 5.5 inci dikatakan sudah mula dikeluarkan sejak Julai.

Dalam pada itu, pelanggan berkemungkinan yang dijangka menggunakan iPad berskrin lebih lebar ialah sektor perniagaan kerana peranti itu berupaya melakukan lebih banyak fungsi berbanding laptop.

Julai lalu, Apple mengumumkan kerjasama dengan International Business Machines Corp (IBM), dan Cook dilaporkan sebagai berkata pakatan itu bertujuan menjual produk kepada kalangan syarikat besar sekali gus akan menjadi pemangkin pertumbuhan bagi iPad pada masa depan.

Penyelidik di IDC, Jitesh Ubrani, berkata walaupun jualan tablet sudah menyederhana, beliau mengunjurkan sektor perniagaan, sekolah dan jabatan kerajaan akan menjadi pembeli utama peranti berkenaan. Kumpulan berkenaan merangkumi 16 peratus jualan tablet pada suku kedua tahun ini, naik daripada 13 peratus tahun lalu.

"Kami jangka tablet dengan skrin lebih besar akan mencatat jualan lebih tinggi," katanya. - Bloomberg

sumber Berita Harian

WhatsApp alami gangguan 3 jam


Selepas 3 hari Facebook menawarkan AS$19 bilion  untuk membeli aplikasi WhatsApp telah mengakibatkan kira-kira 450 pengguna WhatsApp tidak dapat mengakses perkhidmatan tersebut di telifon bimbit.

Menurut Laman gajet techrunch.com menyatakan masalah itu mungkin berpunca daripada peningkatan melampau pendaftaran sehingga menggagalkan pelayan berikutan publisiti meluas aplikasi itu susulan pengumuman Facebook,Rabu lalu-AFP



Cara nak sorok aplikasi di Iphone tanpa jailbreak

Hi! Assalamualaikum. Mungkin otai-otai yang menggunakn iphone diluar sana akan tersenyum mengenai posting aku ni. Ya mungkin ianya sudah basi.Selamat mencuba.

Sila baca seterusnya


Harga Xperia Z1 murah sempena Tahun Baru Cina

Cuti hari minggu tadi aku pergilah berjalan-jalan hendak usya-usya smartphone di pasaraya LOYAT. Disitu aku ada singgah kedai Sony. Mak ai! Sungguh menggoda la harga-harganya.

Disini aku sertakan senarai harga telifon Xperia. Maaflah aku snap gambar katalog tu sahaja untuk dikongsikan kepada penggemar-penggemar gadget diluar sana.








Best ker ios7 ?



Dalam dua tiga hari ini housemate aku asyik sibuk bercerita mengenai operasi sistem apple yang terbaharu iaitu ios7. Punyala dia teruja sehinggakan ingin meminjam berukband aku yang tak berapa power itu. "kau tak boleh download ios7 tu guna wifi bro, dia tak stabil dan lambat untuk load. "  Hanya itu sahaja yang dapat aku ungkapkan kepada housemate aku walhal aku hendak menyelamatkan kouta data berukband aku yang ciput itu. Haha.. Amacam? Jahat tak aku? kihkih..

Namun begitu apa yang cakapkan itu ada kebenarannya. Korang tanyalah mana-mana user apple atau android kalau nak download game ataupun update os guna laptop lagi stabil.

Setelah tercari-cari  keburukan dan kelebihan ios7 maka aku mengambil keputusan untuk relaz brader ,brader rilex dahulu. Mungkin aku kena tunggu pengalaman kekawan yang menggunakan ios7 selama sebulan dua. Bukan apa aku takut selepas update ios bateri akan mencekik tanpa belas kasihan.

Korang boleh usha usha blog-blog dibawah ini

http://amanz.my/2013/06/pandang-pertama-apple-ios-7-beta/

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/iOS7Betabanyakkelebihan//Article/index_html

Trouble Using iOS 7? Here Are 15 Tricks To Make The Transition Easier

HTC One lagi power dari S4?

Agak-agak korang mana lagi power dan best diantara telifon pintar jenama HTC One dengan Samsung Galaxy S4. Aku pun belum sempat membaca dan mengkaji perbandingan tersebut cuma yang pasti Samsung S4 adalah terbaharu keluarannya.

Dsini aku copy and paste dari pandangan blog penaberkalablogspot.com

Saiz?
S4 lebih lebar dan nipis, tapi HTC One lebih panjang

Berat?
Samsung S4 lebih ringan

 Skrin?
Samsung S4 lebih besar tapi HTC One lebih tinggi PPI Pixel Density

Processor?
Samsung S4 dengan Octo-Core 1.6Ghz dan HTC One dengan Quad-Core 1.7Ghz.
Hah, pilih la mana satu yang lebih power!

Kamera?
Samsung S4 lebih baik, 13MP berbanding HTC One yang hanya 4MP walaupun kedua-duanya ada dual-camera

Yang sebenarnya aku memang meminati dengan body HTC yang nampak lebih kukuh berbanding dengan S4.Tetapi aku merasakan accessories  HTC tidak banyak  dijual di Malaysia. Jadi sukarla untuk aku bertukar-tukar cassing telifon itu nanti.Apa-apapun tepuk dada tanyalah poket .

Aku kena sihir Steve Job


Dahulu aku kutuk orang pakai barangan Steve Job seperti Iphone dan Ipad. Aku kutuk pun hanya dengar-dengar orang kata dan juga dengan membaca kutukan-kutukan komen di forum dalam internet. Sebelum ini aku memang pemuja Samsung. Dari Galaxy Y , Galaxy W, S2 dan akhir sekali galalaxy S3 aku telah pakai. Kaya tokey Samsung makan duit aku .

Tetapi kerana hati aku terpanggil untuk merasai apa yang best nyer barangan apple ni. Aku pun nekad untuk tolak galaxy S3 aku kepada seorang kawan dan baki duit itu aku tambah untuk membeli Iphone5. Belum sampai 2 jam aku berasa menyesal kerana memiliki Iphone 5. Aku masih teringat dengan ke power an galaxy S3 aku . Tapi lama kelamaan setelah aku sering memegang dan mencuba bermain-main dengan galaxy S4 kawanku . Ditambah lagi aku takkan miss untuk singgah kedai Samsung sekiranya aku berpeleseran . Aku banyak kali menyentuh galaxy S4 dan galaxy note 8.0 maka hati aku masih belum lagi terbuka untuk kembali ke Android terutamanya telifon jenama Samsung. Maafla sekiranya macam lupa daratan hihi.

Satu lagi yang bestnya banyak aplikasi di apple store tau..

Aku mengakui jenama Samsung memang canggih dan power dari segi prossesornya dan function. Namun dari segi smooth dan tiada lagging aku rasa ia tidak boleh lawan dengan jenama apple. Kini aku nyaman memiiki iphone 5 dan ipad mini. Mungkin suatu hari nanti aku akan kembali semula ke OS android.

Akhirnya aku akur dengan kehebatan barangan apple ( iphone5 )

iphone 5


Assalamualaikum semua. Korang sudah pasti bersetuju zaman kini alat-alatan gadget memang sudah menjadi satu barangan keperluan dan bukan barangan kemewahan. Serupa juga dengan aku aku mengenali dunia smartphone pada bulan 3 tahun 2012. Smartphone pertama aku adalah Samsung Galaxy Y, seterusnya samsung S2 dan yang paling lama aku bertahan memakainya selama  lebih kurang 7 bulan iaitu Samsung S3 .Pada tanggal 18 April 2013 aku telah mengambil keputusan gila untuk memiliki barangan apple iaitu iphone5. Samsung S3 aku tolak sama kawan aku. Huh! dah berabis aku dengan s3 tu dia nak mintak murah. Takpa la kawan punya pasal kan huhu.

Sebelum itu aku amat menggilai barangan android terutamanya samsung S3 ku. Android adalah sati OS yang amat mesra pegguna. Korang boleh baca posting aku Kenapa aku suka pakai Samsung S3. Namun aku masih tertanya-tanya apa yang best sangat dengan barang apple ini sehingga satu dunia gilakannya. Berdasarkan dalam tempoh tahun 2012  aku sering bertukar-tukar smartphone samsung membuatkan aku termenung dan tercari-cari apa kurangnya android walhal ianya amat best. Kenapa aku masih belum berpuashati lagi.

Aku teringat kata-kata hikmah dari seorang sahabat aku yang telah lama memakai iphone4s , dia kata 'hang tak kan guna android2 lagi kalau hang pakai barang apple' Masih terngiang-ngiag lagi kata-katanya itu sehingga kini.

Nah! Pada awalnya aku amat menyesal memiliki iphone5 terasa hendak menjualnya semula dan aku meneruskan memakai samsung s3. Namun setelah memakai iphone5 selama 4 hari aku amat teruja. Sukar dinyatakan pada orang lain. Hanya orang yang giler kentang macam aku sahaja yang dapat merasai kelainan barangan apple ini. Best sangat2...

Memang pada awalnya amat rumit untuk memahami aplikasi itunes . Tapi sekarang tidak lagi. Namun begitu aku tidak melupakan jasa-jasa s3 aku tu..Kini aku menjadi penggemar barangan apple . Korang bila lagi?

Aplikasi telifon pintar boleh membantu selesai kes jenayah



DALAM kejadian rompakan di Seri Kembangan, Selangor, 4 Januari lalu, seorang wanita dikenali sebagai Linda telah kehilangan sebuah tablet Galaxy Note 10.1.

Bagaimanapun, Linda bernasib baik kerana dia gemar memuat turun aplikasi Dropbox dalam semua gajet miliknya. Aplikasi tersebut membolehkan pengguna menyimpan fail dan gambar selain ia boleh diakses melalui komputer.

Dropbox menggunakan teknologi perkomputeran awan yang fungsinya sama seperti perkhidmatan bekalan air dan elektrik yang disalurkan ke setiap rumah.

Perkomputeran awan juga membolehkan seorang pemilik syarikat memiliki laman web, sistem operasi pejabat tanpa perlu membeli dan membina perkakasan komputer yang mahal di lokasi masing-masing.

Keperluan teknologi itu ialah mesin yang bertindak sebagai pusat data dan perisian maya. Perisian tersebut yang membolehkan keperluan penyimpanan data pada perkakas diubah berdasarkan kepada keperluan pelanggan.

Laman sosial seperti Facebook, iCloud, Google Apps merupakan perkomputeran awan perisian manakala perkhidmatan penghosan web seperti MediaFire, Dropbox dan RapidShare termasuk dalam jenis penyimpanan.

Merujuk kepada statusnya dalam Facebook, Linda memberitahu, baru-baru ini dia memuat turun beberapa keping gambar miliknya menerusi telefon pintar yang baru dibelinya.

Di samping memasukkan gambar, Linda menyedari terdapat beberapa keping gambar individu yang tidak dikenali di dalam kamera Dropbox.

Selepas meneliti gambar-gambar tersebut, terdapat dua lelaki dipercayai pencuri gajetnya.

Menerusi gambar-gambar itu, dia melihat kedua-dua perompak tersebut mengayakan pelbagai aksi di dalam tandas sambil mengambil gambar dengan menggunakan tabletnya.

Sila baca seterusnya

iphone dah ketinggalan masa kata CEO blackberey



TORONTO: iPhone keluaran Apple sudah ketinggalan masa, demikian menurut Thorsten Heins, Ketua Eksekutif (CEO) Research In Motion Ltd, iaitu pengeluar BlackBerry.

Heins membuat komen itu hari ini menjelang pelancaran edisi terbaru telefon pintar skrin sesentuh BlackBerry di Amerika Syarikat (AS).

Penyedia perkhidmatan, AT&T akan mula menjual Z10 iaitu generasi terbaru BlackBerry hari ini, selepas lebih enam minggu pelancarannya oleh RIM di merata dunia.


Heins memberitahu Associated Press (AP) bahawa versi papan kekunci BlackBerry bagaimanapun hanya akan dikeluarkan dua atau tiga bulan dari sekarang.

Kedua-dua telefon pintar versi skrin sesentuh dan model papan kecunci adalah sebahagian daripada usaha RIM untuk kembali semula di persada persaingan telefon pintar selepas Apple mengeluarkan iPhone pada 2007.

Heins berkata, kekurangan inovasi oleh Apple menyaksikan produk iPhone kini ketinggalan.

Katanya, pengguna iPhone yang keluar dan masuk aplikasi pada telefon pintar itu tidak membolehkan fungsi yang lebih meluas seperti BlackBerry Z10.
“Ia sama saja" kata Heins merujuk kepada iPhone.

Perisian terbaru RIM itu membolehkan pengguna melebarkan fungsi seperti di dalam komputer peribadi.

Sebagai contoh beliau berkata, seseorang yang menggunakan tidak perlu menutup aplikasi bagi memeriksa email. - AP
sumber BH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...