pembuka

Selamat Datang >
Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Shinzo Abe menjadi pertama Perdana Menteri Jepun melawat Pearl Harbor dalam 65 tahun.

 Pengeboman Pearl Harbor adalah serangan dadakan yang dilakukan oleh Angkatan Laut Jepun terhadap Armada Pasifik Angkatan Laut Amerika Syarikat yang tengah berlabuh di Pangkalan AL Pearl Harbor, Hawaii, pada pagi hari Minggu, 7 Desember 1941.


Serangan inilah yang membuatkan keterlibatan Amerika Syarikat secara langsung di dalam Perang Dunia II. Serangan dimulai sekitar pukul 07:38 pagi waktu Hawaii. Pangkalan AL Amerika Syarikat di Peal Harbor diserang oleh setidaknya 353[7] pesawat tempur, pesawat pembom, dan pesawat torpedo dari AL Jepang, dalam 2 gelombang serangan, yang diberangkatkan dari 6 kapal induk AL Jepun.


Setelah 75 tahun selepas serangan tersebut Menteri Pertahanan kedua Jepun , Shinzo Abe akan melawat Pearl Harbour bersama dengan Presiden Barak Obama.


Mr Abe akan menjadi pemimpin Jepun yang pertama untuk membuat lawatan awam kepada peringatan bagi mereka yang terbunuh dalam serangan mengejut, dan yang pertama untuk melawat Pearl Harbor sejak 1951.



Mr Abe berkata beliau membuat lawatan untuk "memperingati mangsa sebagai Perdana Menteri Jepun, sebagai wakil rakyat Jepun.


"Kita tidak boleh mengulangi lagi serangan yang mengerikan tersebut. Bersama-sama dengan Presiden Obama, saya ingin merakamkan dunia ikrar ini untuk masa depan dan nilai perdamaian," katanya seperti yang ia berangkat Tokyo pada hari Isnin untuk Hawaii.


Tabung Haji Umum 5% dividen



Lembaga Tabung Haji hari ini mengumumkan dividen tahunan sebanyak 5% untuk pendeposit bagi tahun 2015, di tengah-tengah kontroversi rizab semakin berkurangan berikutan wahyu surat daripada Bank Negara kepada tabung haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut mengumumkan tambahan 3% sebagai bonus untuk pendeposit yang belum menunaikan haji Islam.


Bagi tahun 2014, ia telah membayar dividen sebanyak 6.25% bagi tahun 2014 dan bonus khas sebanyak 2%.

Russia hantar angkasawan ke bulan tahun 2020

neil armstrong on the moon


Perlumbaan meneroka alam angkasa kembali semula setelah sekian lama US mendakwa manusia yang pertama ke bulan adalah warganegaranya.




PARIS: Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) bakal menyertai pelan bercita-cita tinggi Russia untuk menjelajah bulan, dengan pengumuman ia akan menyediakan teknologi penting buat misi penerokaan terancang tahun 2020 selain mungkin membantu mendirikan sebuah pos kekal.

 Mengikut pengumuman agensi angkasa lepas Russia Roscosmos November lalu, Luna 27 adalah perayau robotik yang akan mendarat di kawasan tadahan Kutub Selatan-Aitken, kawah gergasi di bahagian gelap bulan dan kemungkinan menjadi prospek sumber yang boleh digunakan bakal penghuni bulan. Ketua Saintis ESA yang mengetuai projek itu, James Carpenter berkata kepada BBC awal minggu ini, kutub selatan bulan tidak seperti tempat lain yang kami pernah lihat sebelum ini. 

"Persekitarannya jelas berbeza dan disebabkan cuaca sejuk melampau di sana, anda mungkin menemui sejumlah besar air berais dan bahan kimia lain yang berada di permukaan yang kita boleh gunakan sebagai bahan api roket atau dalam sistem sokongan hayat bagi menyokong misi akan datang manusia yang kami fikir akan pergi ke lokasi ini," katanya. Bagi misi itu, ESA dijangka membekalkan Pilot, satu sistem pendaratan yang menggunakan panduan laser dan satu set kamera canggih untuk menentukan tempat terbaik bagi penerokaan di samping penggerudian revolusi yang akan menggali dua meter di bawah permukaan. 

Pihak Eropah juga akan mendirikan sebuah makmal dalam sistem itu yang boleh segera menganalisis sampel diperoleh. Walaupun saintis dan jurutera sedang berusaha untuk menghasilkan pelan induk projek, pihak berkuasa Eropah hanya akan memutuskan pembabitan mereka dalam Luna 27 menjelang akhir tahun 2016. Ketua Saintis Roscosmos untuk projek itu, Prof Igor Mitrofanov, menggesa ESA bersetuju dengan penerokaan Russia itu. "Kita perlu pergi ke bulan. Kurun ke-21 akan menjadi abad di mana pos kekal ketamadunan manusia wujud. "Negara kami perlu mengambil bahagian dalam proses ini dan kami perlu melakukannya bersama rakan antarabangsa," kata pensyarah di Institut Penyelidikan Angkasa Lepas Moscow itu kepada BBC. Apa saja keputusan yang diperoleh, Luna 27 hanyalah satu ujian kerjasama antara agensi angkasa lepas berkenaan, serta langkah ke hadapan untuk matlamat lebih besar. Sebelum ini ESA difahamkan, Russia merancang untuk melakukan ekspedisi pendaratan bulan menjelang tahun 2030, diikuti pembinaan pangkalan kekal, selain pos pengorbit luar.

 Namun ketua ESA yang baharu, Johann-Dietrich Woerner, dilantik sejak Julai lalu, adalah seorang penyokong tegar rancangan penjajahan bulan dan beliau sendiri menggariskan cadangan untuk satu perkampungan antarabangsa angkasa lepas yang menyokong visi Russia. "Kami mempunyai cita-cita menghantar angkasawan Eropah ke bulan. Ada perbincangan ketika ini di peringkat antarabangsa untuk kerjasama meluas bagaimana pergi ke bulan," kata Berengere Houdou, yang mengetuai kumpulan penerokaan bulan di Pusat Teknologi dan Penyelidikan ESA (Estec). - Agensi


sumber BH online

Bonus Belanjawan 2016

PRESIDEN CUEPACS, Datuk Azih Muda



KUALA LUMPUR: Bajet 2016 yang akan dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini, dilihat sebagai pembentangan belanjawan yang penting kerana kedudukan ekonomi global semasa adalah amat mencabar. Ketidaktentuan dan kelembapan ekonomi global serta penurunan harga komoditi dan penyusutan ringgit menjadi antara faktor yang menjejaskan kedudukan ekonomi negara. Tidak terkecuali menerima tempias kesan berkenaan adalah rakyat yang perlu menanggung peningkatan kos sara hidup, harga barang dan kenaikan harga rumah. Bagi Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), walaupun mengakui negara menghadapi ketidakstabilan ekonomi, pihaknya tetap berharap Bajet 2016 ini memberikan ole-ole yang ditunggu-tunggu penjawat awam, iaitu bonus dan kenaikan gaji. Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata CUEPACS berharap bajet kali ini turut merangkumi pemberian bonus tiga bulan gaji kepada penjawat awam dan diselaraskan pemberiannya untuk semua peringkat jawatan. Katanya, walaupun menyedari hakikat ekonomi semasa namun kerajaan adalah majikan kepada penjawat awam dan perlu memahami situasi semasa penjawat awam. "Kami optimis Perdana Menteri memahami situasi semasa penjawat awam dengan peningkatan kos sara hidup, harga barang dan rumah. Bagi pekerja, pemberian bonus adalah perkara yang sentiasa relevan walau dalam apa situasi sekalipun.




"Bonus kepada penjawat awam menjadi taruhan penting dalam Bajet 2016 kali ini. Ini adalah harapan kepada lebih lima juta keluarga kakitangan penjawat awam. "Bayangkan dengan gaji sekitar RM4,000 sebulan, tinggal di bandar. Ia masih lagi dikategorikan sebagai miskin bandar. Sekurang-kurangnya pemberian bonus ini nanti dapat membantu dari segi kewangan kepada penjawat awam," katanya. Selain itu, Azih berkata harapan CUEPACS dalam pembentangan Bajet 2016 ini nanti adalah semakan skim gaji minimum penjawat awam selain pemilikan rumah mampu milik. Katanya, kelembapan ekonomi negara menyebabkan peningkatan harga barang sekali gus memberikan impak kepada kos sara hidup. Kenaikan gaji minimum dan maksimum ini kelak diharap dapat membantu penjawat awam yang kurang berkemampuan terutamanya golongan muda menikmati kehidupan dengan lebih selesa. "Skim gaji minimum penjawat awam kini sudah tidak relevan. Adakah cukup gaji minimum RM900 sebulan bagi menampung kehidupan di bandar? Gaji minimum kini tidak mencukupi untuk keperluan seharian apatah lagi membeli rumah.

"Skim gaji minimum baru yang dicadangkan CUEPACS sebanyak RM1,200 diharapkan dapat membantu penjawat awam menikmati kehidupan selesa. "Ia juga dapat memartabatkan lagi kerjaya penjawat awam. Bila skim gaji disemak semula, lebih ramai golongan muda berkeyakinan menjadi penjawat awam. Ia dapat memodenkan atau memberi transformasi kepada struktur kerajaan," katanya. Azih berkata, jika isu gaji tidak berganjak bagaimana penjawat awam dapat memiliki rumah walaupun banyak skim rumah kos rendah atau rumah mampu milik, termasuk di bawah Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) diperkenalkan. Katanya, walaupun harga rumah antara RM90,000 hingga RM150,000 seunit, gaji tidak naik bagaimana mereka mampu membeli rumah. "Harapan kami agar kerajaan melihat semula akta perumahan agar semua orang termasuk penjawat awam mampu memiliki rumah," katanya.


SUMBER BH ONLINE

Terkini! Scotland kekal bersama United Kindom


Scotland buat keputusan untuk kekal bersama United Kingdom
AFP |Kemas kini:September 19, 2014
(Diterbitkan pada: September 19, 2014 13:16 MYT)


Scotland buat keputusan untuk kekal bersama United Kingdom
Pengundi di Scotland menolak kemerdekaan daripada United Kingdom dengan perbezaan 10 peratus markah, berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan pada Jumaat.

Sekaligus membuat keputusan untuk kekal bersama United Kingdom.

Berdasarkan keputusan undian 31 daripada 32 wilayah, 55.42 peratus mengundi untuk menolak kemerdekaan berbanding 44.58 peratus mahukan kemerdekaan daripada England.


BERITA LANJUT MENYUSUL

sumber Awani

Misteri MH370 akhirnya terjawab sudah

Takziah dan Al Fatihah . Sedey..


Malaysia rakam takziah kepada ahli keluarga penumpang dan kru MH370



KUALA LUMPUR 24 Mac - Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga penumpang dan kru pesawat MH370 yang disahkan berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak menghormati privasi setiap ahli keluarga mangsa.

Katanya, Malaysia telah memaklumkan berita menyedihkan itu kepada mereka. - UTUSAN ONLINE

Tok Batin terselamat selepas sesat 32 jam





TELOK KEMANG 23 Feb. - Seorang Tok Batin yang tersesat selama 32 jam di Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson di sini, berjaya diselamatkan penduduk kampungnya semalam.



Mangsa, Gomeng Taat, 82, yang tinggal di Kampung Orang Asli, Bukit Kepung, di sini ditemui penduduknya kira-kira pukul 7.30 malam semalam setelah operasi menyelamatkan dijalankan di sekitar hutan tersebut. - kredit UTUSAN ONLINE

Mangsa lemas semua ditemui


Semua mangsa lemas ditemui



SEGAMAT: Suasana pilu menyelubungi lokasi kejadian lapan remaja lemas di Sungai Muar, Buloh Kasap selepas kesemua keluarga menangis sebaik sahaja penemuan tiga mayat terakhir, petang tadi.

Dua mayat mangsa lemas ditemui serentak pada jam 2.43 petang sebelum mayat terakhir ditemui kira-kira empat minit selepas itu.



Tiga mayat itu adalah Mohd Zaki Zaidi, 16; Mohd Izuan Hakimi Amin, 13, dan Mohd Hafizuddin Kamal, 16, dan ditemui kira-kira satu meter dari tempat mayat pertama ditemui semalam.

Sebelum itu, mayat Mohd Nazreen Zainal, 14 ditemui sebaik saja azan Zuhur dilaungkan untuk solat berjemaah, manakala mayat Mohd Shafiq Md Shukor, 16 ditemui jam 2.06 petang tadi.


PASUKAN Bomba dan Penyelamat mengangkat mayat keempat, Mohd Nazreen Zainal. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin


Lokasi mencari dan menyelamat bagi hari ini dipanjangkan sehingga tiga kilometer daripada lokasi semalam.


Operasi hari kedua membabitkan 70 anggota daripada pelbagai agensi keselamatan.

Seramai 20 anggota Unit Skuba Bomba dan Penyelamat Melaka dan Negeri Sembilan juga membantu pada operasi hari ini.

Semalam, 12 anggota Unit Skuba Bomba dan Penyelamat Johor terbabit dalam operasi mencari mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam, lapan sekawan terjatuh ke dalam Sungai Muar akibat tergelincir dari tebing yang runtuh.

Namun, mayat Mohd Hafzul Daniel Norhashim, 16, ditemui pada jam 3.29 petang diikuti Mohd Zikri Zaidi, 14, pada jam 3.41 petang dan Nazrul Aminuddin Zamri, 15, pada 4.22 petang semalam.

Jenazah Mohd Hafizul selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sepinang, dekat sini, kira-kira jam 10 malam tadi.

sumber Harian Metro

Kes tembak pemimpin DAP-suspek ditahan


Suspek kes tembak pemimpin DAP ditahan

IPOH 21 Feb. - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kematian bekas Pengerusi DAP Cawangan Kampung Jering yang terbunuh selepas terkena beberapa das tembakan di hadapan rumahnya di Kampung Jering, Ayer Tawar malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, suspek yang berusia 56 tahun ditahan dalam satu serbuan di kampung berkenaan pada pukul 11.10 malam tadi.

"Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Ainan Tasneem kemalangan

Ainan Tasneem kemalangan

Ainan Tasneem cedera dalam kemalangan di Kangar





KEADAAN kereta dinaiki Ainan Tasneem bersama tiga rakannya dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang dekat Sungai Batu Pahat. - Foto ihsan pembacaKANGAR: Penyanyi yang popular dengan lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem, cedera selepas kereta dinaikinya terbabit kemalangan di Sungai Batu Pahat, di sini, kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Difahamkan, kereta yang dinaiki Ainan yang juga penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bersama tiga rakannya dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke longkang.

Semua mangsa yang cedera ringan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk rawatan.

kredit Berita Harian

Dinasour pernah wujud di Pahang

Wau! Penemuan yang amat menarik ni.  Pada pendapat aku memang logik di kawasan negara kita dinasour pernah wujud kerana dataran adalah luas pada zaman batu.



KUALA LUMPUR 18 Feb. - Mungkinkah Pahang pernah menjadi tempat kehidupan untuk haiwan prasejarah dinosaur suatu ketika dahulu? Perkara itu tidak mustahil berikutan penemuan baharu di negeri tersebut.

Kumpulan penyelidik daripada Jabatan Geologi di Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM) baru-baru ini mencipta sejarah apabila menemui sebatang fosil gigi dinosaur di negeri itu, sekali gus mencatat rekod penemuan pertama di Malaysia.

Penemuan itu merupakan hasil kajian bersama dua institusi pengajian tinggi Jepun iaitu Universiti Waseda dan Universiti Kumamoto.

Ketua kumpulan pengkaji, Prof. Dr. Masatoshi Sone yang mewakili UM berkata, penemuan itu adalah hasil kajian dan proses cari gali yang dilakukan sejak September 2012.

"Pada Ogos tahun lalu, kami menemukan sebatang fosil gigi dinosaur daripada spesies `Spinosaurid Therapod’ atau lebih dikenali sebagai `dinosaur pemakan ikan’ di sebuah lokasi di Pahang.



"Fosil yang diberi nama sebagai `Sampel UM10575’ itu mempunyai ukuran 23 milimeter panjang dan 10 milimeter lebar," katanya dalam sidang akhbar berhubung penemuan tersebut di sini hari ini. -

kredit  UTUSAN ONLINE

Koleksi gambar hutan Uk Pedana terbakar- Mercun punya pasal








KUALA LUMPUR - Sebahagian besar kawasan belukar di Sering Ukay, Ampang di sini terbakar malam tadi, dipercayai berpunca daripada pembakaran mercun di kawasan itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Mohd Anuar Yacob berkata, kebakaran pada kira-kira pukul 9 malam itu menyebabkan hampir empat hektar kawasan berkenaan dilitupi asap tebal dan api tetapi tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Mohd Anuar berkata, panggilan kecemasan mengenai kebakaran diterima pihaknya pada pukul 9.21 malam sebelum empat buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Wangsa Maju, Pandan Indah dan Hang Tuah digerakkan ke lokasi kejadian.

"Dengan keanggotaan sebanyak 33 orang termasuk polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), kami berdepan dengan masalah angin kencang pada malam itu menyebabkan api merebak dengan cepat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun api dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 12.40 tengah malam.

Sehingga awal pagi ini pasukan bomba masih melakukan pemeriksaan lanjut di kawasan itu untuk memastikan kebakaran tidak berulang.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. - Bernama

kredit kosmo

Tarikh BR1M diagih



KUALA LUMPUR 15 Feb.- Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2014) yang akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 22 Februari ini akan diagihkan dalam tempoh 20 hari.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, sejumlah 4.62 juta isi rumah dan 2.4 juta individu bujang akan mendapat manfaat daripada BR1M 2014 itu.

"Sejumlah RM4.2 bilion diperuntukkan bagi BR1M ini. Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima sebaik dilancarkan oleh Perdana Menteri.

"Sementara mereka yang tidak mempunyai akaun bank akan menerima baucar secara berperingkat bermula 23 Februari. Kita yakin mampu mengagihkannya dalam tempoh 20 hari," kata Ahmad Husni.

Ahmad Husni bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar khas di ibu negara hari ini. - 

Perak Man kembali




LENGGONG 15 Feb. - Selepas 24 tahun, rangka manusia prasejarah paling lengkap, Manusia Perak atau Perak Man yang asli dipamerkan kepada orang ramai di tempat asal dia ditemui.

Rangka asli manusia tertua di Malaysia itu kini ditempatkan di Galeri Arkeologi Lenggong Kota Tampan di sini.

Sambutan `kepulangan' Perak Man yang diadakan di galeri berkenaan memberi makna tersendiri kepada lebih 1,000 tetamu yang terdiri daripada pelancong, pelajar dan penduduk setempat.

Malah, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang merasmikan majlis tersebut mengakui, perasaannya tersentuh apabila melihat rangka asli manusia purba itu kembali ke tempat asalnya.

"'Kepulangan' Perak Man merupakan detik yang cukup bersejarah buat semua khususnya masyarakat Lenggong, juga bagi saya sendiri yang merupakan anak Lenggong.

"Mulai hari ini, buat pertama kali rangka asli Perak Man dipamerkan di tempat ia ditemui di Lenggong setelah disimpan di Muzium Negara.



"Apa yang kita lakukan ini (membawa pulang Perak Man ke Lenggong) merupakan keputusan yang cukup penting dan tepat untuk masyarakat di sini melihat rangka asli Perak Man," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. -

kredit  UTUSAN ONLINE


Anda mungkin meminati

Siapa itu Perak Man

Menteri Jerman letak jawatan akibat po-rn



BERLIN 15 Feb. - Menteri Pertanian Jerman, Hans-Peter Friedrich mengumumkan, beliau rela meletak jawatannya hari ini ekoran pembocoran maklumat sulit tentang siasatan berkenaan pemilikan bahan pornografi kanak-kanak, menurut laporan media.

Oktober tahun lalu, Friedrich bertindak memberitahu Pengerusi Parti Sosial Demokrat, Sigmar Gabriel tentang penyiasatan terhadap Ahli Parlimen, Sebastian Edathy kerana disyaki memiliki bahan pornografi berkenaan.

Edathy yang baharu meletak jawatan minggu lalu menolak dakwaan tersebut, manakala Friedrich percaya tindakannya itu tidak melanggar undang-undang.

Namun begitu, beliau bersedia meletak jawatan sekiranya pihak pendakwa tidak bersetuju dengan tindakannya. - REUTERS



kredit © Utusan Melayu (M) Bhd 

Hukum melabur ASB


Hukum melabur dalam ASB, ASN 'harus' - Majlis Fatwa


KUALA LUMPUR 14 Feb. - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini menegaskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah 'Harus'.

Ini termasuk dividen atau bonus yang diterima menerusi kedua-dua skim pelaburan itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Abd Shukor, Jawatankuasa Fatwa amat kesal kerana terdapat pihak-pihak tertentu cuba menimbulkan keraguan dengan memuat naik surat daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang menyatakan skim tersebut sebagai tidak patuh Syariah.



Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu tuntutan Gabungan Badan Bukan Kerajaan Hak Asasi Manusia (Comango) mengenai hukum melabur dalam ASB dan ASN yang telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sejak kebelakangan ini. - BERNAMA

Senarai kawasan KL yang mengalami gangguan bekalan air


Beberapa kawasan di KL alami gangguan bekalan air


KUALA LUMPUR: Permintaan terhadap bekalan air yang tinggi oleh pengguna berikutan cuaca panas yang dialami kini, menyebabkan berlaku masalah kekurangan air di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan memaklumkan bekalan air dari Loji Rawatan Air Sungai Langat tidak dapat menampung permintaan yang meningkat mendadak.

Katanya, kawasan terbabit ialah Angsana Hilir, Taman Pertama, Taman Bukit Pandan, Kampung Pandan Luar, Kampung Pandan Dalam, Taman Koperasi Polis, Taman Desa Baiduri, Bandar Damai Perdana, Taman Damai Perdana, Taman Desa Cahaya, Taman Sri Bahagia, Taman Bukit Anggerik, Taman SPPK Bukit Cheras dan Taman Orkid Desa.


Turut terjejas, Taman Segar, Taman Billion, Taman Supreme, Taman Cheras Utama, Cheras Hartamas, Taman Bukit Segar Jaya, Bandar Baru Segar Utama, Taman Damai Indah, Taman Minang Ria, Taman Bukit Angsana, Taman Suria Jaya, Taman Len Seng, Taman Desa Cheras dan Taman Alam Damai.

Selain itu, sebahagian kawasan Damansara iaitu Jalan Segambir, Jalan Belimbing, Jalan Setiabistari, Jalan Setiamurni 1-12, Jalan Setiabudi, Jalan Setiarasa, Jalan Setiaraya, Jalan Setiajaya, Jalan Medan Setia, Jalan Setiabakti, Jalan Setiakasih, Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.

Menurut kenyataan itu, penyaluran bekalan air sokongan ke kawasan terjejas tidak dapat dilakukan disebabkan ketiadaan lebihan bekalan air daripada kawasan lain berikutan kapasiti bekalan air terawat tidak mencukupi pada masa ini.

Katanya, Pelan Tindakan Kecemasan Kod Hijau telah diaktifkan bagi memantau dan mengurus bantuan air sementara melalui lori tangki dan tangki statik.
Syabas juga mengingatkan pengguna di kawasan yang tidak terbabit dengan gangguan supaya menggunakan air secara berhemah dan mengelakkan pembaziran.

- BERNAMA

David Beckham melawat zon taufan di Filipina



TACLOBAN - Bintang terkenal bola sepak, David Beckham mengunjungi Filipina hari ini bagi memberi sokongan moral kepada mangsa yang terselamat dari bencana taufan paling berbahaya.

Ratusan mangsa yang terselamat dari Taufan Haiyan bergegas keluar dari khemah mereka bagi menyambut kehadiran selebriti antarabangsa itu walaupun Beckham kurang dikenali dalam kalangan masyarakat di situ.

“Dia begitu tampan dan khabarnya dia bermain untuk pasukan Azkals," kata ibu kepada empat anak, Darilyn Bascug, yang merujuk kepada pasukan bola sepak kebangsaan Filipina.

Bekas pemain kebangsaan England yang berumur 38 tahun itu telah menamatkan kariernya sebagai pemain bola sepak profesional pada tahun lalu dan ini merupakan lawatan kali kedua Beckham ke Filipina setelah dilantik menjadi duta untuk Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.



Beckham diterbangkan pesawat peribadi ke Tacloban yang merupakan antara kawasan yang paling teruk terjejas akibat Taufan Haiyan yang menyebabkan kira-kira 8,000 orang mati dan hilang pada November tahun lepas. – AFP

kredit KOSMO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...