pembuka

Selamat Datang >
Showing posts with label Seni. Show all posts
Showing posts with label Seni. Show all posts

Ini jawapan Dato Seri Vida tidak dipelawa ke AJL 2016



KUALA LUMPUR, 22 Jan — Selepas dua tahun berturut-turut menaja Anugerah Juara Lagu (AJL), Datuk Seri Hasmiza Othman mendakwa tidak dibenarkan hadir ke acara berprestij itu malam ini.

Hasmiza yang mesra disapa Vida berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu hari ini dengan alasan tiada tempat duduk yang disediakan.

“Saya tidak dibenarkan pergi ke sana dengan alasan tiada tempat duduk. Saya tidak dapat jemputan tetapi penaja lain dapat jemputan.

“Memang kali ini saya tidak taja AJL tetapi saya ada menaja di TV3.

“Saya pun bukanlah mahu pergi sangat sebab akan berangkat mengerjakan umrah Rabu ini,” katanya kepada ProjekMMO.

Pengasas Vida Beauty mempersoalkan tindakan penganjur kerana beliau sudah menghabiskan sejumlah wang menaja dua tahun berturut-turut anugerah itu.



Katanya, penganjur seperti bimbang kehadirannya malam ini akan memberi publisiti percuma kepada rangkaian perniagaannya.

“Mereka takut saya ‘over shadow’ AJL? Mungkinlah tetapi maksud mereka saya tidak tahu.

“Kalau saya bukan penaja AJL, saya penaja di TV3 juga. Mereka takut masuk muka saya, mereka akan rugi.

“Bila kamera hala ke arah saya, ada pemasaran tak suka sebab seperti pemasaran percuma. Itu yang saya tidak suka TV3,” katanya.

Hasmiza, 45, berkata beliau kini dalam tempoh bertenang untuk menaja AJL tahun depan kerana ia membabitkan kos yang besar.

Bagaimanapun, katanya, apa yang dilakukan pihak penerbitan AJL mengguris hatinya dan membuatkannya berubah fikiran.

“Satu malam RM2.8 juta untuk dua tahun berturut-turut. Jadi saya rehatlah sekejap.

“Tetapi bila buat macam ini seperti membunuh jiwa. Adakah saya perlu dilayan begini? Janganlah pula terhegeh-hegeh mencari saya selepas ini.

“Saya terkilan. Alasan tidak ada tempat duduk untuk ke AJL tidak masuk akal,” katanya.

Sumber
MSN

Anda mungkin meminati


Senarai Finalis AJL 2016 malam ini 22 Januari 2017

Anugerah Juara Lagu TV3 telah pun sampai kemuncaknya. Berikut adalah senarai lagu dan artis yang bertanding . Senarai lagu ini tidak mengikut urutan persembahan mereka. Semoga anda enjoy menikmati persembahan mereka.

Lagu Obses Akim & Majistret sama dengan lagu Muse -Hysteria?





Senarai Finalis AJL31 22 januari 2017 beserta ulasan komen ikhlas penulis blog ini..

Bil Judul Lagu Penyanyi / Kumpulan 

1 Lelaki Teragung Dayang Nurfaizah 
















2 Terakhir Sufian Suhaimi 























3 Sudah Ku Tahu Projector Band 

















4 Selamanya Cinta Shila Amzah & Alif Satar 














5 Terimaku Seadanya Misha Omar & Hafiz Suip 















6 Ku Rela Dibenci Aiman Tino 






















7 Di Amaran Mama Hazama & The Penglipur Lara 























8 Obses Akim & The Majistret

















 9 Setia Elizabeth Tan feat Awi Rafael 














10 Kalah Dalam Menang Syamsul Yusof feat Mawi 














11 Hang Pi Mana Khalifah 















12 Anugerah Terindah Black 















Kesemua lagu yang layak ke final AJL31 telah dinilai oleh barisan juri professional iaitu AG Coco, Habsah Hassan, Yasin Sulaiman, Azlan Abu Hassan, Edrie Hashim, Johan Nawawi, Azlan Typewriter dan Datuk Ramli MS bertindak selaku ketua juri

Sumber  mysumber.com


Ulasan saya : Kah-kah, ini semua poyo.. Anugerah Popular bukan Anugerah  Juara Lagu.Ini adalah  Anugerah Lagu TV3. Saya hanya menonton sahaja dan tidak berminat untuk mengetahui siapa yang akan menang. Ini kerana ada dua tiga mahupun empat buah lagu dalam senarai di atas macam tak layak ke final. Penjurian seolah-olah mahu mendapatkan rating tontonan tinggi semasa acara final AJL berlangsung. Sudah lama saya bosan dengan keputusan juar AJL sejak lagu Keliru Ajai dan Nurul pernah menjuari anugerah tersebut. Keliru saya....

P/s Dalam banyak-banyak senarai lagu di atas saya hanya minat lagu Kalah Dalam Menang nyanyian  Syamsul Yusof feat Mawi 

anda mungkin meminati
Lagu Obses Akim & Majistret sama dengan lagu Muse -Hysteria?






Lagu Obses Akim & Majistret sama dengan lagu Muse -Hysteria?


Akim & Majistret


Wau? Tajuk posting kali ini agak panaskan? Takut juga saya kena saman dengan Akim & Majistret.

Sabar.!! Jangan marah peminat-peminat Akim ya. Saya hanya berkongsi cerita dan pendapat peribadi . Memang ilmu muzik saya hanya seperti sebutir pasir sahaja.

Tidak ada niat saya untuk menjatuhkan imej kumpulan yang semakin popular di Malaysia kini.

Ok!   kepada peminat kumpulan Muse mungkin sudah basi tajuk posting saya ini bukan?

Yang sebenarnya saya memang tidak mendengar sangat lagu-lagu kumpulan Muse ini. Akan tetapi pernah juga saya mendengar satu dua lagu tetapi lupa akan tajuknya.

Hendak dijadikan cerita saya kerap juga masuk gym untuk men sadokan badan yang obes ini . Macam biasalah lagu-lagu yang dimainkan di gym memang lagu-lagu irama rancak dan adakala yang agak keras. Tiba-tiba sedang saya dok berlari di mesin treadmill irama alunan muzik lagu Hysteria ini menangkap memori  kerana saya berasa macam pernah mendengar irama susunan muzik lagu ini dalam bahasa Melayu iaitu lagu Akim & Majistret.

Hampir 1 bulan saya sering mendengar lagu Hysteria ini di gym dan saya pasti lagu ini adalah nyanyian dari kumpulan MUSE. Ini kerana saya kenal gaya suara penyanyi kumpulan MUSE. Pada masa itu saya tidak tahu apa tajuk lagu tersebut.

Akhirnya di rumah saya buka lah Youtube di rumah. Oh! Baru saya tahu tajuk lagu tersebut adalah Hysteria. Kemudian saya dengar pula lagu Obses nyanyian Akim & Majistret. Nah! Memang sudah terang lagi bersuluh intro lagu obses tidak tumpah sama macam lagu Hysteria.

 Cuma melodi lagu Obses tidak samalah dengan lagu Hysteria. Namun bunyi sound muzik terutama gitar base line nya adalah sama. Terus terang katakan saya lebih berminat mendengar lagu Hysteria berbanding denga lagu Obses Akim yang suaranya serak-serak basah dibuat-buat itu.

Komen dan pendapat saya kumpulan Akim & Majistret membuat percubaan yang baik dalam mengalunkan konsep irama muzik yang mereka bawa. Irama segar dan ada sedikit kelainan dengan kumpulan-kumpulan muzik Malaysia yang lain. Cuma diharap suara Akim tidaklah payah diserak-serakkan. Maaf saya katakan tak sedap. Bila menyanyi live amat susah saudara Akim untuk menggayakan suara serak yang dibuat-buat itu. Suara Akim semasa Akedemi Fantasia lagi ok kot.

Berikut adalah komen-komen netizen mengenai lagu Obses yang saya kongsikan buat tatapan semua. Ingat! Bukan niat untuk menjatuhkan sesiapa . Hanya sekadar berkongsi cerita dan pendapat peribadi sahaja.










Anda mungkin meminati 




Filem yang ditunggu-tunggu akan ditayangkan pada tahun 2017


1. Beauty And The Beast
click untuk video trailer












Pengarah : Bill Condon
Pelakon : Emma Watson, Dan Stevens, Luke Evans, Emma Thompson, Kevin Kline, Josh Gad
Genre : Drama Fantasi
Tayangan : MEI 2017



2. Skull Island 

click untuk video trailer












Pengarah : Jordan Vogt- Roberts
Pelakon : Tom Hiddleston, Jason Mitchell, Corey Hawkins, Brie Larson, Toby Kebbell, John Goodman.
Grenre :Pengambaran aksi
Tayangan : Mac 2017



3. The Fate Of The Furious

click untuk video trailer













Pelakon : Van Diesel, Jason Statham, Tyrese Gibson, Ludacris.
Genre: Drama Aksi
Tayangan : April 2017




4. Guardians Of The Galaxy Vol.2

click untuk video trailer












Pengarah : James Gunn
Pelakon : Chriss Pratt,Zpe Saldana, Dave Bautista, Vin Diesel, Bradley Cooper, Kurt Russell
Genree : Fiksyen sains aksi.
Tayangan : Mei 2017



5. Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales

click untuk video trailer














Pengarah : Joachim Roenning dan Espen Sandberg.
Pelakon : Johnny Depp, Kaya Scodelario, Brenton Thwaites, Javier Bardem, Martin Klebba, Adam Brown.
Genre : Pengembaraan aksi
Tayangan : Mei 2017


6. Transformers: The Last Knight

click untuk video trailer













Pengarah : Micheal Bay.
Pelakon : Mark Wahlberg, Josh Duhamed, Anthony Hopkins, Isabela Monir, Jerrod Carmichael, Josh Duhamel, Laura Haddock.
Genre : Aksi Fiksyen Sains
Tayangan : Jun 2017



7. Wonder Woman


click untuk video















Pengarah : Patty Jenkins.
Pelakon : Chirs Pine, Gal Gadot, Robin Wright, Danny Huston, David Thewlis, Ewen Bremner.
Genre : Pengembaraan aksi.
Tayangan : Jun 2017



8. Spider-Man : Homecoming

click untuk video trailer





















Pengarah: Jon Watt.
Pelakon : Tom Hollan, Zendaya, Marisa Tomei, Micheal Keaton, Tony Revolori, Laura Harrier.
Genre : Fiksyen aksi.
Tayangan : Julai 2017.



9. Justice League

click untuk video trailer













Pengarah : Zack Snyder.
Pelakon : Henry Cavill, Ben Affleck, Gal Gadot, Jason Momoa, Ezra Miller, J.K Simmons.
Genre : Fiksyen aksi.
Tayangan : November 2017.




10. Stars Wars : Episode VIII

click untuk video trailer













Pengarah : Rian Johnson.
Pelakon : Oscar Isaac, Benicio Del Toro, Daisy Ridley, Adam Driver, Mark Hamill, Carrie Fisher.
Genre: Fiksyen sains aksi.
Tayangan : Disember 2017.


Filem yang paling saya tunggu adalah Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales kerana saya amat meminati jalan cerita semua filem Piretes of the Caribbean.




Kenali Album V6 XPDC



Album V6 merupakan album studio keenam hasil nukilan kumpulan XPDC yang diterbitkan pada tahun 2002. Album ini adalah album yang paling saya minati ketika kumpulan Ali ( Terra Rossa ) dan Yan ( Lefthanded ) menganggotai kumpulan XPDC .

Petikan gitar bass Yan amat padu dan ada sedikit kelaianan berbanding album-album XPDC yang lain.
Album ini merupakan kerjasama terakhir XPDC bersama penerbit J.S. Kevin sebelum beliau meninggal dunia pada 8 Ogos 2002.


Album ini terjual melebihi 80,000 unit dan tersenarai dalam Top 5 kategori Album Hard Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2003.

Senarai Lagu 

  1. Berdesup Cahaya [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Loloq]
  2. Kaca [Lagu / Lirik: J.S.Kevin]
  3. Sakinah [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Loloq]
  4. Monggol Dah Pulang [Lagu: Brutal / Lirik: Loloq]
  5. Hujan Airmata  [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Loloq]
  6. Anti Perang[Lagu: Izo XPDC / Lirik: J.S.Kevin] 
  7. Selamat [Lagu / Lirik: J.S.Kevin]
  8. Haprak [Lagu: Brutal / Lirik: Loloq]
  9. Aku Datang Sekejap Lagi [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Azam Dungun]
  10. Hilang Satu Skrew [Lagu / Lirik: J.S.Kevin]


Line Up



Ali - vokal













Izo - gitar




















Yan - bass






















Lola - drum















Penafian
Sumber dari WIKI dan images dari en google. Segala ulasan adalah pendapat peribadi penulis semata-mata.

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2015

Wah! Kembali semula rancangan artis-artis otai ni. Kepada peminat jangan menghakimi nyanyian mereka. Kita kena faham atas faktor usia mungkin ada di antara mereka suaranya ada sikit-sikit terkucil. Normallah tu. Aku sendiri pun sentiasa terkucil suara bila karok haha.

Ok senarai peserta Gegar Vaganza 2015



  1. Zul Handy Black
  2. Acong Sweetchild
  3. Nizam Laksamana
  4. Amir U’kays
  5. Ezad Lazim,
  6. Nassier Wahab
  7. Ezlynn, Faradhiya
  8. Siti Nordiana
  9. Haiza
  10. Sheeda
  11. Azian Mazwan Safwan
p/s peserta pilihan aku adalah Ezad Lazim. Gua suka suara lu. Manyak sedap ma...

Ulasan Filem Polis Evo

Aku berkesempatan untuk menonton filem Melayu yang bertajuk Polis Evo lakonan Zizan Razak dan Shaheizy Sam baru-baru ini kerana kerujaan aku apabila filem ini berjaya mengutip tiket rm13 juta. Sudah sekian lama filem Melayu gagal mencapai kutipan tiket yang tinggi pada masakini,

Kisah filem tersebut amat mudah seperti filem-filem luar dan tempatan yang lain iaitu mengisahkan dua orang pegawai polis bekerjasama untuk menumpaskan sindiket dadah . Elemen aksi dan komedi diterapkan amat menarik sekali dengan tiada lawak bodoh yang keterlaluan. Anda tidak perlu memaksa diri anda untuk ketawa didalam filem ini kerana ketawa anda akan datang secara ikhlas dan sepontan.

Secara peribadi aku ucapkan tahniah kepada semua pelakon , pengarah dan kru penerbitan filem ini kerana berjaya menghasilkan filem yang sama taraf dengan filem antarabangsa yang lain. Jika hendak dibandingkan dengan filem Transpoter aku pilih filem Polis Evo.  Tak rugi jika anda pergi tonton sendiri filem ini.

Filem ini amat sempurna dari segala aspek cuma penghasilan  sound effect tidak berapa tidak kuat sangat. Mungkin kerana budget kot. Jika tidak aku pasti filem ini amat sempurna setaraf filem Hollywood. Apa-apa pun kipidap.


Keputusan terkini Senarai Pemenang Anugerah Planet Muzik 2015


Band dari Singapua punk rock Iman’s League mencipta sejarah pada hari Jumaat (9 Oktober) apabila memenangi anugerah Band Terbaik anugerah di Anugerah Planet Muzik (APM) 2015, menewaskan kumpulan muzik  luar negara  seperti Noah serta Akim & The Majistret. Justeru itu band Iman’s League adalah band dari Singapura yang muncul pertama kali memenangi kategori tersebut .




Keputusan Senarai Pemenang Anugerah Planet Muzik 2015
Anugerah Khas Planet Muzik 2015
  • Allyarham A. Ramlie & The Rythmn Boys
Lagu Terbaik Malaysia
  • Assalamualaikum- Faizal Tahir
Lagu Terbaik Indonesia
  • Terlalu Lama Sendiri- Kunto Aji
Lagu Terbaik Singapura
  • Iman League’s ft Lion Story- Lisa
Anugerah Rentas Planet
  • Anggun
Artis Terbaik Wanita
  • Raisa- Jatuh Hati
Artis Terbaik Lelaki
  • Judika- Apakah Ini Cinta
Band Terbaik
  • Iman League’s ft Lion Story- Lisa
Lagu Paling Popular APM
  • Taufiq Bautisah- Awak Kat Mane
Artis Paling Popular APM
  • Fatin Shidqia Lubis
Ikon Media Sosial
  • Taufiq Bautisah
Duo Kumpulan Terbaik
  • Rossa dan Afgan- Kamu yang ku tunggu
Kolobrasi Terbaik Artis
  • Cakra Khan dan Dato Siti Nurhaliza- Seluruh Cinta
Kolobrasi Terbaik Lagu
  • Sezairi- Jangan Coba Berlari
Artis Baru Lelaki Popular
  • Kunto Aji- Terlalu Lama Sendiri
Artis Baru Wanita Popular
  • Elizabeth Tan- Knock-knock
Artis Paling Popular Singapura
  • Taufiq Bautisah
Lagu Paling Popular Singapura
  • Awak Kat Mana- Taufiq Bautisah
Anugerah Rentas Planet

Kolobrasi Terbaik Artis Cakra Khan dan Dato Siti Nurhaliza- Seluruh Cinta

Lagu Paling Popular Singapura Awak Kat Mana- Taufiq Bautisah


Tiket konsert kumpulan Exist bersama Ezad di Istana Budaya

Korang bila lagi nak layan sshow kumpulan Exist bersama Ezad. Saya sudah beli. Anda bila lagi?



click imej untuk beli tiket




Receipt


Name##########
IC / Passport3#########
Contact No.01#########
Email Address######up@gmail.com
Event NameKonsert Blue Jeans - Exist
VenuePanggung Sari
Date
Time23 Oktober 2015, 8:30 malam - Exist 

Angelina Jolie masuk Islam



Pasangan pelakon Hollywood Angelina Jolie (gambar) dan Brad Pitt mengaku memberikan pendidikan agama kepada anak-anak mereka.
Jolie tidak membataskan pendidikan itu pada satu atau dua agama sahaja, malahan enam anaknya mendapat pendedahan terhadap semua bentuk agama yang ada.
"Brad dan saya membesarkan anak-anak kami untuk menghargai sesama manusia," ujar ibu kepada Maddox, Pax, Zahara, Shiloh dan si kembar Vivienne dan Knox itu kepada majalah Parade.
Jolie dan Pitt memperkenalkan semua agama yang ada di dunia ini kepada 6 anak mereka dengan menyediakan rak yang memuatkan pelbagai buku dan kitab agama di rumah mereka.
"Kami ada Injil, al-Quran dan semuanya. Kami juga mengajak anak kami ke gereja, kuil, menghadiri upacara ajaran Buddha, pergi masjid, mengajar mereka tentang semua kepercayaan," katanya pada Sabtu.
Menurut Jolie, walau apapun agama yang dipilih oleh anak-anaknya kelak, dia tidak akan membantah.
"Pilihannya (agama) terletak pada tangan mereka," ujarnya.
Kita mengharapkan suatu hari nanti dan Angelina Jolie dan Brad Pitt akan menerima Islam sebagai anutan dan anak-anak mereka juga dikurniakan hidayah oleh Allah. Tidak mustahil mereka akan menerima Islam kerana Islam sesuai untuk sesiapa sahaja tidak kira bangsa, tempat dan masa
http://data-muallaf.blogspot.com/2012/04/angelina-jolie-masuk-islam.html

Amyra Rosli batal kawin


15 Sep – Aktres jelita Amyra Rosli masih teguh dengan pendiriannya untuk tidak membuka mulut bagi menjawab kontroversinya apabila membatalkan perkahwinannya dengan aktor Dazrin Kamarudin pada 8 Ogos lalu.
"Saya rasa tak perlu bercerita panjang mengenai perkara ini kerana ianya tak akan habis. Tapi saya percaya, lambat laun orang akan tahu juga puncanya.
"Masa itu akan tiba namun bukan dari mulut saya. Saya tak mahu isu lain pula timbul selepas ini apabila berlaku percanggahan kenyataan.
"Lagipun pada awalnya saya hanya menangguhkan bukan membatalkan perkahwinan. Namun ia telah disalahertikan sehingga menyebabkan perkara ini semakin rumit," katanya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu, Amyra juga enggan mengulas lanjut mengenai isu pemulangan cincin pertunangan.
Terdahulu perkahwinan antara Amyra dan Dazrin telah dibatalkan turut mengaitkan nama pelakon Ramona Zamzam yang dikatakan menjadi puca, bagaimanapun Ramona telah tampil menafikan perkara itu.

sumber Yahoo

AF 2014-Apa cerita Dato Hattan?

Dato Hattan



Dengar-dengar Pengetua Baru AF2014 iaitu Dato Hattan tidak mahu pelaja-pelajarnya menyanyikan lagu-lagu ciptaan komposer Indonesia. Alasannya banyak karya-karya lagu tempatan pun hebat-hebat belaka demi menolong royaliti komposer tempatan.

Pendapat aku bagusla tetapi macam tidak sesuai lah bro... kerana tidak ada kepelbagaian variasi pula nanti pertandingan AF tersebut.  Kalau macam tu lagu mat saleh pun haruslah jangan dinyanyikan di AF nanti betul tak? Sila baca seterusnya

Arip Juara Kilauan Emas 2014, Mamat Khalid tunjuk skill

Tahniah kepada juara Kilauan Emas 2014 iaitu Arip. Manakala tempat kedua dimenangi oleh Zain ( Ringgo Arrow) dan tempat ketiga dimenangi oleh Ben.

Persembahan peserta  akhir Kilauann Emas kali ini amat menghiburkan. Ketiga-tiga peserta telah berjaya memberi dan melaksanakan tugas yang diberikan dengan sempurna.

Paling menarik pada malam persembahan tersebut apabila pengarah filem Zombie Kilang Biskut iaitu Mamat Khalid telah menunjukkan kebolehan beliau bermain piano. Dasyat tu. Lagu blues lagi..... Terkezut aku..







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...