pembuka

Selamat Datang >
Showing posts with label Gosip dan merapu. Show all posts
Showing posts with label Gosip dan merapu. Show all posts

Ni apa cerita?





Aku malas nak komen apa-apa. Cuma  aku berasa pasangan ini macam ingin menarik perhatian media . Tetapi agak-agakla kan. Negara kita ada undang-undang dan adab.



IPOH: Selepas pesta sukan bogel di Pulau Pinang yang menggemparkan negara, orang ramai di sekitar Jalan Sultan Yussof di bandar raya ini pagi ini dikejutkan dengan pasangan pengantin yang berjalan dalam keadaan separuh bogel.
Aksi mereka mendapat perhatian orang ramai yang ketika itu sedang sibuk melalui jalan berkenaan selepas pasangan pengantin itu dikatakan baru selesai menjalani sesi fotografi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, wanita berkenaan dilihat hanya memakai coli dan seluar dalam berwarna putih dan berkain layah manakala pasangan lelaki hanya memakai seluar panjang hitam tanpa baju.
Gambar pasangan terbabit yang dirakam seorang pengguna Facebook dipercayai diambil di hadapan laluan zebra sebuah bank berhampiran Padang Ipoh di sini dan kini sudah tersebar dan dikongsi ribuan pengguna Facebook lain.
Ketua Polis negeri, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan kesalahan yang mencolok mata itu akan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ahmad Termizi Abdul Haq yang dihubungi pula berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu sebagaimana tersebar di media sosial.
"Arahan juga sudah dikeluarkan kepada Ketua Polis Balai dan anggota, jika terserempak dengan mana-mana perlakuan tidak bermoral dan berakhlak, mereka boleh menggunakan pendekatan menasihati atau meminta perlakuan itu dihentikan serta-merta," katanya.
Sementara itu, seorang saksi yang enggan dikenali berkata, rakaman sesi fotografi itu dipercayai berlangsung kira-kira 10 minit.
"Ia menarik minat pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan kerana mereka berpakaian tidak senonoh," katanya.
Berita Harian


Saiful nak kawin dengan orang TV?


Saiful Bukhari bakal kahwini personaliti TV3?

KUALA LUMPUR 16 Mei - Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang terbabit dalam kes liwat Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menamatkan zaman bujangnya pada 25 Mei ini.

Menurut sumber, perkahwinan Mohd. Saiful Bukhari dengan personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman itu akan dilangsungkan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Pada 2008, Mohd. Saiful Bukhari telah membuat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan bahawa dia telah diliwat oleh Anwar. Dia kemudian mengulangi sumpah tersebut di hadapan Kaabah dan rakaman video itu didedahkan baru-baru ini.

Manakala Nik Suryani pula adalah wartawan TV3 yang pernah diherdik oleh Anwar dalam satu sidang akhbar pada April 2011 gara-gara bertanyakan soalan berhubung jam Omega milik pemimpin pembangkang itu.

Laporan mengenai perkahwinan Mohd. Saiful Bukhari dan Nik Suryani itu disiarkan di laman blog Empayar Pemuda petang ini.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada kenyataan rasmi oleh Mohd. Bukhari mahupun Nik Suryani mengenai perkahwinan mereka. - UTUSAN ONLINE

Loyanya tekak aku- Shila Hamzah buat lagu untuk ex BF

Wuek... loya mual haha.. mungkin usia aku sudah mencecah 36 tahun membuatkan aku loya dengan dengan cerita-cerita artis ini, Jika 10 tahun yang lepas mungkin kot aku suka cerita-cerita ini. Ah! Korang layan jer lah. Sila baca seterusnya 

Gambar Piya yang lagi satu

Dalam dua hari ini aku sedang-sedang mencari gambar Piya pemain bolasepak Kelantan untuk artikel tiba-tiba muncul pulak gambar piya lain.

Jadi aku ingin berkongsi Piya yang satu ini untuk tatapan semua. Jangan marah aa.. sekadar hiburan..





Teman Tapi mesra - Rozita Che wan dengan Zain Saidin

Teman Tapi Mesra Lyrics

by Ratu
Aku punya teman
Teman sepermainan
Kemana ada dia selalu ada aku
Dia amat manis
Dan juga baik hati
Dia selalu ada
Waktu untuk membantuku
Namun aku bingung
Ketika dia bilang cinta
Dan dia juga katakan
Tuk ingin jadi kekasihku
[ Teman Tapi Mesra lyrics found on http://lyrics.my ]
(Korus)
Cukuplah saja berteman denganku
Janganlah kau meminta lebih
Ku tak mungkin mencintaimu
Kita berteman saja
Teman tapi mesra

Aku memang suka pada dirimu
Namun aku ada yang punya
Lebih baik kita berteman
Kita berteman saja
Teman tapi mesra 




Serius tapi belum bertunang - Rozita Che Wan


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130121/hi_06/Serius-tapi-belum-bertunang---Rozita-Che-Wan#ixzz2IcUmz6BS
© Utusan Melayu (M) Bhd

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 41, hari ini menyangkal dakwaan dia sudah bertunang dengan pelakon Zain Saidin seperti yang dihebohkan.

Kata Rozita atau mesra dengan panggilan Che Ta, mereka memang serius menjalin hubungan tetapi belum ke tahap risik merisik atau bertunang.

“Pada saat ini hubungan kami masih lagi di peringkat mengenali hati budi masing-masing, biarpun sudah lama berkawan. Kalau ada jodoh, adalah. Biar Allah yang tentukan semuanya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Che Ta berkata, ketika ini dia masih sibuk dengan kerjaya lakonan dan tidak ada masa untuk memikirkan soal perkahwinan. Bagaimanapun tidak menolak kemungkinan jika jodohnya bersama jejaka berdarah kacukan itu.

“Seperti yang peminat tahu, itu merupakan pendapat Zain secara peribadi. Harapan saya agar peminat sentiasa mendoakan kebahagiaan kami," katanya.

Zain baru-baru dalam satu temu bual memberitahu yang hubungannya dengan Che Ta memang serius dan kalau ada rezeki, mereka akan berkahwin pada tahun ini. - UTUSAN

sumber
© Utusan Melayu (M) Bhd

Apek kawin 28 Disember ini


Apek tamatkan zaman bujang 28 Disember

KUALA LUMPUR, 21 Nov. - Penjaga gol bola sepak nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat mengumumkan akan bernikah dengan gadis pilihan hatinya yang merupakan model dan pengusaha butik, Leuniey Natasha pada 28 Disember ini. - UTUSAN


sumber
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Masa , tenaga , wang penonton tidak dihormati - Oh!Dato Gopal

Malam ni terasa malu aku hendak turun minum di kedai mamak di rumahku setelah maruah pasukan negara telah tercalar apabila seri 1-1 dengan pasukan bangla. Apa lagi yang hendak dikata. Aku tidak menyalahkan pemain tetapi aku menyalahkan dato Raja Gopal kerana tidak serik-serik untuk bereksperimen.

Tidak salah untuk menguji pemain dan menyorok kuku kekuatan pasukannya namun dia tidak menghormati dengan penat lelah penononton yang berkorban masa , wang , jiwa raga mereka untuk menyaksikan perlawanan yang berkualiti dan bukannya beraksi longlai.

 Arhhh aku nak jadi makhluk hijau lagi .............




Peminat meluat Azwan Ali



 

Apabila Peminat Meluat Dengan Azwan Ali...



KUALA LUMPUR, 24 OKT 2012: Artikel yang disiarkan di murai.com.my tentang penglibatan Azwan Ali dalam musim terbaru Propaganza di Astro Ria saluran 104 nampaknya telah mengundang pelbagai komen negatif daripada peminat.
Malah, menerusi segmen Panggilan Misteri Murai (PMM), peminat yang mahu dikenali sebagai Miss S telah meluahkan rasa kecewa terhadap Azwan Ali yang dikenali sebagai pengacara yang senior dalam bidang penyiaran.
Kata Miss S, identiti Azwan Ali sebagai Baby AA dalam Propaganza disifatkan sebagai satu gaya yang kurang layak dipertontonkan di kaca TV. Dalam pada itu, segmenselama tiga minit yang dikendalikan Azwan Ali itu diangap tidak memberikan sebarang infomasi kepada penonton program tersebut. Sebaliknya, ianya lebih kepada menggambarkan Azwan Ali sebagai individu yang suka mencari publisiti murahan.
Pun begitu, Miss S mengakui bukanlah tampil sebagai peminat yang anti Azwan Ali. Secara profesionalnya, peminat tersebut telah memberikan nasihat kepada Azwan Ali supaya merubah sikapnya itu.
Ketahui komen pedas Miss S terhadap Azwan Ali dalam PMM yang disiarkan setiap Rabu di murai.com.my. Sekiranya anda berminat untuk memberikan pendapat, hantarkan emel anda di alamat tanyaajieb@gmail.com. sumber http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=13132&c=1&s=1

Luna Maya sebak

 Luna Maya sebak ditanya tentang Ariel


LUNA MAYA


SETELAH kisah cinta Luna Maya dan Ariel Noah terkandas, masing-masing enggan berbicara lebih lanjut berkenaan hal itu.Ketika Luna dijemput menjadi tetamu undangan rancangan televisyen Dahsyat baru-baru ini, Luna enggan menjawab mengenai kisahnya bersama Ariel apabila disoal oleh pengacara program itu, Olga dan Raffi.
“Adakah Luna mahu kembali kepada Ariel?” tanya Olga. Namun, pelantun lagu Sudah Biasa itu sekadar tersenyum simpul.
Olga kembali bertanya perkara yang membuatkan Luna terkenang akan Ariel: “Apa yang Luna mahukan daripada Ariel?”
Cuba menghindari pertanyaan sedemikian, balas Luna: “Sudahlah! Saya sudah mahu menangis.”


Lelaki skodeng terlepas


  Lelaki mengintai terlepas didakwa 


Tokyo: Seorang kaki hendap menggunakan kamera berbentuk pen untuk mengintai seorang kru pesawat penerbangan domestik Jepun terlepas dakwaan selepas pendakwa gagal memutuskan kejadian berlaku di ruang udara Osaka atau Tokyo.

Lelaki berusia 34 itu menggunakan pen berkamera untuk mengambil gambar bawah skirt pramugari yang lalu berhampiran tempat duduknya, lapor akhbar Asahi dalam laman webnya, semalam.


Lelaki terbabit yang ditahan polis mengakui melakukan perbuatan itu sambil mendakwa dirinya terangsang melihat wanita memakai pakaian seragam, menurut laporan itu.

Tertuduh menaiki pesawat Japan Airlines di Takamatsu, barat laut negara itu, untuk ke Tokyo dalam kejadian bulan lalu, lapor agensi berita Kyodo News.

Polis pada awalnya mengesahkan bahawa gambar terbabit diambil di wilayah Hyogo berdasarkan pengakuan saksi dan analisis mereka terhadap data penerbangan.

Selepas dikaji semula data yang ada, mereka tidak dapat menyatakan dengan pasti bahawa perbuatan itu berlaku di ruang udara Hyogo.

Pendakwa mengakui mereka tidak dapat menolak hujah peguam bela bahawa gambar curi itu mungkin diambil ketika pesawat lalu di ruang udara wilayah berjiran, lapor Kyodo lagi.
Kesalahan mengintai biasanya diputuskan mengikut undang-undang peringkat wilayah untuk menghalang perbuatan yang ditetapkan sebagai mengganggu ketenteraman awam dan memerintah pendakwa perlu tahu lokasi tepat jenayah itu.

Sumber berkata, pendakwa kemudian menggugurkan kes atas sebab tidak tahu menggunakan undang-undang wilayah yang mana satu. Lelaki itu dibebaskan pada 20 September lalu.

Ketika disoal siasat, lelaki itu mengaku melakukan jenayah berkenaan dan berpuluh-puluh gambar curi atendan penerbangan ditemui dalam komputer peribadinya.

Hukuman terhadap perbuatan mengambil gambar atau merakam foto secara rahsia termasuk dalam kategori perbuatan berunsur seks dalam undang-undang wilayah termasuk mengekori orang lain atau meraba.
Agensi

Adegan gesel hidung

Entahlah aku pun tidak tahu kewajaran adanya adegan gesel ini.


Gesel hidung cara Nora, Adi


ADEGAN gesel hidung antara Arisa (Nora) dan Johan (Adi Putra) dalam filem ke-66 MIG mengingatkan penulis kepada filem Adik Manja yang ditayangkan pada tahun 1979.
Gambar hiasan
Namun filem Aku Terima Nikahnya, kemesraan itu dipamerkan dalam hubungan antara pengantin baharu yang sedang menikmati enaknya cinta.
Filem ini antara yang ditunggu ramai. Gambar-gambar adegan mesra antara Adi dan Nora sudah menjemput rasa mahu ditonton. Bukan kerana gosip yang pernah menimpa mereka tetapi kerana rentetan kejayaan kolaborasi ini dalam sebuah drama sebelum ini.
Lalu Eyra Rahman menggandingkan dua pelaris filem itu, filem genre romantis yang mengangkat nilai sebuah perkahwinan.
Skrip dalam filem ini longgar sehingga gagal membuahkan emosi sedih atau romantis. Bagaimanapun, ekspresi yang dilontarkan oleh setiap pelakon menambah ruang yang longgar dan lemah tersebut. Mujurlah juga ada Ahmad Tarmimi Serigar dan Azizah Mahzan yang memang terkenal dengan kredibiliti lakonan mereka.
Kolaborasi antara Nora dan Adi tidak ada pertikaian sebelum Johan (Adi) ditimpa musibah. Mereka romantis, berjaya mempamerkan sisi cinta mati antara Adam dan Hawa dan betapa kasihnya mereka terhadap sebuah perkahwinan.
Namun selepas musibah terjadi, lakonan Adi sedikit terganggu kerana dia mengangkat Johan dengan sedikit kemarahan yang tidak nampak jalur asalnya. Kecelaruan fikirannya diangkat dengan amarah dan tidak tahu sebab kenapa dia perlu 'keras' sehingga tahap begitu.
Pujian harus diberikan kepada aktres Nora Danish yang mengangkat sisi kewanitaan Arisa yang tabah menghadapi dugaan dan rintangan pada awal perkahwinan. Air dan gerak mata serta mimik muka Nora sampai kepada sebuah kesedihan dan kecintaan. Cuma kadangkala intonasi sebutan yang comel melenyapkan rasa sedih. Namun itu bukan satu kelemahan besar. Dia adalah pemanis untuk filem ini.
Komen Sofia: Lakonan Nora semakin profesional seiring penampilannya yang menarik dalam setiap adegan.

Sumber Kosmo

RM 2 juta harga sebuah lagu Oppa Gangnam di Malaysia


Wau! Mahal bebeno jika Oppa Gangnam hendak membuat persembahan di Malaysia. Satu lagu nyanyi US 750 000 bersamaan RM 2, 295, 000. Amboi! Berjuta-juta juta juta juta.... kalau nak si mata sepet ni buat persembahan di negara kita. Betul ker? Sila baca selanjutnya

sumber Murai Batu

Johan dan Nabila Huda dah putus?

Johan dan Nabila Huda dah putus?
Sah! Johan As`ari-Nabila Huda Sudah Putus Cinta
Sah! Johan As`ari-Nabila Huda Sudah Putus Cinta



L, 9 OGOs 2012: Lagi pasal aktor Johan As`ari, tapi kali ini apa yang Murai Batu nak cerita ni takde kena-mengena dengan rocker Amy Search mahu pun pengurusnya. Sebaliknya, cerita mengaitkan Johan As`ari dengan anak Amy, Nabila Huda.

Sumber-sumber yang rapat memberitahu Murai Batu bahawa hubungan cinta di antara Johan As`ari dengan Nabila sudah pun berakhir pada bulan lalu. Dengan kata lain, mereka dah pun break up atau pun putus cinta.

OMG! Kenapa ya? Padahal setahu Murai Batu, mereka berdua saling menyukai di antara satu sama lain. Malah, keluarga masing-masing juga tidak pernah menghalang hubungan mereka.

Keluarga Johan menerima Nabila seadanya, manakala keluarga Nabila khususnya ayahanda Nabila pulak memang dah anggap Johan macam anaknya. Tapi, bila jadi tragedi putus cinta macam ini, mestilah semua orang rasa terkejut. Sebab, tidak ada angin tidak ada ribut, tetiber putus macam itu saja.

Apapun, Murai Batu dapat tahu, hubungan cinta Johan As`ari dengan Nabila berakhir kerana ianya berkaitan hal-hal persefahaman dan satu lagi kerana soal kerjaya. Itu saja yang MUrai Batu tahu. Untuk ketahui selanjutnya, kita kena dengar sendiri penjelasan Johan As`ari dengan Nabila.


MURAIBATU: Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...