pembuka

Selamat Datang >

Lagu Obses Akim & Majistret sama dengan lagu Muse -Hysteria?


Akim & Majistret


Wau? Tajuk posting kali ini agak panaskan? Takut juga saya kena saman dengan Akim & Majistret.

Sabar.!! Jangan marah peminat-peminat Akim ya. Saya hanya berkongsi cerita dan pendapat peribadi . Memang ilmu muzik saya hanya seperti sebutir pasir sahaja.

Tidak ada niat saya untuk menjatuhkan imej kumpulan yang semakin popular di Malaysia kini.

Ok!   kepada peminat kumpulan Muse mungkin sudah basi tajuk posting saya ini bukan?

Yang sebenarnya saya memang tidak mendengar sangat lagu-lagu kumpulan Muse ini. Akan tetapi pernah juga saya mendengar satu dua lagu tetapi lupa akan tajuknya.

Hendak dijadikan cerita saya kerap juga masuk gym untuk men sadokan badan yang obes ini . Macam biasalah lagu-lagu yang dimainkan di gym memang lagu-lagu irama rancak dan adakala yang agak keras. Tiba-tiba sedang saya dok berlari di mesin treadmill irama alunan muzik lagu Hysteria ini menangkap memori  kerana saya berasa macam pernah mendengar irama susunan muzik lagu ini dalam bahasa Melayu iaitu lagu Akim & Majistret.

Hampir 1 bulan saya sering mendengar lagu Hysteria ini di gym dan saya pasti lagu ini adalah nyanyian dari kumpulan MUSE. Ini kerana saya kenal gaya suara penyanyi kumpulan MUSE. Pada masa itu saya tidak tahu apa tajuk lagu tersebut.

Akhirnya di rumah saya buka lah Youtube di rumah. Oh! Baru saya tahu tajuk lagu tersebut adalah Hysteria. Kemudian saya dengar pula lagu Obses nyanyian Akim & Majistret. Nah! Memang sudah terang lagi bersuluh intro lagu obses tidak tumpah sama macam lagu Hysteria.

 Cuma melodi lagu Obses tidak samalah dengan lagu Hysteria. Namun bunyi sound muzik terutama gitar base line nya adalah sama. Terus terang katakan saya lebih berminat mendengar lagu Hysteria berbanding denga lagu Obses Akim yang suaranya serak-serak basah dibuat-buat itu.

Komen dan pendapat saya kumpulan Akim & Majistret membuat percubaan yang baik dalam mengalunkan konsep irama muzik yang mereka bawa. Irama segar dan ada sedikit kelainan dengan kumpulan-kumpulan muzik Malaysia yang lain. Cuma diharap suara Akim tidaklah payah diserak-serakkan. Maaf saya katakan tak sedap. Bila menyanyi live amat susah saudara Akim untuk menggayakan suara serak yang dibuat-buat itu. Suara Akim semasa Akedemi Fantasia lagi ok kot.

Berikut adalah komen-komen netizen mengenai lagu Obses yang saya kongsikan buat tatapan semua. Ingat! Bukan niat untuk menjatuhkan sesiapa . Hanya sekadar berkongsi cerita dan pendapat peribadi sahaja.










Anda mungkin meminati 




SHARE

yoyo baek

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...