pembuka

Selamat Datang >

Gempar!! Subjek Sejarah SPM- Gambar terkini Zaman Paleolitik di Malaysia

Zaman Paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu. Alat batu yang digunakan oleh manusia Zaman Paleolitik ialah alat repihan seperti alat batu penetak.
Rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia adalah rangka orang Perak yang telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, Lenggong pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.

Biasanya mereka tinggal di kawasan yang terbuka iaitu di luar gua, di dalam gua dan juga mereka hidup di kawasan sekitar tasik dan kolam Pada zaman Prasejarah,orang Perak atau dikenali sebagai Perak Man dijumpai di Gua Gunung Runtuh,Bukit Kepala Gajah,Lenggong,Perak dalam posisi foetal(kedua-dua kakinya terlipat ke atas dada).Perak Man hidup kira-kira 10 000-11 000 tahun dahulu.Perak Man di percayai meninggal ketika berusia 40-45 tahun.Ketinggian Perak Man dianggarkan ialah 154-160cm.

Di antara kegiatan yang mereka lakukan ialah mereka memburu binatang liar di hutan seperti rusa, kijang dan sebagainya sebagai bahan makanan dan pakaian.
Mereka juga memungut hasil hutan seperti buah-buahan, dan juga pucuk-pucuk daun serta memungut hasil hutan seperti rotan. Mereka juga mengamalkan cara hidup sara diri.
Selain itu, mereka menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan seharian.
Antara penemuan Zaman Paleolitik di Malaysia ialah :
Kapak Genggam
Alat repihan yang digunakan untuk meraut dan memotong
Alat penetak yang digunakan untuk menetak pokok dan memotong daging
Manusia Perak, iaitu rangka manusia yang dikebumikan dengan kaki terlipat


Dalam bab kepercayaan , mereka mengamalkan kepercayaan animisme. Animisme bermaksud kepercayaan setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat ( jiwa dan roh ) orang mati. Mereka juga mengamalkan upacara perkuburan. Dalam upacara perkuburan masyarakat Zaman Paleolitik, mayat dikebumikan dengan barang - barang seperti makanan dan alat-alat batu.Mereka juga menggunakan pemukul kulit kayu untuk meleperkan dan menghaluskan kulit kayu.Selain itu,mereka meghias diri mereka bagi wanita dengan anting-anting dan gelang.


Lokasi di Malaysia
Kota Tampan, Perak - 1989
Bukit Jawa, Perak - 1996
Bukit Bunuh, Perak - 1987
Gua Niah, Sarawak - 1975
Tingkayu, Sabah - 1992

Sumber
wikipedia


Namun? Zaman sekarang ni pun masih ada lagi kita nak jadi orang zaman batu kih-kih.




KUANTAN 22 Jan. - Polis menahan 39 peserta satu program motivasi kerana disyaki berkelakuan lucah di tempat awam di sebuah resort di Bentong tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Mohamad Mansor Mohd. Nor berkata, polis menahan kumpulan lelaki berumur dalam lingkungan 19 hingga 23 tahun itu dalam serbuan pada pukul 12.30 tengah malam setelah mendapat aduan daripada orang awam.
“Polis mendapat maklumat daripada orang awam menerusi panggilan telefon pada pukul 6.12 petang semalam yang memberitahu ada sekumpulan lelaki berbogel menjalankan aktiviti di padang permainan di kawasan resort tersebut.
“Seterusnya polis menjalankan siasatan dan mendapati kejadian itu telah berlaku dan kumpulan lelaki yang dilihat berbogel merupakan peserta kem motivasi di resort terbabit,” katanya kepada Bernama hari ini.
Mohamad Mansor berkata, menurut ketua penyelia aktiviti motivasi itu, kejadian berkenaan dipercayai berlaku apabila peserta terbabit menanggalkan pakaian untuk membentuk garisan panjang dalam satu permainan dinamakan All Out pada pukul 5.30 petang semalam.
“Dalam permainan itu, peserta yang sudah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dikehendaki membuat garisan panjang dengan menggunakan alatan yang ada pada badan peserta.
“Semasa permainan ada peserta mulai menanggalkan pakaian untuk membentuk garisan tersebut dan menyebabkan keadaan berlarutan sehingga peserta mula menanggalkan semua pakaian serta berbogel,” katanya.
Beliau berkata, sembilan fa­sili­tator termasuk dua wanita bagi program motivasi yang dirancang selama tiga hari bermula Jumaat lepas turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan. – BERNAMA
anda mungkin meminati
Ada lagi yang  panjat 'IPOH'! Apa kata  Netizen.

SHARE

yoyo baek

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...