pembuka

Selamat Datang >

Klopp dan taktikal Guardiola



LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mendakwa aksi menentang Manchester City awal pagi esok akan menjadi ujian terbaik untuk menguji kemahiran taktikal yang diterapkan dalam skuad The Reds.

“Guardiola mempunyai falsafah tersendiri. Mereka memulakan aksi liga dengan cemerlang tetapi sesuatu berlaku sehingga menjejaskan rentak yang dipamerkan itu.

“Mereka merupakan pasukan yang berjaya, namun Liga Perdana England adalah liga yang paling sukar kerana terlalu banyak cabaran yang perlu dilalui pada setiap minggu.

“Guardiola adalah pengurus yang sangat berpengaruh. Aksi tiki-taka yang digunakan dalam skuad Barcelona tidak mustahil boleh diterap ke dalam mana-mana pasukan yang mana ia bergantung kepada jenis pemain yang kamu miliki. Seandainya mereka menggunakan taktikal seperti Barcelona, sudah tentu kami akan berdepan dengan tugas yang sangat getir,” jelas Klopp.

Sebagai rekod, selepas mengharungi 18 perlawanan liga, taktikal yang digunakan oleh Klopp dilihat lebih berkesan kerana berjaya mengemudi skuadnya untuk berada pada kedudukan kedua liga dengan 40 mata manakala skuad The Citizen menghuni kedudukan ketiga dengan perbezaan satu mata.

Dalam pada itu, bekas pengendali Borussia Dortmund itu turut memberi amaran awal kepada skuadnya supaya berhati-hati dengan kehadiran semula penyerang, Sergio Aguero.

“Dia berehat sehingga tiga minggu dan pasti akan kembali dengan tenaga yang luar biasa. Hanya satu yang perlu kami sedar iaitu Aguero hanya boleh menjaringkan gol jika kami memberi bola kepadanya.

“Oleh itu, fokus seratus peratus adalah sangat dituntut kerana perlawanan menentang City adalah cabaran terbesar bagi Liverpool,” katanya. – Agensi



Sumber KOSMO
SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...