pembuka

Selamat Datang >

Apakah hukum lelaki memakai telefon bimbit yang bersadur emas 24 karat?

gambar hiasan


PENJELASAN:

Islam mengharamkan ke atas umatnya sama ada lelaki ataupun wanita menggunakan peralatan yang diperbuat daripada emas ataupun perak. Ini berdasarkan kepada sabda Nabi Sallallahu Alahi Wasallam:

وَلَا تَشْرَبُوا فِي آنِيَةِ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ، وَلَا تَأْكُلُوا فِي صِحَافِهَا
Maksudnya: “Jangan kamu minum dalam bekas emas dan perak, dan jangan kamu makan dalam pinggan daripadanya”. (Riwayat al-Bukhari, 7/77 dan Muslim, 3/1638).

Hukum pengharaman ini disepakati oleh seluruh ulama sebagaimana nukilan Imam Nawawi, “Umat Islam telah ijmak tentang pengharaman makan, minum dan penggunaan-penggunaan lain terhadap bekas emas dan perak” (Al-Majmuk, 1/250).

Walau bagaimanapun, dalam kes bekas atau peralatan yang tidak diperbuat daripada emas tetapi hanya disadur dengan emas, terdapat beberapa pandangan ulama mengenainya.

Majoriti ulama termasuk mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie berpendapat bahawa peralatan yang diperbuat bukan daripada emas atau perak tetapi hanya disadur dengan emas atau perak adalah harus digunakan, dengan syarat kadar saduran tersebut sedikit. Tahap sedikit yang dibenarkan adalah berbeza antara mazhab.

Dalam mazhab Syafie, kadar sedikit yang dibenarkan ialah sekiranya peralatan tersebut dibakar di atas api, saduran emas atau perak tersebut tidak terkumpul. Jika sekiranya saduran emas atau perak boleh terkumpul jika dibakar di atas api, maka peralatan tersebut tidak dibenarkan (Al-Nawawi, 1/260).

Berbalik kepada soalan, telefon bimbit diberikan hukum yang sama dengan peralatan, kerana ia adalah sejenis gajet yang digunakan. Ia tidak boleh disamakan dengan barang perhiasan. Justeru, berdasarkan kepada perincian hukum peralatan yang disadur dengan emas atau perak, maka hukum menggunakan telefon bimbit yang disadur dengan emas sama ada bagi lelaki atau wanita hendaklah dilihat kepada kadar saduran padanya. Sekiranya saduran emas itu banyak sehingga boleh terkumpul jika dibakar di atas api, maka hukumnya adalah haram. Tetapi jika sekiranya saduran emas itu sedikit, maka pendapat yang sahih adalah harus.

RUJUKAN _ http://www.e-fatwa.gov.my/

p/s saya bukan ustaz tetapi hanya berkongsi ilmu apa yang di baca.

anda mungkin meminati Hukum Memakai Pendakap Gigi



SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...