pembuka

Selamat Datang >

Gempar ! JDT layak ke akhir Piala AFC

Tahniah kepada pasukan JDT kerana telah mencipta sejarah tanahair melangkah ke perlawanan akhir Piala AFC .


JDT MENCIPTA SEJARAH DENGAN MENJADI PASUKAN PERTAMA TANAHAIR MELANGKAH KE PERLAWANAN AKHIR PIALA AFC
Johor Darul Ta'zim telah dijadualkan menentang pasukan Al-Qadsia SC pada 20hb Oktober ini untuk pusingan kedua separuh akhir Piala AFC 2015 namun akibat masalah yang melanda Persatuan Bolasepak Kuwait menyebabkan pasukan-pasukan daripada negara tersebut dihalang oleh badan induk bola sepak dunia iaitu FIFA daripada terlibat dalam mana-mana kejohanan antarabangsa. Justeru itu, JDT diberikan kemenangan oleh AFC dan akan terus ke perlawanan akhir Piala AFC 2015 bertemu pasukan FC Istiklol dan tarikh perlawanan tersebut dijadualkan pada 31hb Oktober ini. Tahniah diucapkan kepada pasukan JDT yang telah mencipta satu lagi sejarah baru apabila menjadi pasukan pertama tanahair melangkah ke perlawanan akhir Piala AFC. Peluang ini dianggap rezeki buat pasukan dan penyokong Harimau Selatan untuk bersama-sama menyaksikan Johor Darul Ta'zim melakar satu lagi lembaran baru dalam titian perjalanan mereka di bawah naungan DYAM Tunku Mahkota Johor. Luaskan Kuasamu Johor.

Sumber Johor Southern Tigers
SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...