pembuka

Selamat Datang >

Gambar aksi TMJ friendly PENGURUSAN PBNJ 9-0 EC OLD BOYS

Dalam banyak-banyak gambar aku suka tengok BOyan Hodak . Comel bebeno perut dia sama macam perut aku huhu.





Bojan Hodak yang comel



shebby pun ada










10/9/2014 Johor Bahru : Ianya adalah satu perlawanan yang adil dan saksama diatas padang yang sama rata, kemenangan berpihak kepada pasukan yang lebih baik. Tiada jagoan besar mahupun yang berkaki bangku, semuanya atas dasar cintakan bolasepak. Yang pastinya English College Old Boys FC terdiri daripada mereka-mereka yang pernah melalui zaman kegemilangan mengikut kapasiti masing-masing.

Ianya adalah satu perlawanan persahabatan yang mesra bak kata pepatah melayu ‘Menang kami tak heran, kalah kami tak kesah’. EC Old Boys diwakili dari pelbagai lapisan masyarakat, ahli perbankan, jurujual, kontraktor, pengusaha hotel, eksekutif, pengurus dan latar belakang lain dan barisan pengurusan PBNJ pula diwakili oleh mereka-mereka yang ‘hidup, tidor dan makan bola’.

Yang pastinya Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim ialah ‘Man of the match’ dengan 4 daripada 9 gol adalah jaringannya. Selebihnya adalah ledakan gol oleh Martin Hugo Prest (ejen pemain), Aliff (JMF import) dan Yan (JMF import). Ianya adalah satu perlawanan berat sebelah yang cukup menghiburkan dan setiap kesilapan diikuti dengan helai tawa dan setiap gol dan jaringan diikuti pula dengan sorakan dan dorongan sinis.

EC Old Boys dengan semangat setiakawan telah menurunkan barisan yang bersemangat waja; penjaga gol bersaiz XXXL, striker berpotensi dengan midfielder yang tidak efisen dan barisan pertahanan yang longgar. Menurut ketua pasukan EC Old Boys Mohd Zamri b. Mohd Noh (kelas 84), “Kami adalah pasukan sosial dan sering bersama menganjurkan perlawanan persahabatan setiap hujung minggu dan baru-baru ini kami telah bertemu dengan pasukan dari FeldaPasir Raja, pasukan pelajar dari Nigeria dan Saint John Old Boys dari KL. Persahabatan menentang pengurusan PBNJ dengan TMJ bermain adalah kemuncak dan kami sungguh berbesar hati dan berbangga dapat bermain dengannya“.

- See more at: http://johorsoutherntigers.com.my/ms/2014/10/10/ec-old-boys-kurang-oksigen-pengurusan-pbnj-9-0-ec-old-boys/#sthash.tW8DS3SP.Oh0HCoQc.dpuf
SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...