pembuka

Selamat Datang >

Panduan memilih Plan data internet terbaik

Kenapa aku guna tajuk Panduan memilih Plan data internet terbaik?  Kerana semua plan data internet di kesemua syarikat telco Malaysia adalah terbaik. Hanya kita sebagai pengguna yang perlu pandai memilih.

Perkara pertama anda perlu pertimbangkan ialah tentang penggunaan internet  anda adalah untuk apa. Kalau anda dalam kategori hanya ber What apps , FB dan baca blog dan surat khabar online maka plan data 1 gig sudah memadai bagi anda.

Akan tetapi jika anda ini jenis pengguna internet yang suka  ber What apps , FB dan baca blog dan surat khabar online, tengok dan download Youtube kadang-kadang maka plan data internet 3gig sudah memadai.

Melalui pengalaman aku menggunakan Hotlink Broadband Preapaid  maka aku dapat membuat kesimpulan kita akan menggunakan sekurang-kurangnya 6gig data internet sebulan dalam penggunaan sederhana. Dan sekiranya dalam bulan tersebut kita banyak streaming dan download maka penggunaan data kita boleh mencecah 10gig sebulan.

Terkejut! Ini adalah hakikatnya. Tetapi jika anda tidak kisah kelajuan internet anda macam siput setelah cukup kaota data maka ambillah pakej 1gig sebulan.

Mengenai plan data syarikat telco pula aku berpendapat mereka akan untung juga  walaupun menawarkan kadar harga murah . Syarikat telco biasanya akan menggunakan speed/kelajuan dan membahagikan waktu masa ( 2am-8am ) untuk meletakkan harga pakej masing-masing.

Oleh yang demikian kita janganlah rambang mata melihat pakej-pakej data mereka. Semuanya sama saja. Untung tolak bahagi campur syarikat telco akan untung juga. Justeru itu adalah disarankan anda mengetahui tujuan asal anda untuk menggunakan internet dan yang paling penting coverage kawasan kita tinggal adalah bagus. Tiada gunanya kita melanggan data internet dari syarikat telco terpantas didunia tetapi coverage kawasan yang didiami tidak memuaskan. Buek rugi jor bayar bil. Hati pun sakit.

Akhir sekali disarankan anda memakai Unifi atau Maxis Fiber sekiranya anda adalah pengguna internet yang tegar. Alah membeli , menang memakai...
SHARE

yoyo baek

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...