pembuka

Selamat Datang >

Pengalaman menggunakan line Altel

Assalamualaikum dan hai semua. Kali ini aku ingin bercerita sedikit mengenai pengalaman hari pertama aku menggunakan talian Altel.

Sebelum ini ramai telah memperkatakan kehebatan talian Altel ini di Facebook dan juga blog-blog. Aku yang sebenarnya tidak berapa teruja dengan penerangan di alamaya ini selagi tidak menggunakan sendiri.

Hendak dijadikan cerita rakan ofis aku ada menjual simkad Altel dengan berharga rm7 dan topup rm30  untuk data internet 1 gig manakala rm50 untuk plan data 2 gig. Disebabkan benda sudah terhidang didepan mata maka keterujaan aku semakin membuak-buak untuk mencubanya.

Akhirnya hari ini aku telah menghabiskan duit gaji baki-baki hari raya lepas sebanyak rm37 huhu. Aku mengambil plan data 1 gig.
Seperti biasa untuk pendaftaran kenalah bagi no IC dan alamat surat menyurat anda. Amat mudah urusan pendaftarannya kerana kawan aku hanya sms jer.




Aku pun gunalah data internet altel ini di ipad mini ku. Cuma aku terkejut kerana signalnya adalah celcom. Jadi benarlah apa yang diperkatakan oleh rakan-rakan media masa bahawa talian altel ini menumpang kasih dengan talian Celcom.


Bercerita tentang speednya buat masa ini tidaklah mengecewakan kerana ianya boleh tahan pantasnya . Tetapi aku tidaklah terlalu teruja sangat kerana aku mempunyai banyak pengalaman pernah menggunakan talian Maxis,celcom,digi,umobile dan celcom 1 Malaysia. Kesimpulanya ia bergantung pada coverage kawasan dan berapa data internet yang anda gunakan. Mungkin juga talian Altel ini masih kurang orang pakai maka ianya stabil dan pantas.

Korang tunggu aku akan cuba update tajuk blog ini mengenai speed talian Altel  di kampung aku. Buat pengetahuan korang coverage internet celcom di gampung aku hanya signal Edge.

Nasihat aku sebelum korang mencuba talian altel ini perlu tanya kepada penjual yang telifon anda boleh atau tidak menggunakannya. Ini kerana simcard Altel sememangnya speednya untuk telifon yang boleh suport singnal tinggi .

Update 27/8/14
Pada hari semalam aku sempat pulang ke kampung atas urusan peribadi. Sebagai mana diketahui yang signal internet line celcom hanyalah EDGE. Seperti yang dijangkakan line Altel di kampung aku tetap juga EDGE.

Hari ini sekembalinya aku di KL aku boleh katakan line internet Altel  disini amat menakjubkan dan laju. Tetapi aku tidaklah teruja sangat kerana internet beruk band celcom aku pun laju juga pada malam ini kih2.


update 28/8/2014

Ok selama 7 hari aku menggunakan line internet Altel memang cukup berpuas hati. Namun begitu ia ada kelemahannya kepada pengguna internet tegar macam aku ini. Tiada internet Unlimited untuk Altel. Seminggu jer aku guna sudah habis kaota 1G. Dan aku tidak dapat melayari internet.
SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

2 comments:

  1. Boss, tetiap bulan u keluar masuk ipad dengan phone lah sim nya? Nak topup dgn renew internet? Baru nak try internet altel dekat ipadni.

    ReplyDelete
  2. YanAmran .. betul setiap kali hendak topup kena tukar sim ke phone biasa. Buat pengetahuan YanAmran , sy tak melanggan lagi line altel ni. Sebabnya bila data cukup limit sy tak blh searching internet. Jd skrg sy kekal dgn data celcom.

    ReplyDelete

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...