pembuka

Selamat Datang >

Tips melancong kekal sihat


Cuaca yang kini tidak menentu mengundang kepada banyak penyakit. Selesema, batuk, demam dan banyak lagi penyakit yang boleh dihidapi dengan keada­an yang tidak menentu ini.

Ketika melancong, cuaca yang kadangkala panas, sejuk kemudian hujan dan berangin juga mengundang kepada sakit tekak, selesema dan batuk tidak kira ketika anda masih bercuti ataupun apabila pulang ke rumah.

\Justeru, untuk kekal sihat sepanjang berada di destinasi percutian dan apabila pulang daripada bercuti nanti, tip melancong minggu ini mungkin dapat membantu anda.






SENTIASA sihat ketika melancong menjadikan percutian lebih bermakna.

Ketahui keadaan cuaca di destinasi


Sebelum memulakan percutian, adalah lebih baik anda mengambil tahu keadaan cuaca di tempat yang akan di kunjungi.

Dengan itu, anda boleh menyediakan kelengkapan atau keperluan yang boleh mengelak daripada jatuh sakit ketika berada di sana.

Anda juga mungkin boleh meminta pendapat atau panduan daripada kenalan yang baru pulang dari destinasi yang akan dikunjungi.


Pengambilan vaksinasi perjalanan

Ramai yang mengambil mudah mengenai pengambilan vaksinasi perjalanan ketika melancong di luar negara.

Pengambilan vaksinasi ini amat penting supaya anda terhindar daripada pelbagai jenis penyakit yang boleh me­nyerang anda ketika melancong.

Berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui vaksin apa yang diperlukan ketika mahu mengunjungi mana-mana negara bagi memastikan anda sihat ketika berada di sana dan apabila pulang ke tanah air.


Minum banyak air kosong

Meminum air kosong atau mineral ketika melancong adalah sangat dituntut. Selain menghilangkan dahaga, minum air yang banyak boleh mengelak anda daripada mengalami kekurangan air dalam badan serta kulit kering.

Anda juga akan lebih sihat dan bertenaga jika kandungan air dalam badan mencukupi.


Makanan bersih

Cari tempat makan bersih. Walaupun percutian itu sekadar ‘cari makan’, anda tetap perlu memastikan tempat makan yang dikunjungi terjamin kebersihannya.

Jangan sampai sepanjang perjalanan anda menahan sakit perut. Jangan lupa mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.

Bawalah sabun antiseptik yang berbentuk jel dan tidak perlu dibilas ke mana saja anda pergi.


Ubat

Selalu bawa ubat-ubatan yang biasa anda guna. Walaupun anda tidak menghidap penyakit tertentu yang memerlukan ubat khusus, bawa ubat biasa seperti sakit kepala, selesema, cirit-birit dan mabuk.

Justeru, jika anda sakit, anda sudah bersedia de­ngan ubat. Ini dapat mengelak daripada sakit itu berpanjangan.

Anda juga tidak perlu bergegas mencari farmasi atau kedai untuk mencari ubat ketika sakit. Ubat yang anda cari juga ada kalanya sukar diperoleh di farmasi terutama ketika anda bercuti di luar negara.

Oleh itu, ubat yang dibawa dapat membantu anda.




kredit Harian Metro
SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...