pembuka

Selamat Datang >

Suami mengaku berzina

hiasan



Suami saya mengaku melakukan persetubuhan dengan seorang wanita. Perlukah saya meminta cerai?
Saya tak sangka suami boleh sejauh itu dengan wanita berkenaan. Apa pendapat Dr mengenai masalah ini?


As
Kuala Lumpur


Seorang suami yang berzina hukumnya haram dan berdosa besar.

Isteri perlu menegur dan menasihati suami supaya tidak mengulangi perbuatan itu.

Sekiranya ia berterusan, puan wajib melaporkan kepada pihak berkuasa dan tidak membiarkan perkara maksiat serta dosa besar itu berlanjutan.

Puan juga boleh mencadangkan suami mengahwini perempuan terbabit daripada dia terus melakukan dosa sehingga boleh terpalit dosanya kepada keluarga sendiri.

Hukum memohon perceraian daripada suami jahat diharuskan apabila segala usaha sudah dijalankan bagi membawanya kepada jalan benar dibuat.

Ini termasuk melantik hakam (pendamai) dalam ahli keluarga sendiri bagi menasihati suami supaya berubah dan bertaubat.

kredit Harian Metro
SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...