pembuka

Selamat Datang >

Senarai kawasan KL yang mengalami gangguan bekalan air


Beberapa kawasan di KL alami gangguan bekalan air


KUALA LUMPUR: Permintaan terhadap bekalan air yang tinggi oleh pengguna berikutan cuaca panas yang dialami kini, menyebabkan berlaku masalah kekurangan air di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan memaklumkan bekalan air dari Loji Rawatan Air Sungai Langat tidak dapat menampung permintaan yang meningkat mendadak.

Katanya, kawasan terbabit ialah Angsana Hilir, Taman Pertama, Taman Bukit Pandan, Kampung Pandan Luar, Kampung Pandan Dalam, Taman Koperasi Polis, Taman Desa Baiduri, Bandar Damai Perdana, Taman Damai Perdana, Taman Desa Cahaya, Taman Sri Bahagia, Taman Bukit Anggerik, Taman SPPK Bukit Cheras dan Taman Orkid Desa.


Turut terjejas, Taman Segar, Taman Billion, Taman Supreme, Taman Cheras Utama, Cheras Hartamas, Taman Bukit Segar Jaya, Bandar Baru Segar Utama, Taman Damai Indah, Taman Minang Ria, Taman Bukit Angsana, Taman Suria Jaya, Taman Len Seng, Taman Desa Cheras dan Taman Alam Damai.

Selain itu, sebahagian kawasan Damansara iaitu Jalan Segambir, Jalan Belimbing, Jalan Setiabistari, Jalan Setiamurni 1-12, Jalan Setiabudi, Jalan Setiarasa, Jalan Setiaraya, Jalan Setiajaya, Jalan Medan Setia, Jalan Setiabakti, Jalan Setiakasih, Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.

Menurut kenyataan itu, penyaluran bekalan air sokongan ke kawasan terjejas tidak dapat dilakukan disebabkan ketiadaan lebihan bekalan air daripada kawasan lain berikutan kapasiti bekalan air terawat tidak mencukupi pada masa ini.

Katanya, Pelan Tindakan Kecemasan Kod Hijau telah diaktifkan bagi memantau dan mengurus bantuan air sementara melalui lori tangki dan tangki statik.
Syabas juga mengingatkan pengguna di kawasan yang tidak terbabit dengan gangguan supaya menggunakan air secara berhemah dan mengelakkan pembaziran.

- BERNAMA
SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

3 comments:

  1. Diharap bagi mereka yang terlibat dengan ganguan ini bersabar.Saya berharap lah kejadian catuan air ini boleh diselesaikan dengan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...