pembuka

Selamat Datang >

PRK Kajang 23 March tarikh mengundi

sumber gambar pakcik google

PRK Kajang: 11 Mac penamaan calon, 23 Mac mengundi - SPR
2014/02/05 - 12:15:42 PMCetakEmel Kawan





PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mac tarikh penamaan calon manakala 23 Mac hari mengundi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang media di Bangunan SPR, di sini, sebentar tadi selepas mengadakan mesyuarat khas pagi tadi.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 27 Januari lalu.


Sebelum ini pakatan pembangkang menamakan Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon mereka untuk mengisi kekosongan kerusi berkenaan.

Lee memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lalu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan Barisan Nasional (BN), Berjasa dan tiga calon bebas.

PRK Kajang adalah PRK ketiga dalam tempoh lapan bulan sejak pilihan raya umum ke-13 selepas PRK DUN Kuala Besut, Terengganu dan DUN Sungai Limau di Kedah.

Dalam PRK berkenaan BN mengekalkan DUN Kuala Besut, manakala PAS mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau.

SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...