pembuka

Selamat Datang >

Kot kulit buaya bernilai AS$130,000

Hiasan

Kot kulit buaya bernilai AS$130,000 dicuri, seorang lelaki dicari



HONG KONG 22 Feb. - Sehelai kot kulit buaya yang bernilai AS$130,000 (RM429,789) telah dicuri seorang lelaki dari sebuah butik pakaian Burberry yang terletak di sebuah pusat beli-belah paling sibuk di Hong Kong, kata polis semalam.

Sebelum itu, kot mahal dengan rekaan trend terkini tersebut dipamerkan pada sebuah patung dan ia hanya disedari telah hilang oleh kakitangan butik berkenaan ketika mereka mahu menutup pintu kedai pada hari Rabu lalu.

“Individu yang membuat laporan mengenai kes itu mendapati sehelai jaket bernilai AS$130,000 telah hilang.

“Satu tayangan rakaman kamera keselamatan telah membuatkan kakitangan di butik itu percaya ia telah dicuri," kata pihak polis dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, pihak polis kini sedang mencari lelaki berbadan sasa yang disyaki berusia di antara 30 dan 40 tahun. - AFP

Kredit Utusan Malaysia
SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...