pembuka

Selamat Datang >

David Beckham melawat zon taufan di Filipina



TACLOBAN - Bintang terkenal bola sepak, David Beckham mengunjungi Filipina hari ini bagi memberi sokongan moral kepada mangsa yang terselamat dari bencana taufan paling berbahaya.

Ratusan mangsa yang terselamat dari Taufan Haiyan bergegas keluar dari khemah mereka bagi menyambut kehadiran selebriti antarabangsa itu walaupun Beckham kurang dikenali dalam kalangan masyarakat di situ.

“Dia begitu tampan dan khabarnya dia bermain untuk pasukan Azkals," kata ibu kepada empat anak, Darilyn Bascug, yang merujuk kepada pasukan bola sepak kebangsaan Filipina.

Bekas pemain kebangsaan England yang berumur 38 tahun itu telah menamatkan kariernya sebagai pemain bola sepak profesional pada tahun lalu dan ini merupakan lawatan kali kedua Beckham ke Filipina setelah dilantik menjadi duta untuk Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.



Beckham diterbangkan pesawat peribadi ke Tacloban yang merupakan antara kawasan yang paling teruk terjejas akibat Taufan Haiyan yang menyebabkan kira-kira 8,000 orang mati dan hilang pada November tahun lepas. – AFP

kredit KOSMO
SHARE

yoyo baek

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...