pembuka

Selamat Datang >

Pengulas Astro Arena membosankan



Dari tahun lepas aku hendak komen mengenai pengulas Astro Arena ni. Akhirnya di tahun 2014 dapat juga aku meringan-ringankan jari untuk menaip komen di blog yang jarang-jarang diupdate kerana kesibukan masa.

Mengenai tajuk artikel aku  iaitu pengulas Astro Arena membosankan aku merujuk kepada ulasan bolasepak liga Malaysia dan perlawanan antarabangsa melibatkan skuad Harimau Malaya. 

Seperti biasa sebelum siaran langsung bolasepak pengulas Astro Arena akan di wakili oleh pengulas undangan yang terdiri dari bekas pemain bolasepak tempatan. Ini sememangnya menarik. Cuma pengisian mereka lebih tertumpu memberi komen yang tidak berapa membina kepada bolasepak tempatan. Ditambah pula apabila seorang pengulas Astro Arena yang namanya tidak perlu disebutkan apabila dia mengulas perlawanan secara langsung memang syok sendiri.

Maksud syok sendiri seperti sehingga fesyen rambut pemain pun dia hendak ulas dan kutuk. Selain itu pengulas ini lebih banyak membuat forum ulasan yang amat berat sebelah dan menjatuhkan kredebeliti pasukan , pemain dan penyokong serta penonton di rumah. Cuba kita saksikan apabila pengacara lagenda Malaysia iaitu Dato Hj Hasbullah Awang ketika mengulas amatlah profesional. Dia sememangnya mengulas perlawanan terbabit dan tidak pun bercerita ulasan seperti forum bola. Ya! Memang betul kadangkala Dato Hj Hasbullah ini tersasul dan tersalah menyebut nama pasukan namun tapi tidak mengapa kerana dia tidak menyentuh mengutuk dan mempersendakan mana-mana pasukan dan pemain tempatan.

Pengacara Lagenda Dato Hj Hasbullah Awang

Adalah amat mendukacitakan ada juga pengacara yang hadir dari stesen tv  kerajaan pun sudah seperti terikut-ikut dengan rentak  pengacara Astro Arena yang lain. Terus terang aku katakan aku terpaksa menonton saluran Astro Arena ini kerana tiada pilihan disebabkan Astro telah menopoli semua acara sukan di dalam dan diluar negara.

Akhir kata  semoga pengacara-pengacara saluran Astro Arena belajarlah dari pengulas lagenda seperti dato hj Hasbullah Awang. Semoga orang ridak menyampah dan bosan dengan anda. Sekian terimakasih.


SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...