pembuka

Selamat Datang >

Senyum jer bila gaji MB Selangor naik



Aku tiada apa-apa hendak komen mengenai kenaikan gaji Menteri Besar Selangor dan exco-exco nya. Ini kerana tidak ada kena mengena dengan aku pun. Cuma yang aku pelik  geng-geng Pakatan Rakyat tidak meroyan seperti kebiasaanya diblog-blog atau pun di media sosial lain.  Cuba gaji yang naik tu dari MB Barisan Nasional terutamanya Umno maka berpekik terlolonglah mereka meroyan.

Moral cerita ini

Jangan percaya sangat dengan ahli politik tidak kira dari pihak pemerintah ataupun pembangkang. Mereka kebanyakkannya berjuang untuk perut sendiri. Perut didahulukan rakyat di ketepikan. Mereka akan cari kita apabila tiba musim Pilihanraya sahaja.


Rakyat sepatutnya berpegang dengan prinsip dan perjuangan parti  bukannya atas dasar popular calon. Politik ini bukan Akedemi Fantasia yang memerlukan lakonan dan drama untuk meraih undi popular. Jangan gadaikan masa depan negara dengan undi calon popular. Undilah atas nama parti yang anda percaya bukannya atas faktor calon yang anda suka.mosi.

Ok cukuplah aku mengomel mengenai politik walaupun PRU14 lama lagi. Sekarang ni masa kita bekerja mencari rezeki dan menyumbang sesuatu terhadap negara. Kurangkanlah berpolitik. Aku tabik spring dengan PM kita Dato Seri Najib kerana selepas PRU13 dia amat jarang bercerita mengenai politik.
SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...