pembuka

Selamat Datang >

Kebumi segera jenazah

Aku berasa simpati di atas jenazah tersebut. Biarlah dia disempurnakan dikebumikan dengan segera. Kita semua yang menanggung dosa akibat melewat-lewatkannya.

Kebumi segera jenazah Sherul, nasihat Jamil Khir

gambar hiasan


PUTRAJAYA 17 Sept. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menasihatkan bapa kepada Allahyarham Sherul Aizam agar mengkebumikan segera anaknya sejajar dengan ajaran Islam.

"Pihak keluarga Allahyarham Sherul pasti mahu jawapan yang masih belum dijawab oleh pihak berkuasa tetapi ia menjadi tanggungjawab anggota keluarga Sherul menguruskan pengkebumiannya dengan segera," katanya.

Jamil Khir ditanya mengenai tindakan Mohd Damanhuri Mohd Fuat yang masih enggan mengkebumikan jenazah anaknya itu yang meninggal dunia pada Julai lepas.

Dalam kejadian 20 Julai, Sherul Aizam, 27, didakwa telah cuba menceroboh masuk sebuah rumah jiran tetapi gagal dan ditemui mati tersepit di celah palang besi tingkap dapur kediaman itu di Taman Saz di Ipoh, Perak, kira-kira pukul 12.15 tengah malam.

Akibat tidak berpuas hati dengan kematian Sherul, Mohd Damanhuri membuat laporan polis pada 27 Julai di Balai Polis Manjoi, Perak dan menuntut supaya siasatan dan bedah siasat kedua dilakukan.

Jamil Khir bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di Bangi, dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, Jamil Khir menempelak tindakan setengah pihak yang mempertikai khutbah yang dikeluarkan Jakim dan Jabatan Agama Islam negeri yang didakwa menimbulkan masalah.

"Ia (khutbah) tidak wajar menjadi isu, sebab Jakim menjaga hal ehwal berkaitan Islam di Malaysia dan ia termaktub dalam perlembagaan negara bahawa agama Islam harus dipelihara.

"Sejak bila pula orang luar (pihak yang tiada kaitan dengan Jakim dan jabatan agama negeri dan majlis fatwa kebangsaan) mencampuri urusan khutbah yang dikeluarkan Jakim?," katanya. - BERNAMA

© Utusan Melayu (M) Bhd
SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...