pembuka

Selamat Datang >

Generasi Y telah hilang semangat patriotisme


Petikan FB di atas adalah sebahagian dari menteliti generasi Y yang suka menghina negara sendiri. Menurut pemerhatian aku sememangnya semangat kecintaan masyarakat Malaysia terhadap negaranya sendiri amat mendukacitakan.

Ini terbukti di sekitar perumahan aku semasa menyambut hari Merdeka 31 Ogos. Setelah 10 tahun aku menginap disitu aku boleh bilang tidak sampai 6 bendera Malaysia dikibarkan dirumah-rumah. Kalau yang mengibarkannya pun sememangnya rumah yang sama.

Manakala di laman-laman sosial aku perhatikan sememangnya banyak kopmen-komen negatif terhadap pemimpin sendiri dan menidakkan jasa-jasa pemimpin terdahulu di atas sebab politik. 

Wahai rakyat sekilan. Ayuhlah! Bangunlah dari lena dan dibuai oleh pemikiran anasir-anasir politik yang menghancurkan. Berfikiran  rasionallah... Bersihkan hati masing-masing...  Cukup-cukuplah korang berpolitik 36 jam..  Perbezaan fahaman politik harus diketepikan sekiranya ada program-program nasional.

Pada pemerhatian aku kaum lain seperti kaum cina amat menyedihkan semangat nasionalis mereka. Mereka masih lagi ingat mereka ni di negara China. Maaf .. aku bukan rasis cuma ini dari perhatian aku yang telah 10 tahun duduk di kawasan majoriti kaum Cina. Kenapa mereka bersikap sedemikian? Jawapannya mereka sering dibuai oleh pemikiran hasutan pemeimpin-pemimpin politik yang berkepentingan. Mereka lupa yang kaya adalah orang politik. Kita bercakaran sesama sendiri. Orang politik senang lenang.

Oleh itu aku amat berharap tanamkan diri masing-masing untuk menanam perasaan cintakan negara yang tercinta ini. Jangan lupa tanamkan semangat ini terhadap anak cucu kita. Malu kita dengan orang Indonesia yang mencari rezeki  disini. Semangat patriotik mereka amat menebal walaupun mereka di negara orang.

Sekiaan....

SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...