pembuka

Selamat Datang >

Tolonglah profesional sikit wei..





Aku usya-usya komen-komen peminat tegar bolasepak negara kita di Fb telah membuatkan aku tersenyum lebar. Aku pun pelik liga super negara kita telah pun bertaraf profesional  tetapi kenapa kita sebagai peminat bola sepak tidak bersifat profesional.  Terbaharu komentar-komentar FB mempertikaikan pemain pasukan JDT hanya 2 orang sahaja berasal dari negeri Johor. Manakala rakan sekerja aku pun ada  berkata yang orang johor tak pandai main bola. Kih kih aku hanya senyum sinis sahaja.

Cuba kita lihat liga EPL, La Liga  dan lain-lain kat eropah tu. Korang tengok pasukan MU, Arsenal dan Liverpool pun  telah cukup menunjukan pemain mereka adakah semua berasal dari  England?  Peminat mereka ada tak mempersoalkan dari mana pemain itu berasal? Ini lah dia namanya profesional. Sepatutnya kita perlu berterima kasih dengan TMJ kerana baginda telah menaikkan taraf dan nilai pemain profesional tempatan. Oleh yang demikaian barulah semua pasukan lain akan  mencari pemain yang terbaik diseluruh negara untuk memperkuatkan pasukan. Oleh itu mutu liga kita pasti akan meningkat dan meriah.Buangkan semangat kenegerian yang melampau.

Kalau nak diikutkan sapa yang mengasilkan Daudsu da awe sebelum dia glamer di Kelantan. Sudah pasti pasukan lamanya iaitu pasukan Johor FC. Mat yo? Tak silap aku hasil produk kelab dari negeri Perak. Apek? Apek dulu budak sekolah Sekolah Sukan Bandar Penawar (kini dikenali Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail) kat JB sebelum ditukarkan ke Bukit Jalil. Dia tu salah satu produk FAM bukannya produk TRW.  Adus malas la aku nak asobiah sesangat. Mutu bola sepak kita bukan pun hebat sangat.

Kepada rakan-rakan TRW aku diluar sana aku mintak maaf bebanyak kerana terpaksa meluahkan perasaan diblog. Aku tak suka meluahkan perasaan di FB kerana bukan semua orang suka status kita kan. Kalau di blog ni peduli apa aku. Blog aku haha.

Ok majulah sukan untuk semua.
SHARE

yoyo baek

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...