pembuka

Selamat Datang >

Dengar nasihat orang tua. Jangan pinda Undang-undang sesuka hati.

hiasan

Bak kata pepatah orang tua lebih dahulu merasa garam dari orang muda. Dengar nasihat orang tua-tua kerana mereka pernah merasai pengalaman dan pengetahuan dari yang muda.  Aku pun telah merasai  apabila menasihati budak-budak muda yang baru bekerja tentang pengurusan keewangan  peribadi tapi tidak diendahkan mereka.

Inikan pula nasihat dari seorang negarawan yang pernah memerintah negara kita selama lebih 22 tahun.  Semua kata-katanya banyak kebenaran kerana dia seumpama bapa yang memerhatikan anak-anaknya yang semakin liar dan hancur.

Aku sebenarnya amat kecewa dengan PM kita sekatang iaitu Ah Jib Gor kerana terlalu melayan permintaan dan melebih-lebihkan puak disebelah sana. Dengan menghapuskan ISA ( Akta Keselamatan Dalam Negeri ) telah menjadikan negara kita ini seperti tiada undang-undang. Semakin ramai puak-puak subersif dan aspionaj bercambah semenjak ISA dihapuskan.

Kita dapat memahami mengapa pemimpin-pemimpin pembangkang beria-ia benar untuk menghapuskan ISA. Ini kerana merekalah sebenarnya pelanggar undang-undang negara. Sekarang ini mereka semakin berani kerana maklumlah pengguam-pengguam mereka banyak berpengaruh dengan hakim-hakim berkiblatkan menyokong pembangkang. Sebab itu aku perhatikan banyak sungguh kes-kes yang melibatkan orang BN pasti kena tindakan seperti Khir Toyo. Tetapi bila kes yang membabitkan puak meraka sudah pasti akan bebas dan lepas.

Aku sememangnya tidak percaya dengan sistem kehakiman negara sekarang selagi orang-orang berkentingan politik ada didalamnya. Kes Liwat Saiful yang terang-terang ada bukti yang nyata dan kukuh pun boleh diautakan oleh pengguam dan hakim dinegara kita. Entahlah.. apa nak jadi dengan negara aku sekarang ini.

Sila baca seterusnya
SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...