pembuka

Selamat Datang >

Bonus+Raya+Gaji naik = Barang naik?


Bonus+Raya+Gaji naik = Barang naik? Ramai orang marah kerajaan pasal harga barang naik. Dia orang ingat kalau Pakatan perintah barang boleh stabil ker?

Pendapat aku barang naik harga kerana sikap tamak pemborong dan peniaga untuk mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Jika dahulu meraka memberi alasan harga minyak naik maka harga barangan terpaksa dinaikkan atas sebab kos pengangkutan. Tetapi apabila harga minyak turun tidak pernah pun harga barang ikut turun sama.

Aku bermain badminton di Kl sejak tahun 2000 lagi. Ketika itu harga shutlle cock jenama Sea Lion merah berharga rm23, selepas itu naik rm27, rm32, rm 37,rm43, rm 47 dan sekarang aku tidak pasti mungkin harga rm59. Ini kerana aku sempat memakai shuttle protech berharga rm45 dan kini rm59. Mula-mula alasan tokey cina tu kata minyak naik. Ok tak pa. Dalam tahun seterusnya seluruh dunia terkena wabak penyakit selsema burung maka tokey cina tu memberi alasan bulu itiok susah nak dapat. Ok tak pa. Tetapi yang peliknya bila kes selsema burung sudah tiada serta harga minyak turun harga shuttle tetap sama tidak berubah.

Dalam tahun-tahun berikut harga shuttle semakin naik dan terkini sebelum PRU13 aku terkejut yang tokey cina tu kata harga shuttle akan naik pada bulan MEI. Aku tanya sebabnya tetapi dia hanya menjawab memang harga mahu naik. Untuk pengetahuan korang aku membeli shuttle di kedai yang sama sejak tahun 2000 lagi.

Hobi aku minum dikedai mamak. Sebelum berpuasa tokey mamak tu ada bagi tahu aku yang selepas aidilfitri harga akan naik. Aku tanya kenapa sebabnya gaji mau naik. Nah! Korang lihat betapa teruknya peniaga-peniaga di Malaysia mengambil kesempatan menaikkan harga barangan. Itu pun korang nak salahkan kerajaan lagi.

Aku cerita pasal aku mengalami peristiwa di atas tadi. Banyak lagi aku nak cerita tapi aku takut korang boring pulak dengar cerita merapu aku ni. Sebab itu telinga aku jadi panas bila ada orang yang fanatik politik sikit-sikit salahkan kerajaan . Kenapa tak salahkan kerajaan bila motor korang pancit? Mana ada kerajaan dalam dunia ini nak kasi susah sama rakyat ma... Dia orang tahu kalau kasik susah rakyat nanti PRU rakyat takkan sokong mereka. Itu pun aku nak ajar ker...

Jadi untuk mengatasi masalah ini kita perlu berhemat dalam berbelanja. Kita sebagai pengguna perlu bersatu hati untuk mengajar peniaga-peniaga sedemikian dengan memasak dirumah. Aku jamin harga barang basah kenaikannya tidak ketara sangat kecuali pada musim perayaan. Namun korang jangan gelabah kalau harga barang naik jugak time musim perayaaan kita makan biskut mayat jer la time raya . Amacam? hihi.

Kesimpulannya selagi ekonomi orang Melayu tidak kuat maka sampai bila-bila la kita kena main harga dengan puak yang satu lagi tu.

Anda mungkin meminati
CUEPACS mohon timbang bonus 2 setengah bulan
SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...