pembuka

Selamat Datang >

Aku kena sihir Steve Job


Dahulu aku kutuk orang pakai barangan Steve Job seperti Iphone dan Ipad. Aku kutuk pun hanya dengar-dengar orang kata dan juga dengan membaca kutukan-kutukan komen di forum dalam internet. Sebelum ini aku memang pemuja Samsung. Dari Galaxy Y , Galaxy W, S2 dan akhir sekali galalaxy S3 aku telah pakai. Kaya tokey Samsung makan duit aku .

Tetapi kerana hati aku terpanggil untuk merasai apa yang best nyer barangan apple ni. Aku pun nekad untuk tolak galaxy S3 aku kepada seorang kawan dan baki duit itu aku tambah untuk membeli Iphone5. Belum sampai 2 jam aku berasa menyesal kerana memiliki Iphone 5. Aku masih teringat dengan ke power an galaxy S3 aku . Tapi lama kelamaan setelah aku sering memegang dan mencuba bermain-main dengan galaxy S4 kawanku . Ditambah lagi aku takkan miss untuk singgah kedai Samsung sekiranya aku berpeleseran . Aku banyak kali menyentuh galaxy S4 dan galaxy note 8.0 maka hati aku masih belum lagi terbuka untuk kembali ke Android terutamanya telifon jenama Samsung. Maafla sekiranya macam lupa daratan hihi.

Satu lagi yang bestnya banyak aplikasi di apple store tau..

Aku mengakui jenama Samsung memang canggih dan power dari segi prossesornya dan function. Namun dari segi smooth dan tiada lagging aku rasa ia tidak boleh lawan dengan jenama apple. Kini aku nyaman memiiki iphone 5 dan ipad mini. Mungkin suatu hari nanti aku akan kembali semula ke OS android.

SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...