pembuka

Selamat Datang >

Sendiri mau ingatla...



Ya! Sendiri mau ingatla . Kalau korang rasa korang boleh berdikari tanpa bantuan kerajaan seperti nak masuk universiti, nak masuk keje gomen, dan ekonomi korang rasa korang yang pegang maka silalah sokong DAP ya.


Mansuh Dewan Negara, usaha DAP untuk ubah model Malaysia
TUMPAT 19 Mei - Cadangan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya Dewan Negara dimansuhkan disifatkan langkah halus DAP untuk memansuhkan pula sistem beraja dan menggubal Perlembagaan negara supaya selaras dengan apa yang diperjuangkan parti itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia adalah permulaan kepada banyak lagi perkara mengarut yang akan dikemukakan DAP selepas ini untuk mengubah model Malaysia yang telah terbukti berjaya sejak zaman merdeka dulu.

Katanya, cadangan tersebut juga adalah bukti bahawa pemimpin-pemimpin DAP semakin 'besar kepala' kerana yakin parti itu mendapat sokongan majoriti orang Melayu walaupun hakikatnya hanya Melayu Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyokong mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

"Saya bersetuju kepada satu perkara bahawa ini adalah satu permulaan kepada banyak lagi cadangan-cadangan mengarut untuk mengubah model negara Malaysia, Perlembagaan Tanah Melayu. Malaysia adalah yang terbaik jika mengambil kira sejarah negara dan sistem demokrasi dan Raja Berperlembagaan yang kita amalkan.

"Kita yakin cadangan ini datang kerana DAP yakin ramai orang Melayu sokong mereka, jadi mereka besar kepala mula mencabar Perlembagaan yang akan melibatkan perubahan struktur pentadbiran negara secara radikal," kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...