pembuka

Selamat Datang >

Sekarang boleh buat Majlis kenduri kawin di Istana Negara wei....


Pasangan pengantin boleh guna Istana Negara lama untuk majlis perkahwinan
02/05/2013 5:51pm


KUALA LUMPUR - Muzium Diraja di Istana Negara lama kini membuka tawaran untuk pasangan yang ingin meraikan hari persandingan yang penuh bersejarah di perkarangan Istana Negara Lama.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail berkata, ia adalah satu daripada tarikan baharu untuk menarik pengunjung terutama pelancong asing ke muzium itu.

"Kami sudah buka tempahan awal dan harga yang ditetapkan bergantung kepada keluasan kawasan yang diguna serta bilangan rombongan yang dibawa.

"Harga minimum bagi satu tempahan ialah RM5,000 manakala kawasan yang paling mahal ialah di dalam bangunan Istana dengan bayaran RM10,000 ke atas.

"Kawasan ini mampu menampung maksimum sehingga 10,000 tetamu pada satu-satu masa," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama Agensi Pelancongan dan Pemandu Pelancongan di sini hari ini. - Bernama
 sumber kosmo
SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...