pembuka

Selamat Datang >

Pelancong tanggal pakaian di lapangan terbang

hiasan

Pelancong asing berbogel di lapangan terbang

KUCHING 16 Mei - Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini gempar apabila seorang pelancong asing lelaki berbogel sambil melakukan aksi lucah di tingkat tiga terminal lapangan terbang itu malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9 malam itu, warga asing berusia lewat 60-an yang belum dikenal pasti identitinya itu menanggalkan semua pakaian sementara penerbangan ke ibu negara.

Menurut sumber, lelaki yang beraksi sumbang di khalayak ramai itu kemudian diperiksa oleh anggota pasukan keselamatan lapangan terbang sebelum ditahan pihak polis.

"Siasatan awal mendapati lelaki warga asing itu dipercayai di bawah pengaruh alkohol dan dia ditangkap oleh pihak berkuasa selepas enggan mendengar arahan supaya memakai semula pakaian.

"Dia akan didakwa kerana melakukan perbuatan tidak senonoh dan menunjukkan kelakuan lucah di khalayak umum," katanya ketika dihubungi. - UTUSAN ONLINE

SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...