pembuka

Selamat Datang >

Kenapa aku suka pakai Samsung S3

Hati aku berdebar-debar dalam seminggu dua ini. Selepas Iphone5 secara rasminya dijual di Malaysia membuatkan hatiku tidak karuan. Puas aku menelaah di pakcik google tentang kelebihan dan kelemahan Iphone5 berbanding S3. Jawapannya S3 lagi power dari iphone5. Aku sebenarnya teruja hendak mencuba barangan apple ini. Aku hendak merasai apa yang best sangat dengan barangan apple ini.Tetapi agak sukar untuk membuat keputusan.. Mungkin aku mencuba memakai ipad mini kot.

Aku mengambil keputusan untuk melupakan hasrat untuk memiliki iphone5 dan kembali menyayangi samsung s3 aku ini.Kenapa aku sayang gila dekat dia ni.

Benda alah ni yang membuatkan aku bertambah sayang dengan samsung s3  aku ni.



  1. Screen dia besar. Puas bila baca suratkhabar online.
  2. Tak pernah hang walaupun orang kata s3 selalu hang. Bila sudah update Jelly Bean 4.11 bertambah cayang aku dengan s3 ni.
  3. Aku bukan kaki main games walaupun s3 syok main games.
  4. Aku suka download youtube dan mp3 di 4shared.  Senang transfer lagu video di laptop. Tak perlu itunes tune tune.....
  5. Aku suka tukar-tukar ringing tones dan sms alert. Mudah sangat nak tukar.
  6. Bila dah suka download video mesti mau pakai  memori yang banyak. Jadi S3 boleh tambah external memori ma...
  7. S3 aku leh jadi modem internet  buat wifi kat laptop aku dan anak buah aku.
  8. Yang paling aku suka s3 aku ini iaitu ketahanan baterinya adalah lama. Kalau korang tak on data boleh cecah 30 jam. Aku tak tipu. Tapi disebabkan adanya whats up ni terpaksalah aku on data internet dan baterinya boleh tahan hingga 12 jam lebih .
  9. Bateri boleh cabut tukar-tukar. Kerana aku ini banyak masa duduk luar rumah maka aku ada 2 biji bateri dan salah satu bateri aku akan cas menggunakan samsung kits aku. Jadi aku bawak bateri spare dimana-mana  mudah dan ringan kan.

Banyak lagi kalau nak disebut mengapa aku sayang lagi samsung s3 aku ini. Korang boleh cari sendiri di pakcik google ya.


SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...