pembuka

Selamat Datang >

Boleh tahan juga pakai plan XPAX2 Celcom

Sudah seminggu aku telah me migrate plan prepaid celcom blue aku ke plan new Xpax2. Yang sebenarnya aku ada line post paid celcom hampir12 tahun aku menggunakannya. Celcom blue aku tu hanya sekadar ada jer yang telah aku pakai 2 tahun lepas, Yang sebenarnya 2 tahun lepas aku bercita-cita untuk menamatkan line postpaid aku  kerana tidak mahu komitmen bayar bil bulanan. Selain itu aku ni jenis suka ber sms maka amat merugikan aku kerana setiap 1 sms akan di cas 12sen untuk semua talian. Aku mengambil plan ex50.

Setelah setahun aku telah berjinak-jinak memakai smartphone dan menambah pakej broadband. Mula-mula aku mengambil plan data 3G=rm68. Pada bulan 11 aku menanbah plan data aku sebanyak 5G=rm88. Korang jumlahkan dengan plan ex50 aku tu rm50+68=rm98 dan 88+50=rm108. Jadi bil aku tetap akan mencecah rm130 ke atas walaupun aku kurang menalifon orang huhu.

Jadi  azam tahun baru 2013 ini aku ingin cuba mengurangkan perbelanjaan aku . Cukuplah aku mengkayakan syarikat telifon selama 12 tahun. Aku bernekad untuk mengaktifkan semula prapaid aku dan line pospaid aku hanya untuk main internet dan whats up di smarphone sahaja. Jadi aku pun tertarik dengan plan terbaharu Xpax2 yang menawarkan 1sen sms ke talian sama dan 5sen ke talian lain. Wau!

Setelah seminggu aku memakai plan Xpax2 ini dengan penggunaan sms yang banyak serta sesekali membuat panggilan hanya rm5 duit prepaid aku habis. Wah ini sudah murah. Kalau sebulan purata aku rasa hanya menggunakan dalam anggaran rm30 jer kot itu pun entah-entah kurang lagi..

Cuma kelemahan plan xpax2 ni apabila call 1 saat pun dia akan cas 28 sen. Yang bestnya kalau korang call 10 minit dia cas 28 sen juga haha...  ok la korang boleh lihat plan tersebut di sesawang celcom . Satu lagi teman 20 korang,free-free gift , hadiah besday tiada. Aku ingin meminta cadangan dari anda diluar sana untuk membantu aku dalam mengurangkan lagi kos penggunaan telofon aku.Sekian terimakasih.


SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...