pembuka

Selamat Datang >

Informasi mengenai lipan

Pada pagi tadi semasa aku mandi tiba-tiba kaki aku terasa geli-geli . Menjerit aku seketika kerana terkejut kerana yang menjalar di kaki aku ada adalah seekor lipan. Boleh tahan besar dan panjang  saiznya. Tanpa berlengah lagi aku terus  memijak lipan tesebut dengan marahnya. Syukur alhamdullillah kakiku tidak disengatnya.

Oleh yang demikian aku pun mencari maklumat tentang lipan ini. Baru aku tahu bahawa lipan ini jadi mangsa semut dan lipas. Baru aku teringat kerana sebelum ini aku  begitu giat men spray lipas di dalam bilik air tersebut.  Bila lipas sudah hilang maka lipan tersebut bermaharajalela la kan.

Disini aku mengambil artikel dari blog pembaca berita RTM yang bersuara macho iaitu saudara Farit Ismeth Amir yang bertajuk Petua Untuk Menghalau Lipan.


Petua Untuk Menghalau Lipan

Lipan biasanya akan keluar  merayap-rayap pada waktu malam.  Pergerakannya terlalu pantas dan cekap melarikan diri daripada musuh.  Ketika orang Belanda memusnahkan beribu-ribu batang pokok yang telah tua di Britain, mereka menemui beratus-ratus ekor lipan yang berwarna coklat tua.  Ia merayap dengan pantas untuk mencari tempat perlindungan daripada dibunuh dan terkena cahaya matahari.
Lipan yang bisanya tidak kuat, biasanya akan menjadi mangsa semut besar sepertikerengga..  Gigitan semut-semut ini boleh membunuh seekor lipan yang boleh menjadi makanannya.  Lipan juga sering dibunuh oleh manusia kerana bimbang terkena sengatannya yang bias. Sepatutnya lipan ini tidak dibunuh dengan sengaja kerana ia juga makhluk ciptaan Allah.  Sebenarnya sengatan lipan tidaklah begitu berbahaya kepada orang dewasa, tetapi bisanya berkesan kepada bayi dan kanak-kanak.  Jika bayi dan kanak-kanak terkena sengatan lipan, ibu bapa perlu mendapatkan rawatan segera daripada doktor.  Biasanya, kesan sengatan akan menyebabkan mereka demam dan meninggalkan kesan lebam selama beberapa hari.  Oleh itu, biarkanlah lipan itu terus hidup selagi ia tidak membahayakan keselamatan anda.
Fakta Mengenai Lipan
1. Lipan sangat suka kepada tempat-tempat yang lembab.
2. Mangsa lipan ialah lipas dan semut.
3. Lipan masuk ke rumah melalui lubang-lubang atau retakan di dinding, lantai dan celah pintu.
4. Lipan suka datang ke halaman rumah yang punya longkang yang kotor dan air tidak mengalir.
5. Lipan suka pada halaman rumah yang punya banyak daun-daun bertaburan dan  tidak dibersihkan.
6. Lipan rumah biasanya 1 hingga 2 inci panjang.
7. Lipan ada pelbagai warna : putih, hitam dan merah.
8. Lipan rumah sangat laju bergerak
9. Lagi besar lipan, lagi bisa sengatannya
10. Lipan rumah tidak berbahaya tetapi bisanya gigitan bergantung kepada badan seseorang itu, samada ada alergi atau tidak.
Petua Rawatan Digigit Lipan
1. Apabila disengat lipan, serta-merta letak ais pada tempat sengatan supaya terhenti sebaran toxinnya dan menghentikan bengkak.
2. Jumpa doktor serta-merta.
Petua Menghalau dan Mengelak Lipan Masuk Rumah
1. Jemur tikar-tikar LINO atau VINYL supaya kering.
2. Cari tempat-tempat yang lembab dan keringkan
3. Cari penyebab kelembapan dan tutup retakan dengan silicon.
4. Bersihkan dan buang semua jenis sarang-sarang semut dan serangga lain
5. Taburkan serbuk filter “DIATOMACEOUS EARTH” : (Banyak dijual di kedai hardware
untuk tujuan filter swimming pool dan filter air). Tutup hidung dengan sapu tangan sambil taburkan pada tempat-tempat yang disyaki.
6. Jika anda ingin gunakan spray (semburan), gunakan yang ada kimia PYRETHRIN. Tutup hidung, pakai goggle dan minta keluarga keluar dari rumah sebelum spray. Basuh tangan, ketepikan pakaian yang digunakan dan mandi selepas  spray.
7. Tabur “DIATOMACEOUS EARTH” sekeliling rumah di bahagian luar atau atas tanah.

Sumber 
SHARE

yoyo baek

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...