pembuka

Selamat Datang >

Bomoh Nates!

hiasan

Bomoh didakwa cuba laku persetubuhan haram

09/10/2012 5:43pm

SEREMBAN — Seorang lelaki, yang mendakwa dirinya pengamal perubatan Islam, mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Syariah berasingan di sini atas empat pertuduhan termasuk cuba melakukan persetubuhan haram di sebuah rumah di Kampung LBJ dekat sini, bulan lepas.

Muhammad Sombhas Abdullah, 48, berdepan tiga pertuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah dan Hakim Syarie Abu Zaky Mohamad menetapkan 2 November ini untuk perbicaraan.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mempermain, mengajuk atau mengejek-ejek amalan atau upacara yang berkaitan dengan agama Islam dan perjalanan mazhab yang muktabar, dengan menjalankan upacara pernikahan batin.

Pertuduhan kedua mendakwa Muhammad Sombhas telah mempermain, mencela, mengejek dan menghina ayat Al-Quran dengan menggunakan naskhah Al-Quran dalam pernikahan yang bertentangan dengan hukum syarak, dan meletakkan Al-Quran di atas lantai semasa melakukan pernikahan itu.

Mengikut pertuduhan ketiga pula, dia didakwa menjalankan upacara pernikahan yang berlawanan dengan hukum syarak dan ajaran agama Islam.
Sementara itu, di Mahkamah Rendah Syariah, Muhammad Sombhas didakwa memikat seorang wanita dengan niat untuk melakukan persetubuhan haram di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 77 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM3,000 jika sabit kesalahan.— BERNAMA
SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...