pembuka

Selamat Datang >

Siapa lagi power ALi XPDC atau Mael XPDC?





Yoyo pasti rockers-rokers diluar sana sudah pasti mengenali kumpulan rock XPDC. Kumpulan yang dianggotai 4 anak muda Mael (vokalis), Izo (gitar), Zua (bassis), dan Amy (drummer) pernah mencetuskan fenomena luar biasa bagi peminat rock metal di Malaysia. Konsep muzik yang dibawakan ala-ala kumpulan Metallica maka tidak hairan kumpulan XPDC pernah digelar Metallica Malaysia.

 Kumpulan XPDC tidak terkecuali  mengalami pertukaran ahli . Ini adat dalam mana-mana kumpulan muzik . Ali Terra Rossa (vokalis) , Yan Lefthanded ( bassis) dan Lola (drummer) pernah mengambil alih tugas menghidupkan muzik kumpulan XPDC agar kumpulan ini terus subur mengalunkan irama-irama metal dan mereka digelar kumpulan XPDC V6. Hanya Izo gitaris kumpulan XPDC yang setia tidak pernah keluar dari kumpulan ini. Sememangnya Izo adalah ibu segala muzik kumpulan XPDC. Tiada izo maka tiadalah XPDC. Ini pendapat peribadi yoyo.

Bagi peminat kumpulan XPDC mereka seolah-olah terpecah dua kerana ada yang meminati vokalis asal iaitu Mael berbanding Ali. Pendapat peribadi yoyo kedua-dua mereka mempunyai kelebihan dan kelemahan . Kelebihan Mael memiliki suara serak merdu yang original. Sememangnya Mael mempunyai aura dan kelas tersendiri. Manakala Ali pula memiliki nada  suara yang tinggi namun dia terpaksa menyerakkan suaranya sebagai mengikut  muzik yang dibawa  kumpulan XPDC maka hasilnya suara alii kelihatan serak kasar. Kelebihan Ali ia mampu menyanyi secara live tanpa sebarang masalah berbanding dengan Mael. Tetapi peminat-peminat tegar kumpulan XPDC tidak peduli kerana muzik XPDC telah berjaya mengimbangi  suara mereka.

Kumpulan XPDC juga adalah pencetus muzik metal 60an. Lagu Hidup bersama  nyanyian A Ramlee telah di metalkan  yang menjadi siulan peminat ketika itu. Setelah itu timbul banyak lagu-lagu lama telah dimetalkan oleh artis-artis lain.


Yoyo memlilih suara Mael  apabila mendengar cd manakala persembahan live yoyo menyukai suara Ali bersama XPDC V6.  Jadi tidak perlulah peminat xpdc diluar sana untuk bergaduh siapa bagus dan siapa tidak bagus . Kumpulan XPDC dan XPDC V6 adalah milik kita semua dan khazanah industri muzik Malaysia.

Ali XPDC

Mael XPDC

XPDC V6

XPDC
Artikel ini adalah pemdapat peribadi yoyo. Untuk mengetahui sejarah kumpulan XPDC sila baca seterusnya

SHARE

yoyo baek

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

7 comments:

  1. Gua kompom sokong mael lgy terbaik.. album time ali kurang menyegat .. mael..terbaik.. org johor mmg rockerss 😁😁

    ReplyDelete
  2. Gua kompom sokong mael lgy terbaik.. album time ali kurang menyegat .. mael..terbaik.. org johor mmg rockerss 😁😁

    ReplyDelete
  3. Mael..suara unik..menusuk kalbu

    ReplyDelete
  4. Mael terbaik sepanjang zaman...gud job baby

    ReplyDelete
  5. Mael terbaik sepanjang zaman...gud job baby

    ReplyDelete
  6. Mael - unik..tapi live hancor
    Ali - live power..sama mcm recording tapi tak banyak lagu hitz dengan xpdc selain teman ngan sakinah.

    Kalau dengar mael nyanyi baek dengar yg recording studio.

    ReplyDelete

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...