pembuka

Selamat Datang >

Astro perkenal Disney XD

TIDAK pernah mengetepikan penonton daripada kalangan kanak-kanak, Syarikat Walt Disney sering mencari formula baru bagi memberi kepuasan kepada golongan terbabit.


Cukup terperinci dan membuat kajian menyeluruh sebelum menerbitkan sesebuah produk, syarikat berkenaan juga antara organisasi yang sehingga kini jenamanya
disanjung di seluruh dunia.


Mulai 15 September nanti, sebuah lagi saluran iaitu Disney XD akan menemui penonton menerusi Astro.







Disney XD mensasarkan kanak-kanak terutamanya lelaki yang berusia enam hingga 14 tahun. Istimewanya, bukan saja produk antarabangsa yang akan ditayangkan di saluran berkenaan malah beberapa produk tempatan akan mengisi slot berkenaan.

Pengarah Urusan Syarikat Walt Disney Asia Tenggara, Robert Gilby, berkata Malaysia adalah negara pertama yang dipilih untuk mempunyai saluran baru berkenaan.

“Malaysia adalah pasaran sasaran yang berpotensi besar dan semakin berkembang.
Kami yakin dengan kewujudan Disney XD ini, penonton sasaran terutamanya bukan saja akan menikmati ranca�ngan yang hebat malah tidak ketinggalan untuk terdedah dengan produk terbaru terbitan Disney.

“Seiring dengan matlamat kami untuk memperluaskan lagi perniagaan antarabangsa, kreativiti serta teknologi, saluran ini adalah satu daripada pelaksanaan yang menggabung�kan tiga elemen berkenaan. Berganding bahu dengan pihak Astro, inilah masanya untuk menambat penonton dari negara ini,” katanya pada sidang media, Selasa lalu.

Istimewanya Disney XD ini, ia akan disiarkan dalam dua bentuk iaitu definisi biasa (SD) yang boleh ditonton menerusi saluran Astro 617, manakala ia juga boleh didapati dalam bentuk definisi tinggi (HD) di Astro 637.

Selain itu, menerusi saluran ini, penonton bakal disajikan dengan rancangan gabungan daripada siri asli Disney yang merangkumi drama, filem aksi dan penerokaan, animasi dan anime, hiburan, sukan serta kandungan tempatan selama 24 jam.

Pengarah Eksekutif Pemasaran dan Penjenamaan Kreatif Kandungan Media, Janet Han, pula berkata, rancangan yang akan disiarkan cukup menarik.

“Buat masa ini, sebagai permulaan kami akan menyiarkan lebih kepada produk asal Disney namun ada perancangan untuk memasukkan produk tempatan kelak.
Bagaimanapun, banyak faktor yang perlu diteliti terlebih dulu sebelum produk ber�kenaan dipilih dan memastikan kualiti rancangan terbabit menepati piawaian kualiti saluran ini.

“Contohnya, mungkin kami akan menerbitkan program sukan yang menampilkan bakat muda untuk memberi inspirasi kepada penonton muda,” katanya.

Antara rancangan yang bakal ditayangkan termasuklah Ultimate Spider-Man, Iron Man: Armored Adventures, Motorcity, Kickin’ It, Ninja Warrior, Phineas and Ferb, Redakai, Voltron Force, Tron Uprising dan Lab Rats. Tidak hanya membataskan kepada lingkungan kanak-kanak saja, beberapa filem blockbuster seperti Prince of Persia, Iron Man, The Avengers dan The Sorcerer’s Apprentice juga boleh ditonton bersama seisi keluarga.

Di samping itu, saluran ini juga memberi kebebasan kepada penonton Malaysia yang berbilang bangsa untuk memilih sama ada bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin mahupun Tamil bagi menyaksikan rancangan kegemaran mereka.

Turut hadir dan berucap pada majlis pelancaran berkenaan ialah Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan yang menyifatkan pemilihan Malaysia sebagai negara pertama di rantau ini satu penghargaan terbesar buat rakyat negara in
SHARE

yoyo baek

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...