pembuka

Selamat Datang >

Apple lancarkan kedai dalam talian di Malaysia



MELBOURNE 27 Jun - Apple membuka kedai dalam talian iTunes kepada Malaysia, Singapura dan 10 negara Asia lain dalam usaha menyeluruh untuk memasarkan muzik dan video kepada lebih ramai pengguna di wilayah paling pantas tumbuh bagi syarikat itu.
Menurut Apple, negara Taiwan, Hong Kong, Macau, Filipina, Thailand, Sri Lanka, Vietnam, Brunei, Kemboja dan Laos juga akan memiliki kedai iTunes mereka sendiri.
Bagaimanapun China, yang mewakili sebahagian besar perolehan Apple, tidak termasuk.
Sebelum ini, peminat Apple di negara-negara tersebut boleh mengakses App Store Apple untuk memuat turun aplikasi ke dalam iPod, iPhones dan iPads mereka.
Kini mereka boleh menggunakan kad kredit tempatan untuk memuat turun muzik dari pustaka kedai Apple yang memiliki 20 juta lagu, sama ada untuk membeli atau menyewa.
Setakat ini hanya Australia, New Zealand dan Jepun memiliki kedai iTunes mereka sendiri. - BERNAMA
Iphone4s



Huhu.. bila lah yoyo dpt beli Iphone4s...
SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...