pembuka

Selamat Datang >

Prepaid vs postpaid

                 Zaman sekarang kalau kita tidak memakai  handphone amat  pelik dan janggal sekali. Jika 16 tahun lalu barang sesiapa yang memakai handpone memang tergolong orang berduit. Tetapi kini tidak lagi. kerana harga handphone sudah murah hingga  boleh mencecah di bawah harga rm80. Jika 16 tahun lepas mana ada prepaid atau dalam bahasa melayunya pra bayar yang bermaksud bayar dahulu baru boleh pakai. Setelah kewujudan pakej prepaid ni maka semua orang tidak kira muda,tua dan juga budak sekolah rendah kini boleh memiliki handphone sendiri ( bapak beli ).
                  Manakala postpaid bermaksud pasca bayar dalam erti kata yang senang pakai dahulu baru bayar. Kalau banyak pakai  siap la bil telipon korang nak kena bayar.  semua syarikat-syarikat telikomunikasi berebut-rebut untuk memenangi hati pelanggan yang di luar sana. Macam-macam  plan di tawar kan. Maxis dengan hotlinknya, celcom dengan x pax nya, digi pun tidak terkecuali .
                  Disebabkan aku berada di zaman prepaid mula-mula hendak bertatih aku memakai postpaid Tm touch . Ha ... korang bayangkanlah lama tak lama aku pakai postpaidkan. Sekarang Tm Touch sudah jadi Celcom. Ketika itu aku pun tidak berapa tahu kewujudan prepaid. entah ada atau tidak.


                   Kembali kepada tajuk asal , kelebihan postpaid adalah dari panggilan telipon yang lebih murah berbanding prepaid. Tetapi sms postpaid amat mahal  hingga boleh mencecah 12sen setiap 1 sms( pesanan ringkas).  Tetapi ia bergantung kepada plan syarikat telikomunikasi  masing-masing. Apa yang dapat disimpulkan  sms postpaid masih mahal berbanding prepaid iaitu 1sen setiap satu sms. Jadi sebagai pengguna kita perlu bijak untuk memilih pakej mana yang terbaik mengikut kesesuaian  kegunaan masing-masing. Aku pun tidak terkecuali, disebabkan aku banyak sangak ber sms kerana selalu bergosip dengan rakan opis maka aku memilih prepaid. Namun pakej postpaid yang sedia ada aku masih kekalkan kerana aku menggunakan pakej  internet mobile. Jadi aku ada tiga line telipon sekarang ,2 prepaid dan 1 postpaid.. Kalau difikirkan macam kerja gila , tapi sebagai pengguna aku rasa tindakan aku bijak meskipun menyusahkan untuk membawa 2 buah telipon.  Akhir sekali  tepuk dada tanyalah selera mengikut kemampuan masing-masing.
SHARE

yoyo baek

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

2 comments:

  1. Thanks for sharing useful information.

    Videocon provide best prepaid postpaid service.

    ReplyDelete
  2. Its very interesting post, good job

    videocon haryana Tariff Plans
    Special Tariff only for Mobile calls. Base Rate = Local Mobile Calls @ 1.5p/sec, STD Mobile Calls @ 1.5p/sec Local LandLine Calls @ 1.6p/sec & STD Landline call@2.5p/sec
    Post Free DATA Limit @ 10P/10KB,Post Special SMS Benefit, Local @ Re.1, STD @ Rs. 1.5 & ILD @ Rs.5,Cap of 100 SMS/day. Post, Local @ Re.1, STD @ Rs. 1.5, ISD @ Rs.5

    ReplyDelete

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...