pembuka

Selamat Datang >

Kedai Paklang ikan bakar

Bagi wargakota KL mesti tau kedai ikan bakar Gerak 21 Norizan di Kg Baru . Kedai ini dah famous sekarang. Dalam 2 bulan lepas  kedai Gerak 21 ini juga telah masuk  dalam buletin utama tv3 mengenai tajuk ulam-ulam di Malaysia. Sememangnya kedai ini bukan sekadar banyak ulam tetapi  lauk-pauknya pun sangat banyak. Boleh kompius dibuatnya. Tapi yang paling specialnya di kedai Gerak 21 ini ialah ikan bakarnya walaupun ia seakan-akan goreng. Kalau aku kesini pasti akan order ikan kembung atau ikan pari bakar. Dia punya rencah dan ramuan rempah-ratusnya amat berbeza dengan kedai-kedai lain. Puas aku menjelajah ke kedai-kedai bersebelahan dan berjauhan  untuk mencari tandingan ikan bakar Gerak 21 ini terapi hampa.Gerak 21 ini memang lain dan best. Tak tahu la kalau dia orang ada taruk manderem ka hehe..

   Ok aku mengenali kedai ini dalam 11 tahun lepas. Pada masa itu aku  panggil kedai ini Kedai Pak Lang sehingga kini.Kedai Pak Lang ketika itu sangat lah uzur dan kecil sahaja. Pada masa itu   seorang kawan membawa aku ke kedai Pak Lang ini untuk makan tengahari. Ketika itu semua kedai-kedai makan berada di hadapan sedikit berdekatan dengan jalanraya. Aku masih ingat aku makan kedai Pak Lang ini betul-betul dibawah parit. Harga makan ketika itu hanya dalam rm3.50 hingga ke rm5.  Kedai Paklang pada masa itu memang bersebelahan dengan kedai char kuew tiaw dan sehingga kini mereka tetap bersebelahan,. Aku tidak pasti hubungan tokey kedai tersebut kerana ia boleh berkekalan sehingga kini.  

   Dalam tempoh 5 tahun  ke atas selepas itu kalau tidak silap kampung baru mengalami pembesaran jalanraya  dan semua kedai yang berada di tepi jalan berpindah kedalam sedikit kebelakang. Masih aku ingat lagi peristiwa makan tengahari kedai Pak Lang dipenuhi ramai giler pelanggan namun kedai yang betul bersebelahan dengannya tiada orang.. Rasa kasihan juga tetapi tekakku amat menggemari masakan pak lang nak buat macam mana kan huhu...

Sifat pemurah Pak Lang terselah kerana ketika itu dia pernah bagi makan percuma sempena Aidil Fitri dan  majlis kenduri kahwin anak perempuannya pun dibuat disitu . Tetapi kini aku tidak pasti kerana aku sudah jarang-jarang ke kedai Pak Lang sekarang. Puncanya disebabkan harga makan nya telah naik dalm rm6 dan rm7.50 membuatkan aku kena jarang-jarang berkunjung disitu. Kalau tiap-tiap hari boleh bangkrup poket. Harga masa kini dikedai Pak Lang sekiranya anda mengambil ikan bakar tidak lari dari angka rm10. Sekiranya tiada ikan bakar dalam harga rm6 kebawah. 

Sekarang kedai Pak Lang amat maju dan besar dan selesa  kerana kedai ini telah mengambil dalam 3 lot kedai dan lot yang ke empat adalah kedai char kuew tiaw yang telah aku sebutkan di atas tadi. Inilah salah satu contoh kedai makan yang bermula kecil dan berjaya maju dihadapan mata aku. Kalau 11 tahun lepas berebut-rebut meja apabila hendak makan di kedai Pak Lang tapi kini tidak . Anda tidak perlu lagi berebut-rebut meja dan makan dengan berpeluh-peluh seperti aku alami sewaktu ketika  dahulu.

Salah satu peristiwa penting yang akan aku ingati di kedai Pak Lang ialah  ketika aku makan malam disitu sambil menonton buletin utama tv3  ada satu berita yang menggemparkan rakyat Malaysia iaitu akuan bersumpah Saiful Bukhari kes liwat 2.



Lokasi kedai Pak Lang atau Gerak 21 Norizan ini betul-betul di pintu gerbang Kampung Baru Kl bersebelahan dengan carwash.Selamat menjamu selera..


SHARE

yoyo baek

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...