pembuka

Selamat Datang >

Kebaikan tamatnya liga EPL

Pada 13 Mei 2012  maka tamatlah persaingan liga perdana inggeris EPL . Semua peminat-peminat fanatik EPL semestinya sudah sedia maklum yang Manchester City telah menjuarai  manakala peminat fanatik Manchester United jangan hampa dan bersabar sehingga musim akan datang. Bagi diri aku hanya memilih perlawanan-perlawan pilihan sahaja di liga EPL hanya mendengar sahajalah cerita-cerita penyokong tegar kelab kesayangan masing-masing.

           Tahukah anda ! Tamatnya liga EPL membawa rahmat kepada isteri dan anak anak anda. Sebelum ini bila tiba hari Sabtu dan Ahad pasti anda  seringkali bergaduh-gaduh sayang dengan isteri dan anak untuk berebut siaran TV . Maka mulai minggu depan isteri dan anak anda tentu seronok kerana bebas memilih program  tv kesukaan mereka.
            Bagi suami yang kerap menonton TV di kedai mamak pula  kerana sering beralah dengan isteri  ( suami mithali la kan ) dan anak maka tiada alasan lagi untuk anda untuk turun mengeteh ( minum teh) sambil menonton bolasepak. Si isteri pula sebelum ini kadang-kadang ada merasa sangsi sama ada anda betul-betul pergi kedai mamak atau pergi melencong ketempat lain pasti lega. Perasaan cemburu sayang sudah hilang buat seketika .
           Anda boleh membeli -belah dan bersiar-siar bersama keluarga dengan tenang dan aman.  Jika sebelum ini anda sering terkejar-kejar hendak cepat pulang kerumah untuk menonton bola sepak.
           Bagi tokey kedai mamak tamatnya liga EPL membawa petaka dan puaka untuk mereka hehe.... kerana biasanya hujung minggu mereka meraih keuntungan berlipat ganda  hasil pelaburan pelannggan yang ingin menonton bolasepak. Kini kedai mereka ada sedikit sunyi.
           Begitu juga apek-apek jual vcd cetak rompak  dan sindiket-sindeket peminta sedekah akan menyusut pendapatan mereka.Jika sebelum ini mereka akan pusing setiap meja pelanggan setiap  40 minit   sekali.
             Banyak lagi untuk dikupas tetapi cukuplah setakat disini dahulu sebelum lebih banyak aku merapu  nanti pembaca sekelian boring pula kan. Bagi diri aku bila tamatnya liga EPL akan lebih memberi peluang aku untuk melayan program-program tv yang lain seperti rancangan Mentor dan Liga Malaysia  serta dapat membuat perkara-perkara lain yang lebih berfaedah dan berilmiah.
SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...