pembuka

Selamat Datang >

Debat PTTPN

Ketika ini aku tengah mendengar debat Sinar  yang bertajuk Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi diantara saudara Khairi Jamaludin ( kerajaan) dan Rafzi Ramli (pembangkang) di saluran ASTRO 501.
Apa-apa pun aku memang tidak berapa berminat dengan debat terbabit cuma terpaksa mendengar kerana kebaikan mendengar debat ini membolehkan anda belajar mengawal kesabaran. Sekiranya anda mudah beremosi hentikanlah mendengar debat. Nanti tidak pasal-pasal ada orang sekeliling anda yang tidak bersalah terkena penendang amarah anda.
         Pada pendapat aku debat ini tidak akan dapat menyelesaikan apa-apa masalah  sesuatu isu. Cuma hanya dapat memuaskan hati penyokong-penyokong tegar masing-masing sahaja. Itu sahaja.  Kalau sudah meminjam wajib bayar. Aku sendiri pun dah habis bayar hutang JPA . Hendak seribu daya , tak nak seribu dalih. Melalui pengalaman dan pemerhatian aku  kebanyakakan student dapat duit pinjaman mereka enjoy. Beli handphone, motor joli sana joli sini.. Bila sudah bbekerja tidak sampai 1 tahun sudah berani beli kereta hutang tak mahu bayar. Aku sendiri telah 5 tahun bekerja baru mampu memiliki kereta.
          Isunya disini hanya meraih keuntungan politik  sahaja. Tepuk dada tanyalah iman.
SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Post a Comment

Lu nak komen , komen ajer lah, sendiri tanggung aaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...