pembuka

Selamat Datang >

Cara nak bezakan madu lebah ORI dengan madu lebah palsu



Dengan 5 tip ini, anda dapat membezakan madu asli mahupun tidak. Semoga entri ini membantu...

1. Uji dengan air

Madu asli tidak mengandungi air. Untuk melihat sama ada madu itu asli atau tidak, tuangkan sedikit di dalam air.

Jika asli, madu ini akan tenggelam dalam air. Madu tiruan pula akan bercampur dengan air dan ia tidak mempunyai sifat kental.

2. Melekit atau tak

Madu sifatnya melekit baik yang asli mahupun tiruan. Untuk mengujinya, letakkan madu pada hujung jari anda dan biarkan seketika.

Madu asli akan meleleh perlahan. Madu tiruan pula akan terus melekit dan menempel pad jari.

3. Guna kertas

Tuangkan madu di atas kertas. Jika madu yang anda tuangkan itu tiruan, kertas tersebut akan berlubang (terkoyak) kerana kandungan air di dalamnya.

Madu asli sebaliknya akan kekal atas kertas tanpa menjejaskannya.

4. Semut suka

Madu asli mempunyai aroma yang kuat dan tidak disukai semut. Rasa manis semula jadi pada madu asli tidak digemari oleh semut.

Namun begitu, madu tiruan lebih disukai semut kerana bau manis dan rasanya adalah kerana gula. Itulah sebabnya semut akan menghurung madu tiruan bukannya madu asli.

Panduan memilih Plan data internet terbaik 

5. Tuang atas pasir

Titiskan madu atas pasir, jika asli ia tidak akan 'merebak'. Hal ini kerana madu asli sifatnya padat dan likat.

Madu tiruan pula akan 'merebak' kerana kandungan air di dalamnya.

Madu tiruan banyak mengandungi bahan pemanis, jadi kurang elok untuk kesihatan. Jadilah lebih bijak ketika memilih madu dengan menggunakan salah satu daripada cara-cara ini. Selamat mencuba.

Sumber
Oleh:Nadia Mohamad Majalah Wanita

Ini jawapan Dato Seri Vida tidak dipelawa ke AJL 2016



KUALA LUMPUR, 22 Jan — Selepas dua tahun berturut-turut menaja Anugerah Juara Lagu (AJL), Datuk Seri Hasmiza Othman mendakwa tidak dibenarkan hadir ke acara berprestij itu malam ini.

Hasmiza yang mesra disapa Vida berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu hari ini dengan alasan tiada tempat duduk yang disediakan.

“Saya tidak dibenarkan pergi ke sana dengan alasan tiada tempat duduk. Saya tidak dapat jemputan tetapi penaja lain dapat jemputan.

“Memang kali ini saya tidak taja AJL tetapi saya ada menaja di TV3.

“Saya pun bukanlah mahu pergi sangat sebab akan berangkat mengerjakan umrah Rabu ini,” katanya kepada ProjekMMO.

Pengasas Vida Beauty mempersoalkan tindakan penganjur kerana beliau sudah menghabiskan sejumlah wang menaja dua tahun berturut-turut anugerah itu.



Katanya, penganjur seperti bimbang kehadirannya malam ini akan memberi publisiti percuma kepada rangkaian perniagaannya.

“Mereka takut saya ‘over shadow’ AJL? Mungkinlah tetapi maksud mereka saya tidak tahu.

“Kalau saya bukan penaja AJL, saya penaja di TV3 juga. Mereka takut masuk muka saya, mereka akan rugi.

“Bila kamera hala ke arah saya, ada pemasaran tak suka sebab seperti pemasaran percuma. Itu yang saya tidak suka TV3,” katanya.

Hasmiza, 45, berkata beliau kini dalam tempoh bertenang untuk menaja AJL tahun depan kerana ia membabitkan kos yang besar.

Bagaimanapun, katanya, apa yang dilakukan pihak penerbitan AJL mengguris hatinya dan membuatkannya berubah fikiran.

“Satu malam RM2.8 juta untuk dua tahun berturut-turut. Jadi saya rehatlah sekejap.

“Tetapi bila buat macam ini seperti membunuh jiwa. Adakah saya perlu dilayan begini? Janganlah pula terhegeh-hegeh mencari saya selepas ini.

“Saya terkilan. Alasan tidak ada tempat duduk untuk ke AJL tidak masuk akal,” katanya.

Sumber
MSN

Anda mungkin meminati


Gempar!! Subjek Sejarah SPM- Gambar terkini Zaman Paleolitik di Malaysia

Zaman Paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu. Alat batu yang digunakan oleh manusia Zaman Paleolitik ialah alat repihan seperti alat batu penetak.
Rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia adalah rangka orang Perak yang telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, Lenggong pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.

Biasanya mereka tinggal di kawasan yang terbuka iaitu di luar gua, di dalam gua dan juga mereka hidup di kawasan sekitar tasik dan kolam Pada zaman Prasejarah,orang Perak atau dikenali sebagai Perak Man dijumpai di Gua Gunung Runtuh,Bukit Kepala Gajah,Lenggong,Perak dalam posisi foetal(kedua-dua kakinya terlipat ke atas dada).Perak Man hidup kira-kira 10 000-11 000 tahun dahulu.Perak Man di percayai meninggal ketika berusia 40-45 tahun.Ketinggian Perak Man dianggarkan ialah 154-160cm.

Di antara kegiatan yang mereka lakukan ialah mereka memburu binatang liar di hutan seperti rusa, kijang dan sebagainya sebagai bahan makanan dan pakaian.
Mereka juga memungut hasil hutan seperti buah-buahan, dan juga pucuk-pucuk daun serta memungut hasil hutan seperti rotan. Mereka juga mengamalkan cara hidup sara diri.
Selain itu, mereka menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan seharian.
Antara penemuan Zaman Paleolitik di Malaysia ialah :
Kapak Genggam
Alat repihan yang digunakan untuk meraut dan memotong
Alat penetak yang digunakan untuk menetak pokok dan memotong daging
Manusia Perak, iaitu rangka manusia yang dikebumikan dengan kaki terlipat


Dalam bab kepercayaan , mereka mengamalkan kepercayaan animisme. Animisme bermaksud kepercayaan setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat ( jiwa dan roh ) orang mati. Mereka juga mengamalkan upacara perkuburan. Dalam upacara perkuburan masyarakat Zaman Paleolitik, mayat dikebumikan dengan barang - barang seperti makanan dan alat-alat batu.Mereka juga menggunakan pemukul kulit kayu untuk meleperkan dan menghaluskan kulit kayu.Selain itu,mereka meghias diri mereka bagi wanita dengan anting-anting dan gelang.


Lokasi di Malaysia
Kota Tampan, Perak - 1989
Bukit Jawa, Perak - 1996
Bukit Bunuh, Perak - 1987
Gua Niah, Sarawak - 1975
Tingkayu, Sabah - 1992

Sumber
wikipedia


Namun? Zaman sekarang ni pun masih ada lagi kita nak jadi orang zaman batu kih-kih.




KUANTAN 22 Jan. - Polis menahan 39 peserta satu program motivasi kerana disyaki berkelakuan lucah di tempat awam di sebuah resort di Bentong tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Mohamad Mansor Mohd. Nor berkata, polis menahan kumpulan lelaki berumur dalam lingkungan 19 hingga 23 tahun itu dalam serbuan pada pukul 12.30 tengah malam setelah mendapat aduan daripada orang awam.
“Polis mendapat maklumat daripada orang awam menerusi panggilan telefon pada pukul 6.12 petang semalam yang memberitahu ada sekumpulan lelaki berbogel menjalankan aktiviti di padang permainan di kawasan resort tersebut.
“Seterusnya polis menjalankan siasatan dan mendapati kejadian itu telah berlaku dan kumpulan lelaki yang dilihat berbogel merupakan peserta kem motivasi di resort terbabit,” katanya kepada Bernama hari ini.
Mohamad Mansor berkata, menurut ketua penyelia aktiviti motivasi itu, kejadian berkenaan dipercayai berlaku apabila peserta terbabit menanggalkan pakaian untuk membentuk garisan panjang dalam satu permainan dinamakan All Out pada pukul 5.30 petang semalam.
“Dalam permainan itu, peserta yang sudah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dikehendaki membuat garisan panjang dengan menggunakan alatan yang ada pada badan peserta.
“Semasa permainan ada peserta mulai menanggalkan pakaian untuk membentuk garisan tersebut dan menyebabkan keadaan berlarutan sehingga peserta mula menanggalkan semua pakaian serta berbogel,” katanya.
Beliau berkata, sembilan fa­sili­tator termasuk dua wanita bagi program motivasi yang dirancang selama tiga hari bermula Jumaat lepas turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan. – BERNAMA
anda mungkin meminati
Ada lagi yang  panjat 'IPOH'! Apa kata  Netizen.

Senarai Finalis AJL 2016 malam ini 22 Januari 2017

Anugerah Juara Lagu TV3 telah pun sampai kemuncaknya. Berikut adalah senarai lagu dan artis yang bertanding . Senarai lagu ini tidak mengikut urutan persembahan mereka. Semoga anda enjoy menikmati persembahan mereka.

Lagu Obses Akim & Majistret sama dengan lagu Muse -Hysteria?





Punca Pareyra Diaz tidak bersama JDT lagi

•Status Pareyra Diaz adalah susah untuk dijaga kerana perangai dan disiplin antaranya adalah lambat balik dari argentina untuk sesi latihan bersama JDT ,Tidak mahu bayar tiket penerbangan sendiri utk balik ke argentina selepas kouta yang diberikan telah habis digunakan.MInta gaji 3 bulan selepas contract ditamatkan tetapi tidak dipenuhi oleh pihak pengurusan. Dan sekarang hanya bayar 1 bulan gaji sahaja

Lira nasihat Faiz Subri

Sumber Setia Johor FB

Ada lagi yang panjat 'IPOH'! Apa kata Netizen.

Malas betul la nak ulas budak-budak sekarang ni. Panjat kalau mati salahkan kerajaan.  Banyak cara lain la kalau hendak dikenali.  

SELEPAS kisah memanjat 'IPOH' oleh lapan sekawan menjadi viral beberapa minggu lalu, hari ini kisah sama berulang lagi.
Laman Instagram seorang pemuda memaparkan dia memanjat papan tanda gergasi 'IPOH' sambil berswafoto menerima pelbagai reaksi dari rakan-rakannya.
Menulis pada kapsyen gambar itu, “IPOH geli-geli... boleh laaa,” media sosial pemuda itu dihujani pelbagai respons yang antaranya menulis “mohon serah diri".
Dua keping gambar itu dimuat naik kira-kira 18 jam lalu
Papan tanda IPOH yang terletak di tepi laluan lebuh raya menghala ke Selatan itu merupakan seliaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man bagaimanapun berkata, pihaknya belum menerima maklumat lengkap berkaitan perkara itu.
“Saya akan kumpul maklumat kes ini dahulu termasuk identiti lelaki yang terlibat sebelum mengulas lanjut,” katanya.
Sebelum ini, sekumpulan remaja terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita bertindak memanjat papan tanda ‘IPOH’ yang kemudiannya menjadi viral di media sosial.
Lantaran tindakan berbahaya itu, pihak MBI membuat laporan polis kerana aksi mereka di situ tidak mendapat sebarang kebenaran.
Sementara pada 2 Januari lalu, satu  video dan gambar 'memanjat' dikesan dengan lokasi dikenal pasti di sebuah tapak bangunan yang sedang dalam pembinaan, di Ipoh.
Menerusi video berdurasi 1 minit 22 saat yang dimuat naik dalam YouTube itu menunjukkan seorang lelaki berswafoto sambil memanjat sebuah kren yang digunakan dalam pembinaan bangunan itu.
MBI mengesahkan lokasi tersebut merupakan tapak pembinaan Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) yang terletak berhampiran bangunan MBI.
Sumber Sinar 

Komen netizen



Anda mungkin meminati 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...